MCA telah meningkatkan pegangan sahamnya secara berterusan dalam Star Media Group Bhd sejak Ogos 2022 dengan memperoleh 9.29 juta saham, meningkatkan pegangannya sebanyak 1.27% kepada 327.46 juta saham atau 45.18%.
Ini susulan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah mengurangkan pegangannya dalam Star Media Group sejak awal tahun ini.
Daripada pegangan saham terkini MCA, 14.15 juta saham atau 1.952% dipegang secara tidak langsung, menurut pemfailan Bursa Malaysia Star Media pada hari Isnin. Pengambilalihan terbaharunya melibatkan 892,500 saham, yang diperoleh Khamis dan Jumaat lalu melalui cabang pelaburannya Huaren Holdings Sdn Bhd, menurut pemfailan bursa Star Media.
Sebelum Ogos 2022, MCA memegang 318.167 juta saham atau 43.89%.
ASB, dana unit amanah di bawah Amanah Saham Nasional Bhd oleh Permodalan Nasional Bhd melupuskan 500,000 saham pada 15 dan 16 mac lalu, kira-kira 0.07% daripada saham terkumpul Star Media, meninggalkannya dengan 43 juta saham mewakili 5.933%.
ASB telah menjual 12 juta saham Star Media mewakili kira-kira 1.656% dalam syarikat itu sejak awal tahun ini. Sebelum itu, ASB memegang 7.589% mewakili 55 juta saham.
Saham Star Media 32.5 sen semalam (31 Mac) memberikannya permodalan pasaran RM240 juta.
The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari jumlah pembaca.
Pada tahun 2010, MCA membeli 42% pegangan STAR dengan nilai RM1.28 bilion. Harga seunit saham STAR dibeli pada harga RM4.09. Saham tersebut dibeli melalui sebuah anak syarikat MCA sendiri iaitu Huaren Holdings Sdn Bhd.
Nilai RM1.28 bilion yang dikeluarkan oleh MCA untuk membeli STAR suatu ketika dahulu boleh dianggap agak terlalu tinggi kerana nilai semasanya hanyalah RM221.57 juta. Ia mungkin satu cara pencucian wang melalui pelaburan menggunakan wang MCA.
STAR sebenarnya menjadi punca pendapatan MCA dengan parti tersebut menerima dividen sebanyak RM349.71 juta sepanjang tempoh 2013 sehingga 2017. Parti ini dilihat mengekalkan pegangan dalam syarikat media ini bagi tujuan mendapatkan pulangan dividen termasuk menguasai media The Star. Pengerusi The Star ialah Tan Sri Dato’ Seri Chor Chee Heung Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) daripada Parti MCA.
UMNO juga pernah menggunakan cara ini melalui syarikat-syarikat pelaburannya selain mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak. Sumbangan dana 1MDB telah menyebabkan akaun UMNO dibekukan beberapa tahun sehingga UMNO menang kes di mahkamah dan akaun dikembalikan.
Mana kala parti baru seperti BERSATU ditubuhkan tahun 2016 mendapat sumbangan atau komisen projek daripada Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari lebih RM300 juta tak sampai pun 9 tahun penubuhannya.Penerimaan wang haram ini menyebabkan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh di mahkamah kerana kes rasuah dan pengubahan wang haram melalui akaun BERSATU.