
Artikel pertama The Corporate Secret mengenai salah guna kuasa Dato’ Shahriman Shamsuddin sebelum ini didalangi ejen asing keturunan arab Syed Haroon bin Omar Alshatrie dan peranan Puan Sri Mariam Parineh Nariman isteri baharu Tan Sri Shamsuddin warga Iran/Amerika Syarikat yang cuba menghancurkan Sapura Resources dan Sapura Holdings Sdn Bhd.
Terdapat tanda-tanda ada pihak di luar sana mengambil kesempatan untuk memecah belahkan hubungan adik-beradik dan keluarga Tan Sri Shahril dan Dato’ Shariman agar mudah mengambil alih syarikat. Syed Haroon Omar Alshatrie menasihat secara salah Dato’ Shahriman sehingga menjurus kepada salahguna kuasa dalam Projek Explorer Group Sdn Bhd dan Royal Jet.
Tindakan Shahriman cuba membubarkan Sapura Holdings Sdn Bhd di mahkamah sebuah syarikat induk kepada lebih 40 anak syarikat dalam Kumpulan Sapura adalah satu dari caranya untuk memecahkan Sapura.
Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SST) misalnya adalah anak syarikat di bawah Sapura Holdings Sdn Bhd (SHSB) berperanan sebagai penyedia utama teknologi kritikal dalam bidang pertahanan elektronik dan keselamatan dalam negeri, dengan pengalaman lebih dua dekad. Syarikat ini menawarkan pelbagai penyelesaian termasuk sistem komunikasi taktikal, sistem kawalan dan perintah (C2), sistem simulasi, serta sistem pengawasan sempadan yang merangkumi penggunaan CCTV beresolusi tinggi dan teknologi pemantauan canggih
Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SST), anak syarikat Sapura Group, telah melaksanakan beberapa projek strategik bersama kerajaan Malaysia dalam bidang pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan komunikasi kritikal seperti;
1. Government Integrated Radio Network (GIRN)– rangkaian komunikasi radio platform TETRA untuk 10 agensi kerajaan

2. Network Centric Operations (NCO)– sistem perintah dan kawalan bersepadu untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fasa 1A projek ini menelan belanja sekitar RM2 bilion dan bertujuan menyepadukan operasi Tentera Darat, Laut, dan Udara melalui rangkaian komunikasi dan data yang selamat

3. Broadband Misi Kritikal– Dilancar pada LIMA 2023 teknologi ini direka khas untuk agensi keselamatan awam, kecemasan, dan penguatkuasaan.Teknologi ini direka khas untuk agensi keselamatan awam, kecemasan, dan penguatkuasaan, menyediakan komunikasi berkapasiti tinggi dan kebolehsalingan dengan rangkaian sedia ada
4. Kerjasama dengan Velum Labs dalam Teknologi AI – sistem keselamatan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk pengawasan sempadan dan keselamatan siber. Teknologi ini menggunakan pemprosesan di lokasi (edge computing) dan algoritma pintar yang dilatih dengan data kebangsaan yang dienkripsi, memastikan maklumat sensitif kekal dalam ekosistem tempatan
5. Kerjasama Strategik dengan Aselsan (Turki)- persefahaman dengan syarikat pertahanan Turki, Aselsan, untuk kerjasama dalam sistem komunikasi dan teknologi perintah & kawalan. Kerjasama ini merangkumi pemindahan teknologi, pembangunan bersama dalam bidang Radio Takrif Perisian (SDR), AI, dan keselamatan siber, serta memperkukuh kedaulatan teknologi Malaysia dalam sektor pertahanan.
Dari projek minyak gas, hartanah dan teknoogi keselamatan negara, maka Sapura menjadi rebutan!
MENGAPA PUAN SRI MARIAM PARINEH BENCI TAN SRI SHAHRIL?

Puan Sri Mariam Parineh berjaya memerangkap dan menawan jutawan pengasas Sapura, Tan Sri Shamsuddin dengan harapan dapat menguasai semua aset Sapura. Namun semua aset itu telah diserahkan kepada dua anaknya Tan Sri Shahril dan Dato’ Shahriman. Memandangkan Shahriman adalah kawan rapat Mariam, maka Mariam perlu mengawal Shahriman. Saman Tan Sri Shamsuddin terhadap dua anaknya sebelum ini untuk mendapatkan kembali aset bernilai RM450 juta adalah dari hasutan Mariam Parineh.
Tugas dan misi Mariam Parineh yang pertama ialah menguasai Sapura Industrial Berhad (Dulu Sapora Motor). Pada 26 Julai 2022, Tan Sri Shamsuddin memindahkan SEMUA sahamnya dalam Sapura Industrial Berhad kepada Puan Sri Mariam. Malah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Industrial Berhad (SIB), berkuat kuasa 1 Mei 2025.

