Reman lelaki warga Israel ditahan disyaki memiliki enam senjata api dan 200 butir peluru disambung seminggu lagi bermula hari ini.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata reman terhadap Shalom Avitan, 38, disambung selepas tempoh remannya berakhir hari ini.
“Permohonan sambung reman terhadap Shalom dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan secara terperinci.
“Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu,” katanya
Beliau berkata, polis masih meneliti motif dan tujuan utama Shalom memiliki senjata api terbabit.
Katanya, seorang daripada suspek berperanan sebagai pemandu kepada Shalom yang ditahan di Cameron Highlands pada 29 Mac, sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Secara keseluruhan, jumlah individu yang ditahan pada masa ini adalah seramai 15 orang termasuk dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya.
Bermacam teori mengenai Shalom dan 3 lagi rakyat tempatan termasuk pasangan semua isteri menjadi pembekal pistol yang kekal misteri.
Ada dakwaan Shalom dan rakan-rakannya merupaka agen Mossad. Begitu juga teori pergaduhan dua gangster Israel Eytan Haya dan The Mosli