Ahli korporat yang mendakwa dirinya kebal dari penguatkuasa Victor Chin Boon Long dilaporkan melarikan diri ke luar negara pada 4 Oktober lalu. Maklumat pintu keluar KLIA menunjukkan beliau keluar melalui pintu antarabangsa utama pada tarikh tersebut, meninggalkan pelbagai syarikat, isteri dan rakan kongsi dalam keadaan porak-peranda.

Penyelewengan dan salahgunakuasanya di NexG Bhd dihidu kerana modus operandinya sama bagi setiap syarikat yang dikuasainya. Rampas dan ‘cash cow’ duit dalam syarikat dalam syarikat.
Francis Leong See Wui Direman 11 Hari
Sebagaimana didedahkan sebelum ini Francis Leong See Wui, individu kepercayaan Victor Chin yang juga ahli lembaga pengarah beberapa syarikat tersenarai awam termasuk Revenue Group Berhad, Hong Seng Consolidated Berhad dan pemegang saham terbesar South Malaysia Industries Bhd direman selama 11 hari oleh pihak berkuasa. Francis dipercayai menjadi “tangan kanan operasi” yang membantu Victor mengatur transaksi mencurigakan melibatkan pengambilalihan dan penjualan aset antara syarikat-syarikat berkaitan.
Lim Siew Ping Direman 4 Hari
Turut ditahan ialah wanita dikenali sebagai Lim Siew Ping, dipercayai “isteri tidak berdaftar” atau pasangan muda Victor Chin. Lim merupakan bekas ahli lembaga pengarah MMAG Holdings Berhad dan disyaki berperanan dalam memindahkan dana melalui entiti pelaburan luar negara milik Victor. Beliau direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung beberapa urus niaga syarikat Victor Chin Boon Long. Menurut sumber beberapa dokumen disembunyikan di Revenue Group juga dirampas oleh pihak berkuasa.

Madam Chan Swee Ying bakal direman?
Menurut Madam Chan Swee Ying, isteri pertama Victor Chin dan juga individu penting di sebalik rangkaian syarikat kawalan mafia korporat dijangka akan dipanggil atau ditahan dalam masa terdekat. Chan Swee Ying merupakan individu utama yang mengatur penguasaan Victor terhadap pelbagai syarikat senarai awam sebagaimana didedahkan The Corporate Secret seperti;
- Classita Holdings Bhd (kini dikenali sebagai NexG Bina Bhd),
- MMAG Holdings Bhd,
- CSH Alliance Bhd,
- Revenue Group Bhd, dan
- Hong Seng Consolidated Bhd.
- NexG Bhd

Kerajaan wajar menyekat dan membekukan semua aset haram Victor Chin Boon Long
NexG Jadi “Cash Cow” Empayar Gelap Victor Chin
Siasatan turut memberi tumpuan kepada NexG Berhad (dahulunya Datasonic Group), yang kini disyaki dijadikan “cash cow” utama bagi mengalirkan dana kepada pelbagai syarikat dan entiti proksi milik Victor Chin Boon Long. Melalui kawalan tersembunyi dalam struktur pemilikan saham dan jawatan pengarah, Victor didakwa menggunakan keuntungan dan kontrak kerajaan yang diperoleh NexG untuk menyokong operasi dan pembiayaan peribadi termasuk pembelian aset mewah di dalam dan luar negara.
Setakat ini sejak beliau berjaya memperdaya pengasas NexG Bhd Datuk Hanifah Noordin hampir RM250 juta berjaya dirembat daripada NexG Bhd.

Pembelian syarikat Innov8tif Holdings Sdn Bhd bernilai RM 40 Juta adalah sesuatu yang paling tidak munasabah kerana syarikat itu dijual dengan harga ‘mark up’ melampau. Revenue Group Bhd syarikat Malaysia yang terlibat dalam penyelesaian pembayaran elektronik dan teknologi kewangan (fintech) pun tak boleh menerima teknologi Innov8tif Holdings selepas dibeli dengan harga RM36 juta! NexG pula membelinya dengan harga RM40 juta.
Kehilangan Victor Chin ke luar negara menandakan babak baharu dalam siasatan terhadap rangkaian Mafia Korporat Malaysia yang menguasai pelbagai syarikat senarai awam melalui tipu muslihat dan penyalahgunaan kuasa korporat.
Dengan semakin ramai orang kanan beliau direman, tekanan kini memuncak terhadap pihak berkuasa untuk mengeluarkan waran tangkap antarabangsa bagi membawa pulang Victor Chin Boon Long dan membongkar keseluruhan jaringan pengaruhnya dalam dunia korporat tempatan.
Oleh kerana semua jenayah ini di belakangnya adalah Pengerusi/CEO NexG Bhd Datuk Hanifah Noordin yang meluluskan semua dana ‘cuci wang’ kepada Victor Chin Boon Long adalah digesa pihak berkuasa menahan Datuk Hanifah Noordin. Hanifah pernah didakwa di mahkamah sebelum ini dalam kes rasuah Zahid Hamidi dan Datasonic.
