Kritikan Professor Geoffrey Williams
Selepas pendedahan Professor Geoffrey Williams Dekan Institut Pengajian Siswazah di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) yang juga kolumnis Free Malaysia Today pada 26 Februari lalu mengenai skandal penjualan sijil tak bertauliah sebuah Persatuan Institut Pengurusan Bertauliah milik Chartered Management Institute (CMI) berpengkalan di UK menyebabkan institut itu disiasat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Turut mengulasnya ialah Murray Hunter wartawan terkenal yang kini menetap di Thailand.
Menurut Professor Geoffrey Williams walaupun dilahirkan di United Kingdom, dia tidak yakin orang British pandai dalam pengurusan. Katanya Pengurusan dan kepimpinan yang lemah adalah perkara biasa dalam organisasi di UK. Kajian oleh Chartered Management Institute (CMI) sendiri organisasi latihan pengurusan terkemuka di UK, menunjukkan 82% pengurus baharu di UK adalah “pengurus tidak sengaja”
Mereka ini adalah orang yang memegang jawatan pengurusan tanpa kelayakan formal dalam pengurusan dan kepimpinan atau pengalaman. Mereka tidak dilatih atau dilengkapi untuk mengurus dan sering tidak mempunyai minat atau kecenderungan untuk melakukannya.
CMI adalah badan amal yang bertujuan untuk menangani pengurus tidak sengaja. Anak syarikat milik penuhnya terlibat dalam “menjual pendaftaran pelajar secara komersial”, menurut Laporan Tahunan 2023. Pendaftaran ini membawa kepada sijil yang diakreditasi di UK dengan sedikit latihan, penilaian atau penglibatan tambahan.
CMI mempunyai 5,000 ahli di Malaysia dengan 4,000 di 21 rakan kongsi pendidikan tinggi CMI pelbagai IPT. Anak syarikatnya dilaporkan berhutang RM4.7 juta (£788,000) kepada badan amal UK tahun lepas yang telah direkodkan dengan peruntukan untuk hutang lapuk.
Ramai ahli bertanya sama ada berjuta-juta ringgit yang dibayar secara berkala oleh rakyat Malaysia kepada CMI berbaloi dengan nilainya.
Benarkah CMI Malaysia ‘Menjual sijil tak bertauliah’?
Kerana penulisan itu Institut Pengurusan Bertauliah dan anak syarikatnya di Malaysia memfailkan saman fitnah terhadap Professor Geoffrey Williams dan wartawan ternama ‘Murray Hunter’.
Benarkah CMI Malaysia ‘menjual sijil tidak bertauliah’ yang tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?
CMI Malaysia berkata ahli lembaga serantaunya – terdiri daripada sukarelawan yang diambil dari industri dan pendidikan tinggi, termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah dan dekan beberapa universiti Malaysia – telah disoal siasat pada 30 April mengenai perkara itu.
Hanya seorang Profesor Melayu dari Universiti Malaysia Kelantan dilibatkan sebagai Lembaga Pengarahnya iaitu Prof Dr Roselina Ahmad Saufi
“(CMI) terpaksa mengeluarkan surat penjelasan menyeluruh kepada kementerian pada 2 Mei,”
CMI juga berkata rakan kongsi Malaysia dalam pendidikan tinggi telah ‘memilih untuk menggantung hubungan komersial mereka’, menyebabkan ia berisiko kehilangan ‘peluang perniagaan’ bernilai £1.5 juta (RM9 juta).
Wakil daripada kedua-dua CMI dan anak syarikatnya, CMI Management & Leadership Sdn Bhd (CMI-ML) turut mendapat pertanyaan oleh rakan kongsi Malaysia pelbagai IPT ‘termasuk berkaitan potensi pemberhentian perkhidmatan’.
Nampaknya pengumuman perniagaan hampir RM10 juta itu menunjukkan CMI Malaysia mendapat keuntungan.
Namun ada tidak kena kepada CMI Malaysia! Pendaftaran pelajar komersial ini diiklankan dan dijual dengan tawaran “nilai tambah” yang merupakan sebahagian daripada perjanjian kerjasama dengan universiti-universiti di Malaysia yang disertakan bersama sijil dan kelayakan CMI.
“Nilai tambah” termasuk menyediakan bahan kursus dan kandungan kurikulum, alat dan nasihat pembangunan kerjaya, persediaan kerja dan nasihat CV, latihan amali, bimbingan, jaringan pelajar, latihan temu duga, kaunseling, dan aktiviti sokongan lain. Bagaimanapun “nilai tambah” itu tidak disediakan yang menyebabkan 21 universiti dan kolej termasuk universiti swasta seperti Sunway University, Taylors University, dan UNITEN tidak berpuas hati. Ini termasuk anak syarikat UPM Putra Business School, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti Malaysia Kelantan.
