NexG Bhd mengumumkan penyusunan semula kepimpinan tertingginya dengan pelantikan Datuk Ishak Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif, manakala pengasas syarikat, Abu Hanifah Noordin, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan.
Langkah ini dibuat susulan pergolakan dalaman syarikat yang sebelum ini menyaksikan perebutan pengaruh Kumpulan mafia korporat Victor Chin Boon Long dengan Kumpulan Mr Ruben dalam Lembaga pengarah bagi mengawal syarikat yang terlibat dalam sistem kritikal negara seperti MyKad, pasport keselamatan tinggi dan identiti digital.
Di bawah struktur baharu itu, Hanifah Kembali memegang peranan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif dan CEO selepas digantung oleh Kumpulan Mr Ruben sebelum ini.
Perebutan kuasa Lembaga pengarah antara Mafia Korporat Victor Chin dengan Mr Ruben adalah perkara biasa sebagaimana sebelum Abu Hanifah membawa masuk Victor Chin syarikat Datasonic bergelut dengan Kumpulan proksi Datuk Fakhri Yassin anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menguasai Datasonic melalui syarikat Dato’ Safian Yunus Kuantum Juang Sdn Bhd.
Perebutan Lembaga pengarah NexG kali ini hanyalah kekalahan pertama mafia korporat paling berkuasa Victor Chin Boon Long.
Kehadiran taikun melayu Datuk Ismail Ishak telah menyelamatkan NexG. Kumpulan Mr Ruben juga berundur sendiri selepas kedatangan Datuk Ismail.
Pegangan saham dan komitmen jangka panjang
Dalam kenyataan rasmi, Ishak menjelaskan bahawa kedudukannya sebagai pemegang saham utama melalui amanah keluarga mencerminkan komitmen jangka panjang terhadap NexG.
Beliau menguasai kira-kira 20.4% kepentingan dalam syarikat melalui Raya Aviation Holdings Sdn Bhd pegangan tidak langsung sebanyak 711.7 juta saham atau kira-kira 20.4% dalam Skyelimit Alliance Sdn Bhd dan Trendtrove Tradin Sdn Bhd


Sementara itu, Hanifah dilaporkan masih memiliki sekitar 9.579% pegangan saham masih signifikan dalam pegangan saham di NexG.
Menurut Ishak, penglibatan pihaknya bukan sekadar pelaburan, tetapi satu tanggungjawab untuk memastikan NexG kekal stabil, ditadbir dengan baik dan dilindungi, memandangkan syarikat itu beroperasi dalam sektor yang sangat sensitif dan strategik.
Melalui kronologi yang didedahkan oleh Victor Chin sekitar November 2025, Victor memaklumkan Datuk Ismail menawarkan bantuan menyelesaikan isu selepas Tan Sri Mohd Khairul Adib pula menghadapi tekanan kewangan akibat perjanjian pembelian saham NexG daripada Kuantum Juang syarikat milik Dato’ Sri Mohd Sopiyan Mohd Rashdi (Proksi Fakhri Yassin) Namun, kawalan Skyelimit oleh Mr R menghalang pembiayaan. Group Mr Ruben tidak mahu membayar saham tersebut.
Dalam satu penyelesaian strategik saham itu kini milik Datuk Ishak Ismail dan anak-anaknya.
Fokus kepada keselamatan sistem identiti negara
Datuk Ishak menegaskan bahawa NexG memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pengenalan nasional termasuk MyKad, infrastruktur pasport dan teknologi biometrik.
Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk memastikan syarikat tersebut tidak terdedah kepada pengaruh luar, campur tangan asing atau kepentingan jangka pendek yang boleh menjejaskan integriti sistem.
“NexG menyediakan sistem dan teknologi keselamatan, manakala proses pemperibadian dan pengeluaran kekal sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan,” katanya, sambil menambah bahawa struktur sedia ada menjamin keselamatan dan integriti keseluruhan sistem.
Operasi kembali stabil selepas tempoh mencabar
Ishak berkata NexG kini berada dalam keadaan stabil selepas melalui tempoh mencabar, dengan pengurusan utama kekal dan operasi diteruskan seperti dirancang.
Beliau menyatakan bahawa Abu Hanifah adalah individu paling memahami perniagaan, teknologi dan operasi NexG, maka mengekalkannya sebagai calon paling sesuai untuk terus menerajui syarikat ke fasa seterusnya, termasuk pengembangan ke peringkat antarabangsa.
Abu Hanifah – Punca keruntuhan NexG
Sekalipun NexG Kembali ke landasan namun Datuk Ishak Ismail harus beringat dan ambil iktibar punca utama Datasonic (NexG) hamper musnah ialah kerana kebodohan Datuk Abu Hanifah membawa mafia korporat Victor Chin ke dalam Nex Gsehingga menjadi COO. Abu Hanifah menikam semua bekas pengasas Datasonic dan sanggup bersekongkol dengan Victor Chin. Mengikut segala ketamakan Victor Chin sehingga menjadi ‘ahlong’ untuk mencuci wang dalam NexG.
The Corporate Secret sudah mendedahkan keburukan mafia korporat Victo Chin menyertai sesebuah syarikat. Tidak sedikit yang dihina dan dibuang oleh oleh Victor sehingga di bawa ke mahkamah. Laporan kepada SPRM penyelewengan Abu Hanifah juga telah dibuat kepada SPRM namun terselamat kerana hubungan baik Victor Chin dengan SPRM. Sejak 2023 tidak SPRM tidak pernah menggempur Mafia Korporat Victor Chin Boon Long.
Victor Chin kemudiannya membawa pula Kumpulan Mr Ruben yang diketuai Datuk Seri Farhash sehingga sanggup memberi saham dalam MMAG Holdings Bhd dan NexG Bhd. Apa jadi selepas itu Victor Chin yang gagal menunaikan janji disingkirkan bersama pasukannya. Kontrak passport dan kad pengenalan dibawa oleh Kumpulan Mr Ruben maka sudah tentu mereka mahu menguasai NexG.
Datuk Ishak perlu rombak NexG menyeluruh
Untuk akan datang Datuk Ishak perlu penyusunan lebih menyeluruh untuk menstabilkan semula struktur kepimpinan serta memulihkan keyakinan terhadap hala tuju NexG. Buang pasukan Datuk Abu Hanifah dan Victor Chin Boon Long. Bawa semula pasukan lama Datasonic yang lebih memahami budaya NexG bukan orang lain yang menghancur NexG.
Jika Datuk Ishak kekal ‘menternak’ Victor Chin dan Abu Hanifah tunggulah saat kehancuran NexG.
Apa yang Datuk Ishak perlu buat ialah teruskan siasatan kepada Abu Hanifah dan Victor yang berbelanja lebih RM250 juta pada pelaburan yang merugikan NexG.
Ishak nak ubah atau dia akan masuk lubang bersama mafia korporat yang jahat seperti Victor Chin