nama Sapura untuk jadi SIB..
Sapura Industrial Berhad dikawal sepenuhnya oleh Puan Sri Mariam melalui syarikat SAK Asset Ventures Sdn. Bhd dengan 28 peratus saham SIB. Pada April 2025 atas saranannya SIB melancarkan identiti korporat baharu dengan logo baru, menandakan pemisahan sepenuhnya dari kumpulan Sapura.
Pengarah Urusan SIB menyatakan bahawa syarikat ini kini beroperasi secara bebas tanpa hubungan dengan Sapura Group, termasuk tiada pemegang saham utama atau pengarah bersama

Kini hanya tinggal satu iaitu memusnahkan Tan Sri Shahril Shamsuddin. Mariam tidak boleh menguasai Sapura Holding Sdn Bhd. Maka memperguna dan peralat Dato’ Shahriman adalah jawapannya.
SIAPA SEBENARNYA MARIAM PARINEH?

Puan Sri Mariam dikenali sebagai strategis pembangunan perniagaan dan pemasaran, serta pengasas VivaValet, sebuah syarikat teknologi yang memfokuskan kepada perkhidmatan untuk warga emas di Chicago, Amerika Syarikat. Sebelum menyertai Sapura, Mariam berada di syarikat Value Image Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan syarikat.
Melihat kepada laman sosial beliau. Mariam seorang adalah penyokong LGBT secara terbuka. Beliau seorang liberal melihat gaya hidupnya yang bebas. Dalam satu posting pada 16 November 2018 di aplikasi X, Mariam secara jelas mempromosikan video seorang gay dan LGBT. Video ini ketika musim pengundian pilihanraya di Amerika Syarikat. Mariam dalam tangkap layarnya membuat kecaman terbuka terhadap Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat.
Apakah Mariam memperjuang LGBT Malaysia?

KETURUNAN SAVAK – PERTUBUHAN PERISIKAN DAN KESELAMATAN NEGARA IRAN
Mariam kelahiran Iran mempunyai kewarganegaraan Ameriksa Syarikat sebelum memegang kad pengenalan Malaysia (MyPR) selepas berkahwin dengan Tan Sri Shamsuddin. Keturunan bapanya dari kumpulan diaspora Iran yang lari ke Amerika Syarikat selepas Revolusi Iran pada tahun 1979.
Menurut sumber risikan bapanya adalah bekas anggota kumpulan SAVAK atau “Sazeman-e Ettela’at va Amniyat-e Keshvar” (سازمان اطلاعات و امنیت کشور), yang bermaksud Pertubuhan Perisikan dan Keselamatan Negara dalam Bahasa Parsi. Ia merupakan agensi risikan dan keselamatan utama Iran di bawah pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi (1941–1979), sebelum Revolusi Iran.

FAKTA UTAMA MENGENAI SAVAK:
BUTIRAN | KETERANGAN |
Ditubuhkan | Tahun 1957, dengan bantuan CIA (Amerika Syarikat) dan Mossad (Israel) |
Fungsi | Mengintip, menindas pembangkang politik, kawalan maklumat, penapisan media |
Tugas utama | Mengesan dan menghapuskan ancaman terhadap pemerintahan Shah |
Reputasi | Dikenali sebagai kejam dan menindas — terkenal dengan kaedah soal siasat, penyeksaan, dan penahanan tanpa bicara |
Dibubarkan | Tahun 1979, selepas kejatuhan Shah dan kejayaan Revolusi Iran yang dipimpin Ayatollah Khomeini |
KEKEJAMAN DAN PENGARUH SAVAK
SAVAK sangat dibenci oleh rakyat Iran kerana menyusup masuk ke institusi, universiti dan komuniti agama; menyekat kebebasan bersuara dan politik dan menyeksa ribuan tahanan politik, termasuk ulama dan aktivis.