Jika sekitar 4,000 pelajar membayar lebih kurang RM1,500 untuk keahlian dan 1,000 ahli yang bukan pelajar tetapi membayar yuran tahunan yang serupa sebanyak RM1,500 untuk pakej sama dan sekurangnya 5000 ahli bermakna duit kutipan kira-kira RM7.5 juta.
Namun CMI Malaysia dan anak syarikatnya diumumkan sebagai syarikat rugi. Lebih pelik semuanya direkodkan sebagai hutang RM4.14 juta (hampir US$1 juta) untuk perbelanjaan operasi, terutamanya gaji kakitangan CMI UK dan telah ditulis sebagai hutang lapuk pada Ogos 2023. Apabila disemak anak syarikat CMI di Malaysia tidak memiliki sebarang aset, tanpa pendapatan, dan kerugian RM2 juta yang direkodkan dalam pulangan audit 2023 di SSM.
CMI Malaysia dilihat tempat melarikan cukai kerana hanya memiliki saham RM1 dikuasai oleh CMI UK dengan hanya dua pengarah iaitu Lucy Greggains, CFO dan COO CMI di UK dan seorang pengarah iaitu Narresh AL Veerasingam. Siapa dia tidak diketahui.
Model pengelakan cukai ini memastikan semua yuran dan pendapatan daripada 5,000 ahli Malaysia dan 21 universiti dibayar ke UK di mana ia dikecualikan daripada cukai kerana status CMI sebagai badan amal. Di Malaysia pun CMI dilihat sebagai berstatus persatuan. Cuma mempunyai anak syarikat iaitu Chartered Management Institute dan CMI Management & Leadership Sdn Bhd (CMI-ML)
Wang yang dikitar semula dari Malaysia didaftarkan sebagai pinjaman kepada CMI Malaysia daripada pendapatan, dan apabila kos operasi ditolak, entiti Malaysia mencatatkan kerugian kewangan setiap tahun supaya tiada cukai dibayar di Malaysia juga.
Dalam tempoh 2019-2023, CMI tidak membayar cukai atas sekurang-kurangnya US$1 juta daripada pendapatan yang dikitar semula yang didaftarkan sebagai pinjaman dan kemudian dihapuskan untuk menyediakan akaun yang bersih.
Akaun UK CMI menyatakan bahawa mereka membuat keuntungan daripada yuran yang dibayar oleh pelajar dan universiti Malaysia. Jumlahnya tidak dinyatakan dalam akaun yang diaudit di UK tetapi diserap ke dalam pendapatan UK di mana tiada cukai dibayar kerana status pengecualian cukai amal.
Bukankah ini satu penipuan?
Universiti merekrut dan mengajar pelajar selama 2-4 tahun, menyediakan kandungan kurikulum, nasihat kerjaya, persediaan kerja, latihan amali, acara pelajar dan jaringan, latihan temu duga dan perkhidmatan sokongan. Pelajar melengkapkan penilaian dan peperiksaan universiti yang dinilai oleh fakulti universiti. Setelah program selesai, pelajar menerima ijazah daripada universiti yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Manakala pelajar membayar yuran, CMI mengeluarkan sijil UK tanpa sebarang penilaian, pengajaran, penggunaan bahan kursus CMI, atau hubungan langsung dengan kakitangan atau tutor CMI. Yuran mereka bayar untuk sijil CMI kerana yuran telah dikutip oleh universiti mereka dan tiada rekod yang diperincikan dalam bil mereka. Selain itu, CMI mengikuti polisi pendaftaran wajib dan caj untuk semua pelajar yang mengikuti program yang mana sijil akan dijual.
Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM dan KPT digesa menyiasat kes ini. Mungkinkah ada pegawai dipelbaga peringkat terlibat. CMI Management & Leadership Sdn Bhd (CMI-ML) di depan mata!. CMI nak saman siapa itu mereka punya hal. Tindakan mengutip wang hampir RM10 juta namun tidak mengumumkan sebagai keuntungan di syarikat Malaysia menyebabkan kerugian kutipan cukai kepada kerajaan malah membodohkan pelajar yang membayar yuran melalui Universiti Awam atau swasta di Malaysia. Orang UK pun sedar kebodohan mereka dalam pengurusan tetapi orang Malaysia sangat percaya kepada ‘penjajah’ lamanya. Maklumlah ‘Orang Putih’!.