Nampaknya hayat penguasaan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long ranap. Sebelum ini begitu banyak dana dirompak dari NexG oleh Kumpulan Victor Chin. Pergaduhan besar antara Victor Chin dan Farhash sudah sampai kemuncaknya.
Pergolakan dalaman melanda NexG Berhad apabila syarikat itu kini berdepan perebutan kuasa di peringkat lembaga pengarah susulan kemunculan pemegang saham baharu serta siasatan terhadap pelaburan saham yang mencatat kerugian besar.
Situasi tersebut memuncak apabila Lembaga Pengarah NexG ‘Pro Farhash’ memutuskan untuk menggantung sementara kuasa eksekutif Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Abu Hanifah Noordin, berkuat kuasa serta-merta pada 5 Mac 2026. Langkah itu diambil bagi membolehkan satu semakan bebas dijalankan terhadap pelaburan syarikat dalam beberapa syarikat tersenarai awam.
Menurut syarikat itu dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, penggantungan tersebut merupakan langkah pentadbiran bagi memastikan proses semakan dapat dijalankan secara telus dan tanpa sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan integriti siasatan. Kenyataan ini sangat ironis kerana kumpulan mafia korporat lah yang merompak NexG!.
Perebutan Kuasa Lembaga – Kemunculan Blok Ishak Ismail
Pergolakan korporat ini berlaku ketika perubahan besar berlaku dalam struktur pemegang saham NexG apabila Raya Aviation Holdings Sdn Bhd dikuasai Datuk Ishak Ismail muncul sebagai pemegang saham substantial dengan pegangan tidak langsung sebanyak 711.7 juta saham atau kira-kira 20.4% dalam syarikat itu.
Pegangan tersebut diperoleh melalui dua syarikat pelaburan, iaitu Skyelimit Alliance Sdn Bhd dan Trendtrove Tradin Sdn Bhd, yang masing-masing memiliki saham NexG melalui struktur pegangan tidak langsung.
Siapa Datuk Ishak Ismail?
Nama Datuk Ishak Ismail bukanlah asing dalam dunia korporat Malaysia. Pada era penswastaan agresif sekitar tahun 1990-an, beliau dikenali sebagai antara tokoh korporat paling berpengaruh yang sering muncul dalam pengambilalihan syarikat tersenarai serta projek konsesi kerajaan. Antara syarikat yang pernah dikaitkan dengan empayar perniagaannya termasuk KFC Holdings, Idris Hydraulic dan Aokam Perdana.
Ishak juga pernah mendapat konsesi besar kerajaan, termasuk penglibatan dalam operasi sistem kumbahan nasional melalui Indah Water Konsortium. Namun pengaruhnya mula merosot selepas kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada tahun 1998. Kini, kemunculan semula Ishak dalam struktur pemilikan NexG dilihat oleh pemerhati pasaran sebagai kembalinya seorang pemain lama ke gelanggang korporat Malaysia

Bagaimana Datuk Ishak Ismail memperolehi saham-saham dari proksi Victor Chin Boon Long? Perbalahan Victor Chin dan Farhash pasti menguntungnya untuk mengambil alih syarikat yang memegang saham terbesar NexG Bhd.
Skyelimit Alliance sebelum ini atas nama Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas Pengerusi MMAG orang kanan Victor Chin dalam beberapa Syarikat senarai awam. Pada 2023 Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas KSU dan KPPA bersara tiba-tiba menjadi jutawan memiliki 43.3 juta saham bernilai sekitar RM6.4 juta. Beliau terus dikayakan Victor Chin selepas menjadi pemegang saham terbesar di NexG Berhad melalui Skyelimit Alliance.


Manakala Trendtrove Tradin Sdn Bhd sebelum ini sahamnya atas nama Datuk Abd Hamid bin Mohamad Hanipah, pengarah NexG Berhad, juga merupakan pemegang saham Velocity Capital Sdn Bhd, anak syarikat kepada Velocity Capital Partners Berhad yang dikaitkan dengan Victor Chin dan Dato’ Fam Chee Way. Anak beliau, Anwar bin Ab. Hamid kemudiannya memegang Trendtrove Tradin Sdn Bhd.

