Nampaknya kumpulan konsultan kes SPRM menambah ‘surprise’ apabila beberapa orang lagi direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung skandal rasuah Lebuhraya milik Prolintas bernilai lebih RM1.6 bilion.
Kali ini SPRM menahan Datuk Ahmad Fauzi Bin Daud Pengerusi Syarikat Pesona Development Sdn Bhd satu dari sub kontraktor konsesi projek lebuh raya.Datuk Fauzi selain pengerusi syarikat pembinaan beliau dikatakan terlibat dalam sektor minyak , gas dan hartanah.
Dua lagi pengarah syarikat sub kontraktor Mohammad Jefri Bin Mohammad Ekhwan dan Nor Yusrinah Binti Mohamed Pengarah Tanjung Manis Corporation Sdn Bhd yang beralamat di Merdeka Place Ampang turut dikenakan tindakan reman bermula Selasa. Mohammad Jefri memiliki 2.7 juta saham dan 300 ribu lagi dimiliki Nor Yusrinah.
“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.
“Mereka ditahan antara jam 9 hingga 12 tengah malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM,” katanya pada Selasa.
Kata sumber, Datuk Ahmad Fauzi dan Mohammad Jefri disyaki memberi rasuah lebih RM200,000 kepada Ir Mohd Rosman Bin Alias Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Projek gred J52 di Bahagian Pengurusan Projek Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan oleh syarikat konsesi lebuhraya milik Prolintas.
Tambahnya, mereka juga dipercayai turut memberi rasuah kepada pegawai-pegawai di Prolintas untuk tujuan sama.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau turut mengesahkan kesemua suspek yang ditahan reman sebelum ini telah dilepaskan selepas tamat tempoh reman termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Dato’ Mohamad Azlan dan Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad CEO Prolintas Infra BT dengan jaminan RM150,000.
Ke mana hala tuju siasatan kes ini? Pendakwaan kepada CEO Prolintas dan Prolintas Infra BT? Atau kepada syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd milik Azmi Massod? Apakah pelapor SPRM Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP) milik Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud syarikat utama Jalan SUKE akan selamat tidak disingkirkan oleh Prolintas?
Atau Konsultan siasatan SMPP yang untung?