SAVAK dibubarkan pada tahun 1957 digantikan dengan VEVAK (Kementerian Perisikan Republik Islam) yang wujud hingga kini dalam kerajaan Iran. Walau bagaimanapun, kerajaan Iran masih lagi beranggapan rakyat Iran yang berada di Chicago sebahagiannya adalah anggota SAVAK yang masih lagi menjadi operatif untuk menyusup masuk dalam semua organisasi di seluruh dunia bagi tujuan-tujuan perisikan dan pengintipan.
Ejen Ejen SAVAK Di Seluruh Dunia
Beberapa nama penting ejen Savak adalah seperti Teymur Bakhtiar iaitu ketua pertama SAVAK yang memainkan peranan penting dalam menubuhkan agensi tersebut. Kemudian, Nematollah Nassiri, Ketua SAVAK dari tahun 1965 hingga 1978, dikenali kerana hubungan rapatnya dengan Shah Mohammad Reza Pahlavi.
Seorang lagi adalah Mansur Rafizadeh, bekas pengarah SAVAK di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, kemudian menulis buku “Witness: From the Shah to the Secret Arms Deal” yang mendedahkan peranan SAVAK di luar negara. Nasser Moghadam: Ketua terakhir SAVAK — ditangkap dan dihukum mati pada 1979 selepas enggan melarikan diri bersama Shah.
Ayatollah Khomeini melabelkan SAVAK sebagai “alat kekejaman Shah”. Rejim baharu menahan dan membicarakan lebih 1,500 anggota SAVAK, dan ramai dihukum bunuh. Mereka yang sempat melarikan diri menjadi pelarian politik, dengan sebahagian kecil menyertai gerakan penentang diaspora Iran di luar negara terutamanya di Chicago Amerika Syarikat.
Kebanyakan anak-anak pegawai SAVAK yang melarikan diri ke AS, UK, Perancis, Jerman, dan Kanada dibesarkan dalam sistem pendidikan Barat. Mereka biasanya tidak menggunakan nama keluarga sebenar, atau menggunakan nama samaran (alias) untuk melindungi identiti dan mengelak pembalasan daripada ejen-ejen Republik Islam Iran (VEVAK).
Ada ketika anak-anak SAVAK akan kembali semula ke sarang mereka di Iran mengenang asal usul mereka. Mereka berbangga bergambar sekeluarga bagi memberitahu secara rahsia bahawa mereka masih lagi keluarga SAVAK.

RAMAI ANAK EJEN SAVAK MENJADI PROFESIONAL BERPROFIL TINGGI
Ramai daripada keturunan ini kini menjadi orang penting dalam pelbagai bidang
BIDANG | CONTOH UMUM |
Akademik | Pensyarah, penyelidik sejarah Iran atau Timur Tengah |
Undang-undang | Peguam hak asasi, pakar pelarian |
Korporat | Pengurus syarikat multinasional, startup teknologi |
Media | Wartawan, pengkritik rejim Teheran |
Seni & Budaya | Penulis, pembikin filem, pelukis dalam diaspora Iran |
Anak-anak Ejen SAVAK yang generasi pertama ini usianya kini dalam pertengahan 40an, sama usianya dengan Mariam Parineh. Mereka bekerjaya dalam bidang akademik dan menjadi profesional. Jika wanita mereka memburu lelaki kaya di seluruh dunia.

Mereka sering aktif dalam komuniti pelarian Iran dan gerakan anti-rejim, terutamanya di Los Angeles atau dikenali (“Tehrangeles”), Paris dan Toronto. Beberapa laporan memberitahu bahawa kerajaan Iran secara aktif mengintip, memburu atau mengugut ahli keluarga bekas SAVAK di luar negara, terutamanya yang aktif dalam politik atau media.

Mariam Ejen Asing? Bahaya Untuk Keselamatan Negara
Mariam Parineh adalah anak kepada operatif SAVAK yang lari dari Iran ketika tahun 1979. Dipercayai pada awalnya, Mariam mempergunakan hubungan NGO menerusi Marina Mahathir untuk menyusup masuk ke Malaysia dan berkenalan dengan Sapura Group. Malah beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhyiddin ketika sebagai Perdana Menteri.
Apa yang berlaku misi Mariam Parineh ialah mensasarkan keluarga Sapura. Inilah cara keluarga SAVAK bekerja. Cara bapa Mariam sebagai ejen SAVAK. Tiga syarikat senarai awam, Sapura Energy Bhd, Sapura Resources Bhd dan Sapura Industrial Bhd.
Mariam sudah berjaya menguasai Sapura Industrial Bhd. Kini beliau perlu menghasut Dato Shahriman untuk membubarkan syarikat utama keluarga, Sapura Holding Sdn Bhd yang memegang projek strategik kerajaan. Lebih teruk mungkin kerjasama dengan pihak CIA atau Mossad untuk memusnahkan syarikat Sapura. Keluarga SAVAK susah di luar negara tetapi Mariam Parineh boleh dapat MyPR dan kaya raya jadi pemegang saham terbesar Sapura Industrial Bhd (SIB).