
Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan bakal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejurus selepas memberikan keterangannya sebelum didakwa di mahkamah berhubung dakwaan pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebelum ini telah mengesahkan bahawa Ismail Sabri kini berstatus sebagai suspek dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram. Siasatan ini berkaitan dengan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas di sebuah ‘safehouse’ semasa serbuan dilakukan.

Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram telah mengalami beberapa penangguhan. Pada 10 Februari 2025, beliau mengemukakan pengisytiharan harta, dan keterangannya direkodkan pada 19 Februari. Proses rakaman keterangan yang dijadualkan pada 5 Mac 2025 ditangguhkan atas alasan masalah kesihatan beliau pada 7 Mac 2025.
Namun sekali lagi ditangguhkan dan menurut SPRM bakal diadakan pada 13 Mac 2025 atas alasan yang sama.
SPRM juga telah menemu bual doktor yang Ismail Sabri bagi mengesahkan tahap kesihatannya. Temu bual berlangsung pada 7 Mac 2025, bermula jam 3.30 petang, di sebuah hospital di Selangor mengesahkan Ismail bercuti sehingga 12 Mac.

Menurut sumber SPRM telah mengumpulkan bukti yang mencukupi bagi menyokong pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri selepas mengambil keterangan pada 13 Mac nanti.
Setakat ini, SPRM telah merakam keterangan daripada 32 saksi, termasuk empat bekas pegawai kanan termasuk Setiausaha Politik kepada Ismail Sabri dan CEO Yayasan Keluarga Malaysia yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. Dato’ Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Ismail turut dipanggil SPRM. Beliau dikatakan berpaling tadah dengan Ismail Sabri dengan memberi segala butiran penyelewengan kepada SPRM.
Perkembangan kes ini dijangka akan menarik perhatian ramai, terutama dalam konteks usaha berterusan kerajaan untuk membanteras rasuah dan ketirisan dana awam. Rakyat kini menantikan tindakan lanjut daripada SPRM serta kemungkinan pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap bekas pemimpin negara itu.
Jika Ismail Sabri dituduh di mahkamah pada 13 mac atau selepasnya bermakna beliau merupakan PM ke tiga di heret ke mahkamah selepas Najib Razak dan Tan Sri Muhiddin Yassin.