Selepas diserbu SPRM kerana rasuah pusat data Sunway Berhad sejak julai lalu dunia korporat kembali panas apabila desas-desus Sunway Berhad akan mengambil alih IJM Corporation. Media-media perdana mula dibayar untuk menghalalkan penjualan IJM Corp kepada Sunway Berhad.

Namun siapa sebenarnya dalang di belakang pembelian IJM oleh Sunway Berhad ini?
Sumber berkata orang di belakang Sunway Berhad ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam senyap, atuk yang berpengaruh dan kontroversi ini nampaknya kembali panas dikaitkan dengan gerakan korporat bernilai berbilion ringgit yang mampu mengubah landskap pemilikan syarikat bumiputera terbesar negara.
Menurut laporan Scoop, Sunway dan IJM telah merunding penggabungan lebih setahun, melibatkan pertukaran saham berdasarkan nilai aset dan modal pasaran. Sunway merekodkan pendapatan RM7.8 bilion tahun lalu dan IJM RM5.9 bilion — namun isu paling sensitif ialah hakikat bahawa lebih 50% pegangan IJM kini berada di tangan institusi Bumiputera seperti KWSP (18.04%) dan PNB (14.55%), selain KWAP, Tabung Haji, Amanah Raya dan ASB. Justeru, persoalan besar timbul: adakah ini sekadar strategi korporat, atau percubaan halus mengalihkan aset strategik negara ke tangan Syarikat Sunway yang dipengaruhi Singapura?
Bagaimanapun, IJM menafikan laporan tersebut. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, IJM menegaskan lembaga pengarahnya tidak pernah didekati dan “tidak mengetahui sebarang cadangan sedemikian”, sambil memberi jaminan akan mematuhi keperluan pendedahan sekiranya ada perkembangan material. Sunway turut mengeluarkan kenyataan serupa, menyatakan bahawa tiada perbincangan atau rundingan berlaku, dan sebarang keputusan korporat hanya akan diumumkan mengikut peraturan penyenaraian Bursa Malaysia.
Apakah yang sedang dilakukan oleh Pengerusi bukan eksekutifnya, Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng? Jika Tun Dr Mahathir dalang dalam Sunway, Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng pula dalang untuk menjual IJM kepada Sunway. Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng telah kaya raya di luar negara.
Pendedahan skandal, Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng dan proksinya Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong mempunyai wang haram di luar negara lebih RM2.5bilion dan disiasat oleh Serious Fraud Office (SFO) UK nampaknya benar.
Gabungan Sunway–IJM: Urus Niaga atau Langkah Strategik Kuasa Lama?
Pemain industri berpendapat perbincangan penggabungan Sunway dan IJM yang telah berjalan lebih setahun lalu adalah untuk mengukuhkan entiti pembinaan dan infrastruktur terbesar di Malaysia, mungkin Asia Tenggara. Nilai pendapatan gabungan mencecah lebih RM13 bilion setahun.
Namun, pemerhati pasaran menyifatkan rancangan ini bukan sekadar soal sinergi korporat:
“Ini bukan merger biasa. Ini peta kuasa ekonomi.”
Dan di sinilah naratif politik muncul. Mereka yang skeptikal melihat ini sebagai permainan strategik untuk mencipta persepsi bahawa zaman Tun Dr Mahathir dahulu lebih menjaga kepentingan Melayu–Bumiputera, sementara kerajaan hari ini dilihat “lemah” mempertahankan pemilikan strategik.
Jika benar penggabungan berlaku tanpa kawalan pemilikan, ia berpotensi mengurangkan pegang saham institusi Bumiputera dalam IJM yang kini melebihi 50% — termasuk KWSP (18.04%), PNB (14.55%), KWAP, Tabung Haji, dan ASB.
Dalam politik Malaysia, itu bukan isu kecil — itu bahan letupan nasional.
Watak Utama: Jeffrey Cheah dan Persoalan Aset “Di Belakang Tirai”
Nama Tan Sri Jeffrey Cheah, pengasas Sunway, turut terheret dalam naratif ini. Dalam kalangan pemerhati politik dan perniagaan, Cheah lama disebut sebagai “rakan korporat rapat” Tun M.

Sumber korporat mendakwa beliau bertindak sebagai pintu akses kepada aset, kemewahan dan sokongan sumber kewangan untuk keluarga Mahathir, dari jet peribadi hingga rangkaian kepentingan perniagaan global.
Apakah penggabungan ini satu langkah komersial… atau pengukuhan empayar kuasa lama?
Bumiputera “Diuji” — Kerajaan Diperhatikan
Gabungan ini tiba pada waktu sensitif — ketika Perdana Menteri menegaskan bahawa aset strategik dan pegangan Bumiputera tidak boleh dikompromi. Beliau sebelum ini memberi amaran keras mengenai isu pelupusan aset lebuh raya oleh PNB kepada pihak bukan Bumiputera.
Kini bola di kaki kerajaan. Yang untung Tun Dr Mahathir tetapi yang bahaya ialah Kerajaan Madani dan PMX.
Jika pengurusan KWSP (18.04%) PNB (14.55%) dan GLC lain bersekongkol dibayar rasuah meluluskan gabungan atau penjualan IJM kepada Sunway tanpa kawalan pemilikan, ia berisiko dituduh “menyerah kalah” kepada kapitalis lama di belakang Tun Dr Mahathir.
PMX Anwar Ibrahim pasti tidak akan membiarkannnya.