Buang pengarah pro Farhash!
Ironisnya perebutan kuasa dimulakan oleh Datuk Abu Hanifah (digantung sementara), Siti Nur Aishah Ishak dan Velocity Capital Sdn Bhd yang memohon supaya satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi menyingkirkan tujuh pengarah sedia ada (Pengarah Pengaruh Farhash) serta melantik lapan pengarah Baharu termasuk Datuk Ishak Ismail.

Kumpulan pemegang saham tersebut yang memegang sekurang-kurangnya 10% saham NexG mencadangkan supaya EGM diadakan pada 3 April 2026 bagi mempertimbangkan resolusi penyingkiran dan pelantikan pengarah baharu.
Namun belum pun sempat mereka disingkir dalam EGM pada 11 Mac semua pengarah-pengarah itu diarahkan meletakkan jawatan memberi peluang kepada Datuk Ishak Ismail berkuasa.
Abu Hanifah Kembali Sebagai CEO NexG, 7 Pengarah ‘Pro Farhash’ Letak Jawatan
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datuk Abu Hanifah Noordin, yang sebelum ini digantung sementara daripada menjalankan fungsi eksekutifnya, kini dikembalikan semula kuasa dan tanggungjawab berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu Abu Hanifah Noordin telah memohon perintah injunksi terhadap lembaga pengarah syarikat NexG berikutan keputusan dan tindakan yang diambil sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dijadualkan pada 3 April.
Ini sekaligus mematahkan Keputusan 7 pengarah lama pro Farhash selepas peletakan jawatan beramai-ramai iaitu;
- Kunal Tayal
- Mohd Zafil Ibrahim
- Syed Farid Syed Ahmad Al-Attas
- Aswath Ramakrishnan
- Mohamed Fairuz Mohamed Fauzy
- Badrul Hisham Abdul Aziz
- Chong Loong Men (dua hari lebih awal).
NexG Pegang Kontrak Strategik Kerajaan
Bayangkan mafia korporat Victor Chin sapu projek rahsia kerajaan. Kontrak kerajaan terbaharu dan terbesar yang diperoleh NexG adalah bernilai sekitar RM1.73 bilion, melibatkan pembekalan pasport antarabangsa Malaysia generasi baharu melalui anak syarikatnya, Datasonic Technologies. Kontrak tersebut diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tempoh enam tahun dari 2026 hingga 2032, sekali gus mengekalkan kedudukan NexG sebagai antara penyedia utama teknologi dokumen keselamatan negara. Dalam tempoh yang sama, NexG turut memperoleh kontrak lain berkaitan peningkatan infrastruktur kad pengenalan biometrik negara (MyKad) dengan nilai sekitar RM733 juta dan tempoh pelaksanaan kira-kira enam tahun.
Jika digabungkan kedua-dua kontrak berkaitan sistem identiti nasional ini, nilai keseluruhan projek kerajaan yang berada di bawah NexG dianggarkan mencecah sekitar RM2.4 bilion. Kedudukan syarikat dalam rantaian teknologi identiti negara — meliputi pasport, kad pengenalan dan sistem biometrik — menjadikan NexG sebuah entiti strategik dalam ekosistem keselamatan negara.
KEMASUKAN KUNAL TAYAL – AGENDA BESTINET & DATUK AMINUL ISLAM KUASAI KONTRAK NEXG

Ramai tak sedar betapa bahayanya membawa Kunal Tayal seorang warga India Pemegang saham terbesar Green Packet yang juga CFO Bestinet dalam NexG Bhd. Pastinya semua kenal siapa Pengasas Bestinet, Dato’ Sri Aminul Islam yang mendapat kontrak perisian Foreign Workers Central Management System (FWCMS) membekal pekerja asing di negara ini. Bermacam-macam jenayah dilakukan syarikat ini sehingga diburu oleh pihak berkuasa Bangladesh. Tapi mereka sangat kebal
CEO Bestinet dan staff direman SPRM tetapi tidak pernah didakwa. Pelindung mereka M Saravanan bekas Menteri Sumber Manusia dan Dato Shahul Hameed Bekas CEO HRD Corp yang korup sentiasa terlepas dari SPRM.

