Ketua Kumpulan Mafia korporat Datuk Victor Chin Boon Long nampaknya kembali di syarikat senarai awam MMAG Holdings Berhad selepas kali terakhir sebagai Pengarah Urusan disyarikat tu. Beliau sebelum ini tular di media mengenai mafia korporat yang memanipulasi saham di negara ini selepas merampas Caely Holding Berhad (Classita Holdings) dan beberapa syarikat lain.
Rampasan itu dianggap jujur walaupun pelbagai penipuan, manipulasi saham, rasuah dan memperalatan penguatkuasa wujud.
RANGKAIAN SYARIKAT MAFIA KORPORAT
Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin dan jabatan siasatan jenayah komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM ) ketika itu mengesahkan mengenai Mafia Korporat dan sedang menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang RM30.7 juta (Laporan Caely RM30.3 juta) dalam satu syarikat dikaitkan Victor Chin Boon Long iaitu Syarikat Caely Holdings Berhad (Classita) di bawah seksyen 409 kanun keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen.
FAIL FORENSIK MONEY TRAIL PENYELEWENGAN RM30.3 JUTA CAELY/CLASSITA HOLDINGS BERHAD
fail forensik penyelewengan melibatkan Lembaga Pengarah ketika itu juga didedahkan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN-
Namun tiada apa yang berlaku terhadap Victor Chin isteri dan pengikutnya.
Hari ini Victor Chin Boon Long muncul sebagai Pengarah Eksekutif MMAG Holdings Bhd. Mengesahkan kerugian syarikatnya yang kini berstatus GN3. Beliau ini kembali secara langsung dalam dunia korporat yang sepatutnya pihak berkuasa mudah untuk menangkap dan mendakwanya.
FAIL SULIT VICTOR CHIN BOON LONG
9 muka surat fail Victor Chin Boon Long. Semuanya telah perincikan dalam Artikel Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar. Beberapa maklumat baru dan terkini telah diperincikan dalam artikal ini.
Rakyat Malaysia wajar tahu siapa Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat Malaysia yang kini bukan lagi di belakang tabir.
JIKA GISBH BOLEH DITAHAN REMAN DENGAN PELBAGAI AKTA TERMASUK BAWAH SOSMA MENGAPA VICTOR CHIN BOON LONG MAFIA KORPORAT TIDAK BOLEH DI BAWAH POCA & SOSMA?
Manipulasi saham, merampas syarikat dan membekukan akaun syarikat senarai awam menjejaskan pasaran saham dan ekonomi negara. Pelabur asing juga melihat tidak bagus apabila sebuah syarikat BERHAD boleh dibekukan akaun sewenangnya seolah-olah syarikat awam tidak punya unit integriti. Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Chong Loong Men dan budak-budaknya bergerak seperti kongsi gelap malah melibatkan keganasan memukul serta jenayah.
Maka lebih baik dengan dakwaan lebih keras di bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Tindakan Mafia Korporat menggugut pengasas syarikat syang dirampas menggunakan penguatkuasa jelas tindakan kongsi gelap yang keterlaluan.Kononnya mereka juga boleh melepaskan kes SPRM dengan syarat letak jawatan dalam syarikat, jual saham dan mengaku bersalah. Ini telah berlaku dalam beberapa syarikat. Mereka ditangkap, reman dan didakwa dengan perkara sangat remeh. Tujuannya untuk berundur dan dimalukan.
Mungkin juga boleh ditahan atau dakwa atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai langkah-langkah khas berhubungkan dengan kesalahan keselamatan. Rampasan Mafia terhadap syarikat Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara apatah lagi jika mereka didalangi oleh penguatkuasa. Jika Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) boleh dibuat bermacam cara dari isu agama, SSM, cukai, zakat hinggalah pengubahan wang haram mengapa pula Mafia Korporat seperti Victor Chin Boon Long kekal bebas.
Berapa banyak aduan ke Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengenai Mafia Korporat. Hanya yang terbaru acah-acah serbuan ke pejabat Tropicana milik Kenneth Vun.
Berikut merupakan antaran laporan SULIT yang dihantar untuk mendakwa Victor Chin Boon Long sehingga nama-nama syarikat juga telah bertukar ganti. Namun apa SC dan pejabat peguam negara buat?
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007 (ACT 671)
Jika dahulu Datuk Nizom CEO LHDN dan Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) gagal bertindak tetapi apakah CEO baharu Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin dan juga Pengerusi SC baharu Dato’ Mohammad Faiz Azmi akan gagal?
NOTA :
Laporan aduan kepada Victor Chin berbentuk PDF boleh didapatkan di sini.