Selepas isu pemilikan 15.9% kepentingan saham Datuk Farhash Wafa Salvador dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Perta Ibni Sultan Ismail Petra yang juga mantan Yang di-Pertuan Agong ke-15 melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd nampaknya isu Heitech Padu Berhad belum reda selepas dilaporkan Bernama HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) menerima surat lantikan (SST/ LOA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan tender bernilai RM190.01 juta.
Ia hanyalah pengumuman biasa syarikat senarai awam dalam Bursa Malaysia menerima Surat Setuju Terima (SST) bahawa HieTech Padu syarikat penyedia perkhidmatan teknologi menerima LOA perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySIKAP di semua pejabat JPJ.
Kontrak itu ialah bagi tempoh 36 bulan itu bermula dari 1 Mei 2024 hingga 30 April, 2027.
Semakan menunjukkan tender MySIKAP JPJ telah diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan 8 Februari 2024 dan paparan keputusan tender MOT / JPJ di laman myprocurement kerajaan pada 12 Mac 2024.
Bermakna lebih awal dari isu pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd oleh Datuk Farhash Wafa Salvador dan Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Perta Ibni Sultan Ismail Petra.
Kenaikan kos RM5 juta dari kos tender asal mungkin dari kerja tambahan dan nilai ringgit yang melonjak sekarang. Ia perkara biasa melalui perbincangan Kementerian Pengangkutan dan syarikat yang mendapat tender.
Tujuan pembangkang dan puak pihak yang tidak berpuas hati ketika itu ialah cubaan mengaitkan pembelian saham Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai usaha HeiTech Padu Bhd memperoleh tender Jabaran Imigresen Malaysia KDN melalui projek NIISe bernilai kira-kira RM1 billion. Projek NIISe KDN kononnya HeiTech Padu Bhd dalam senarai akhir. Namun tiada bukti dan pengakuan mana-mana agensi mengenainya.
Hakikatnya Farhash Wafa menjelaskan kepentingan saham miliknya adalah milik Sultan Kelantan melalui saham syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd dalam Rosetta Partners Sdn Bhd.
Pemilikan saham oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan-sultan negeri dan kerabat raja dalam dunia korporat bukan perkara baru. Ia perkara biasa di negara ini. Bekas Yang Dipertuan Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada ogos tahun 2023 pernah menguasai 9.03% kepentingan dalam Citaglobal syarikat diketuai Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria. Begitu juga Sultan Selangor Tuanku Sharafuddin Idris Shah Al-haj muncul sebagai pemegang saham besar Transocean Holdings Bhd dengan 30.72% kepentingan pada April 2023.
JPJ dan Imigresen Projek biasa HieTech Padu
Sementara itu Projek Penyelenggaraan dan Sokongan Teknikal bagi Infrastruktur ICT serta Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu (mySIKAP) di semua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (“JPJ”) merupakan projek biasa dibuat oleh HieTech Padu cuma kali ini dilakukan untuk tempoh 3 tahun. Begitu juga projek perkhidmatan komprehensif bagi Sistem Imigresen Malaysia di Jabatan Imigresen yang disambung Februari lalu.
Rekod menunjukkan HeiTech Padu Bhd setiap tahun memperolehi sekurangnya 3 atau 4 projek kerajaan setahun kerana kepakaran mereka.
Maka bukanlah sesuatu yang luar biasa HeiTech Padu Bhd memperolehi projek di JPJ dan Imigresen kerana memang syarikat mereka dah lama bertapak di agensi kerajaan itu. Sistem telah dibina oleh HieTech Padu menukar syarikat lain tentu sukar melainkan syarikat HieTech terbukti gagal menyelenggara sistem itu sejak beberapa tahun lalu.