Media antarabangsa menyiarkan mereka sebagai syarikat yang terlibat dengan pengubahan wang haram menipu rakyat Bangladesh.

Boleh baca di sini Siapa Bestinet dan Kunal Tayal
Dato’ Sri Aminul Islam dan Kunal Tayal ketua pegawai kewangan Bestinet Sdn Bhd bukan saja menguasai Bestinet tetapi syarikat G3 Global Bhd dan Green Packet Berhad. Pemilikan Green Packet adalah penjualan saham Dato’ Lim Kok Han (Dato’ Teleng) dan Leong Seng Wui melupuskan saham mereka pada tahun 2023.

Ini bukan kali pertama Dato’ Sri Aminul Islam BESTINET menyusup masuk dalam syarikat senarai awam. Sebelum ini mereka pernah mencuba untuk menguasai projek SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) bersama IRIS Bhd tetapi gagal.
Menurut sumber lembaga pengarah mafia korporat ini mendesak NexG memberikan subkontrak kerajaan kepada pihak ketiga iaitu Bestinet milik Dato’ Sri Aminul Islam. Mereka mendesak lesen sistem oleh NexG dijual kepada Bestinet. Bayangkan projek kad pengenalan dan Passport jatuh ke tangan orang India dan Bangladesh!
Menurut sumber mereka sanggup membayar lesen hak cipta NexG sehingga RM300 juta asalkan projek kad pengenalan, passport dan dokumen identiti diberi kepada Bestinet.
Kumpulan Ishak Ismail perlu siasat- Kerugian Pelaburan RM145.6 Juta
Manipulasi mafia korporat Victor Chin Boon Long dan sekutunya telah merosakkan NexG. Maka siasatan terhadap Datuk Abu Hanifah dan Victor Chin mengenai kerugian NexG perlu diteruskan. Syarikat berdepan tekanan susulan kerugian besar daripada pelaburan dalam beberapa saham tersenarai. Laporan kewangan NexG bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 menunjukkan pelarasan nilai saksama kira-kira RM145.6 juta, yang menyumbang kepada kerugian bersih RM130.88 juta bagi tempoh tersebut.
Antara pelaburan yang mendapat perhatian ialah pembelian 220 juta saham dalam MMAG Holdings Bhd pada harga 40 sen sesaham dengan nilai keseluruhan RM88 juta pada Mac 2025. Harga saham syarikat itu sejak itu menjunam kira-kira 93% kepada sekitar tiga sen.
Selain itu, pegangan 32.61% dalam NexG Bina Bhd, bersama 414.31 juta waran yang dibeli pada harga RM93.25 juta, kini hanya bernilai sekitar RM20.1 juta, mewakili kerugian hampir 80%.
Susulan perkembangan tersebut, lembaga NexG telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sejak November 2025 dengan bantuan profesional bebas pihak ketiga bagi menilai kesesuaian pelaburan yang dibuat oleh syarikat. Semua ini kerana siapa? Victor Chin Boon Long.
NexG Jadi “Cash Cow” Empayar Gelap Victor Chin Boon Long
Sebagaimana pendedahan The Corporate Secret sebelum ini, kerugian serta dakwaan aktiviti “cuci wang” yang dikaitkan dengan tokoh korporat Victor Chin Boon Long dipercayai jauh lebih besar daripada angka kerugian pelaburan yang didedahkan setakat ini. Justeru, perubahan dalam lembaga pengarah NexG Berhad wajar membuka ruang kepada siasatan semula yang lebih menyeluruh, termasuk menyokong gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan salah guna kuasa melibatkan bekas pengurusan tertinggi syarikat, termasuk pengasasnya Abu Hanifah Noordin, serta rangkaian korporat yang dikaitkan dengan Victor Chin.
Apa yang semakin jelas ialah NexG didakwa telah dijadikan sebagai “cash cow” bagi menyalurkan dana kepada pelbagai syarikat dan entiti proksi yang dikaitkan dengan Victor Chin. Melalui kawalan tidak langsung dalam struktur pemilikan saham serta pengaruh dalam lembaga pengarah, keuntungan dan kontrak kerajaan yang diperoleh NexG didakwa digunakan untuk menyokong rangkaian perniagaan lain serta pembiayaan pelbagai aktiviti korporat termasuk pemerolehan aset mewah di dalam dan luar negara. Sumber industri mendakwa bahawa sejak Victor Chin memperoleh pengaruh dalam NexG, hampir RM250 juta dana syarikat didakwa telah dialihkan melalui pelbagai transaksi korporat.

