
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd kroni Tan Sri Annuar Musa untuk memulakan prosiding penghinaan terhadap kerajaan dan LSH Service Master Sdn Bhd, serta permohonan injunksi berkaitan konsesi Menara Kuala Lumpur, dan mengarahkan syarikat itu membayar kos berjumlah RM65,000.
Hakim Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa plaintif – Hydroshoppe Sdn Bhd dan Menara KL Sdn Bhd – gagal membuktikan bahawa mana-mana tindakan oleh defendan mengganggu pentadbiran keadilan atau prosiding mahkamah.
“Pajakan plaintif telah tamat pada 31 Mei, dan kerajaan sebagai defendan berhak mengambil semula pemilikan,” ujar beliau ketika membacakan keputusan di mahkamah.
Selain Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, prosiding penghinaan turut menyasarkan tujuh yang lain termasuk Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Azmi Mohd Zain, serta entiti berkaitan LSH Group.
Mahkamah turut menolak permohonan injunksi Hydroshoppe terhadap kerajaan dan LSH Service Master, dengan alasan permohonan itu kini bersifat akademik. Akibatnya, plaintif diarahkan membayar RM25,000 kos kepada kerajaan dan LSH Service Master atas penolakan prosiding penghinaan. RM40,000 lagi atas penolakan permohonan injunksi.
Syarikat LSH Service Master, bersama LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd, dinamakan sebagai defendan yang kemudiannya dianugerahkan konsesi baharu bagi menguruskan Menara KL. LSH merupakan anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital). LSH Capital dikuasai oleh Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng CEO Knusford Berhad dan merupakan Pengarah Urusan Ekovest Berhad. Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo Pengerusi Eksekutif Ekovest Bhd merupakan pakcik kepada Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng. Bermakna LKH merupakan legasi taikun Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo.

Mahkamah menetapkan tarikh 14 Julai untuk mendengar permohonan kerajaan dan LSH Service Master bagi membatalkan saman penuh yang difailkan oleh Hydroshoppe.
Hydroshoppe dan Menara KL Sdn Bhd sebelum ini memfailkan saman pelanggaran kontrak terhadap LSH Group, meminta perisytiharan bahawa penganugerahan konsesi baharu itu tidak sah, dan menuntut agar ia dipulangkan semula kepada mereka, bersama tuntutan ganti rugi dianggarkan RM1 bilion.
Dalam prosiding ini, peguam Vinayak Sri Ram mewakili Hydroshoppe; Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mewakili kerajaan dan Menteri Komunikasi; manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili LSH Service Master.
Menara KL Sdn Bhd asalnya sebuah anak syarikat TM Bhd yang dijual kepada Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd kroni Tan Sri Annuar Musa dan Tan Ser Lay dengan harga murah bernilai RM3.8 juta.Namun aset Menara KL merupakan milik kerajaan dan tidak terikat dengan konsesi lama. Selepas kontrak konsesi Menara KL Sdn Bhd tamat pada 31 Mei kerajaan tidak berhasrat menyambung lagi dan membuka tender kepada pihak yang layak.