Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan antara pemegang saham utama dalam Telekom Malaysia Bhd (TM) selepas menjual 6.82 juta saham dalam syarikat telekomunikasi itu dalam satu transaksi Rabu lalu.
Harga transaksi itu bagaimapun tidak didedahkan, namun ASB akan memperoleh lebih RM47.2 juta hasil daripada pelupusan berkenaan berdasarkan harga penutupan TM pada RM6.92 pada 24 Julai lalu.
Berikutan transaksi terkini itu, ASB kini memiliki 189 juta saham atau 4.92 peratus dalam TM, sekali gus berada di bawah ambang lima peratus yang diperlukan untuk status pemegang saham utama.
Khazanah Nasional Bhd adalah pemegang saham terbesar TM dengan pegangan sebanyak 20.1 peratus diikuti oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memegang 17.39 peratus.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad meraih untung dari kenaikan saham TM.
Turut menjual saham meraih keuntungan ialah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sejak awal julai lalu.
Saham TM ditutup minggu lalu pada RM6.90, memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM26.48 bilion.
Saham TM telah meningkat sebanyak 24 peratus setakat tahun ini kerana pelabur menjangkakan peningkatan penghantaran data daripada kesibukan berhubung pusat data dan kecerdasan buatan.
Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024, keuntungan bersih TM meningkat sebanyak 29 peratus kepada RM424.81 juta daripada RM330.1 juta setahun yang lalu, terutamanya disebabkan oleh kos operasi yang lebih rendah.
Pendapatan bagi suku itu meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun kepada RM2.84 bilion daripada RM2.79 bilion.
Unifi mengekalkan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten, dengan pelanggan jalur lebar tetap meningkat 1.8 peratus kepada 3.13 juta, didorong oleh gabungan strategi pemasaran, jualan yang agresif dan program pengekalan pelanggan.
TM Global pula menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 12.1 peratus tahun ke tahun kepada RM742.8 juta pada suku pertama 2024, didorong oleh permintaan untuk data domestik dan antarabangsa.