Selain itu, NexG juga didakwa digunakan sebagai sejenis “Ah Long korporat”, sepertimana yang pernah berlaku dalam beberapa syarikat lain seperti Classita Holdings Bhd, Revenue Group Bhd dan Hong Seng Consolidated Bhd. Melalui penubuhan MMR Capital Sdn Bhd pada Januari 2023 yang mempunyai aktiviti kewangan termasuk pajakan kewangan dan pemberi pinjaman wang berlesen, NexG dilaporkan telah menyalurkan kira-kira RM96.57 juta pinjaman korporat serta RM2.46 juta pinjaman individu. Struktur ini didakwa berfungsi sebagai mekanisme untuk menyalurkan dana korporat kepada pihak luar atau entiti proksi melalui transaksi pinjaman yang sah di atas kertas, tetapi berpotensi digunakan untuk pusingan tunai dalam rangkaian syarikat berkaitan.

SKANDAL JUAL SYARIKAT INNOV8TIF RM40 JUTA
Lembaga Pengarah baru juga perlu menyiasat Victor Chin Boon Long dan Datuk Abu Hanifah mengulangi modus operandi yang sama seperti yang pernah berlaku di Syarikat yang dikuasainya termasuk Green Packet Berhad, MMAG Holdings Bhd, Classita Holdings Bhd, Revenue Group Bhd dan Hong Seng Consolidated Bhd. Syarikat tersenarai yang berada di bawah pengaruhnya digunakan untuk membeli aset atau syarikat miliknya sendiri pada harga yang tinggi. Dalam kes ini, Victor Chin didakwa memanipulasi pemilikan Innov8tif Holdings Sdn Bhd, sebelum menjual semula syarikat tersebut kepada syarikat tersenarai yang dikuasainya dengan nilai yang dinaikkan secara melampau. Malah, Innov8tif dilaporkan telah dijual beberapa kali kepada syarikat senarai awam dengan nilai yang semakin meningkat.
Isu berkaitan Innov8tif pernah dilaporkan oleh The Edge Malaysia pada November 2024, namun sehingga kini timbul persoalan mengenai tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia. Walaupun dakwaan manipulasi transaksi korporat dan salah guna kuasa terus dibangkitkan oleh pemerhati pasaran, Victor Chin dilihat masih kekal bebas menjalankan aktiviti korporat tanpa sebarang tindakan tegas setakat ini.

Bukan itu sahaja laporan kepada SPRM telah dibuat tetapi kerana kabel besar NexG dulunya Datasonic tidak pernah disentuh SPRM.


ISHAK ISMAIL PENYELAMAT NEXG
Kemasukkan Datuk Ismail ke dalam NexG telah menyelamatkan syarikat daripada jatuh ke tangan mafia dan orang asing. Menyerahkan lesen besar dan subkontraktor kepada Bestinet adalah satu pengkhianatan kepada negara. Menyingkirkan Kunal Tayal budak Taikun Bangla Aminul Islam adalah langkah tepat!.
Sudah tiba masa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long digempur. SC, Bursa, PDRM, LHDN dan SPRM perlu bertindak.
