Taikun terkemuka Malaysia, Tan Sri Robert Tan Hua Choon penguasa lebih 100 syarikat senarai awam di negara ini berdepan cabaran paling besar apabila hari ini bakal hadir (jika tidak berlakon sakit ke hospital) ke mahkamah berkaitan siasatan terhadap penganugerahan kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan kepada Spanco
Pemilik utama Syarikat Spanco Sdn Bhd yang juga pemilik saham terbesar dalam JKG LAND Berhad, JASA Kita Berhad dan Marco Holdings Berhad akan dimalukan di mata dunia bagaimana seorang pengerusi syarikat yang berkuasa orang kepercayaan Tun Daim Zainuddin boleh didakwa.
Namanya dipaparkan dalam senarai kes yang akan dibawa di depan hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur Suzana Hussin jam 9 pagi ini
Menurut sumber Tan Sri Robert Tan Hua Choon bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Seksyen 420 Kanun Keseksaan Menyatakan bahawa;
Barang siapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong secara tidak jujur orang yang terpedaya, sama ada atau tidak perdayaan yang diamalkan itu ialah dorongan tunggal atau utama, supaya menyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri Robert Tan Hua Choon puluhan juta ringgit.
BACA SPRM beku akaun Taikun Spanco Tan Sri Robert Tan Hua Choon berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
SPRM telah mengumpul bukti yang cukup untuk membuat pendakwaan Spanco yang memegang konsesi pembekalan kenderaan kerajaan sekian lama.
SPRM telah merakam keterangan beberapa saksi penting termasuk seorang bekas menteri kewangan Tengku Zafrul dan individu daripada syarikat Spanco
Difahamkan Spanco mendapat kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan bermula 2022 hingga 2037 dengan nilai RM4.5 bilion. Sepatutnya Berjaya Group -Naza JV yang mendapat kontrak namun telah di ‘sailang’ oleh Spanco dengan pembayaran rasuah kepada Presiden Parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu media melaporkan SPRM telah menyiasat dan menyerbu syarikat dan kediaman usahawan bergelar Tan Sri.
Untuk rekod Spanco mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM34.9 juta atas atas hasil hampir RM420 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Namun ramai melihat ini semua tekanan kepada Muhyiddin dan Daim. Tidak hairan jika dalam perbicaraan nama Muhyiddin dan Daim akan disebut nanti.