Orang Sarawak mana tidak kenal Dato’ Chris Chung Soon Nam?Taikun balak dan memiliki ribuan hektar tanah pengasas syarikat TITANIUM MANAGEMENT SDN BHD yang sering dikaitkan dengan keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Semua syarikatnya berpejabat di Menara TSG atau Titanium Brighton Square, Jalan Song, Kuching Sarawak
Sejak tahun 2000 nama Chris Chung sering muncul dalam media terutama portal antarabangsa Sarawak Report yang melaporkan rasuah dan salah gunakuasa keluarga Taib Mahmud. Namun tiada siapa berani menangkap Dato’ Chris Chung ataupun ahli keluarga Taib Mahmud. SPRM Sarawak hanya mampu melihat failnya tetapi tidak mampu bertindak menangkapnya.
25 tahun dalam perniagaan Chris Chung mengubah cara perniagaannya dari bergantung kepada pembalakan kepada orientasi peniagaan yang lebih tersusun. Jika dahulu semua berpusat dalam Titanium Managemet Sdn Bhd, Chris Chung menyusun semua perniagaannya dalam syarikat TSG Group Sdn Bhd. Semuanya cubaan menutup kisah silam dan nama buruknya terlibat rasuah.
Maka hari ini beliau muncul sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pengasas, Kumpulan TSG Group. Beliau ‘mencuci’ semua hasil balaknya mencipta syarikat TSG Group yang lebih baru, penggunaan teknologi dalam perniagaan, penggunaan data dan penanaman pokok balak yang lebih moden disemua tanah yang diperolehinya daripada Arwah Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Secara umumnya seperti rajah 1 Chris Chung memecahkan perniagaannya kepada 5 kategori iaitu Pembalakan/perladangan hutan moden bersekali dengan makmal penyelidikan (Futuretrees/TSG Green Sdn Bhd), kontraktor pembinaan (Titanium Management Sdn Bhd), pemaju Bandar Hijau/retail (Saradise Sdn Bhd), Ladang sawit moden (Grand Olie Sdn Bhd) dan DesignFutures Venture– (Data/Foodtech/Environment)– Futuredata Sdn Bhd
Kita lihat satu persatu.
PERTAMA- Pembalakan/ perladangan hutan moden namakan Futuretrees. Dari sebuah syarikat mendapat konsesi pembalakan konvensional lebih 70 ribu hektar seluruh Sarawak merosakkan alam sekitar kepada ladang balak dengan menanam pokok klon RT-Paulownia. Melalui syarikat TSG Green Sdn Bhd, TSG mempunyai makmal pertama menghasilkan kultur tisu klon RT-Paulownia.
Klon pokok ditanam akan menjadi pokok RT-Paulownia, yang mempunyai ciri-ciri tumbuh pesat, dan keupayaan menghasilkan kualiti kayu yang diingini. Kayu RT-Paulownia adalah kayu ringan di bawah kategori kayu keras, yang sesuai untuk industri seperti pembinaan, bahan binaan, alat muzik dan perabot. Menurut TSG, Varian baka tempatan terbukti berkembang (menyesuaikan) dengan baik dalam iklim tropika. Oleh itu akan terus melestarikan industri perkayuan dan aktiviti hiliran.
Chris Chung dan TSG menggunakan teknologi hijau untuk mengekalkan perniagaaan balaknya dengan menanam RT-Paulownia yang lebih cepat tumbuh dan membesar. Lebih banyak ditanam di kawasan luas maka penghasilannya lebih cepat. Lantaran itu Chris Chung tetap hidup dengan siapa Ketua Menteri dan sekarang Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg pun dalam genggamannya.
Dengan adanya pokok RT-Paulownia TSG Group mahu membekalkan sekurang-kurangnya 10 peratus usaha kerajaan negeri untuk menanam 35 juta pokok menjelang 2025 bagi projek penanaman semula hutan.
Dengan keluasan tanah ribuan hektar dimiliki Chris Chung yang mendapat pajakan 99 tahun di tanah yang didedahkan di atas maka menanam pokok balak menguntungkan seperti RT-Paulownia adalah jawapannya. Projek Perladangan Tanam Balak ini dengan teknologi ‘Green’ menyelamatkan persepsi merosakkan hutan Sarawak. Kesan kerosakan alam sekitarnya sama iaitu tanam cepat dan selepas itu tebang cepat.
Giliran Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg pula ditipu oleh Chris Chung. “35 juta pokok dalam tempoh lima tahun” – nampak banyak, tetapi tidak. Satu hektar hutan tropika semulajadi mengandungi sehingga 2,500 pokok, bermakna ini hanya meliputi kira-kira 14 ribu hektar – Saiz ini sama dengan konsesi pembalakan konvensional Titanium dan Radiant Lagoon diladang lebih 50 ribu hektar sebelum ini. [Rujuk Artikel di bawah]
Bijak tak Chris Chung?
KONTROVERSI BALAK CHRIS CHUNG
Sebelum ini Chris Chung dan anak Taib Mahmud monopoli projek balak secara tradisional. Menurut sumber lebih 20 syarikat yang dikaitkan dengan Chris Chung dan anak Taib Mahmud. Pada tahun 2008-2010 dikatakan lebih 40 ribu hektar tanah dimonopoli Chris Chung menggunakan Syarikat Titanium Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Polar Towers Sdn Bhd, Polar Red Essential Straits Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.
Antara syarikat terkenal ialah Radiant Lagoon Sdn Bhd.
Projek pembalakan yang mengundang kemarahan rakyat tempatan kepada Radiant Lagoon Sdn Bhd milik Chris Chung dan anak Taib ialah ketika membelasah 4500 hektar tanah di kawasan Taman Negara Mulu.
Penduduk berang kerana dilaporkan syarikat Radiant Lagoon cuba memusnahkan koridor hidupan liar dan zon penampan menghubungkan Taman Negara Mulu ke hutan Hujan Brunei di wilayah Sungai Tutoh. Menurut laporan Swiss Bruno Manser Fund, nilai anggaran 30,000 meter padu kayu yang telah ditebang di kawasan itu (mewakili 16% daripada 4,000 hektar konsesi) adalah melebihi USD10 juta (RM46 juta).
Dengan premium tanah yang rendah sekitar RM741 perhektar atau mungkin tidak dibayar menyebabkan Chris Chung mendapat keuntungan lebih RM120 juta.
Orang asal Penan dan Berawan menentang projek pembalakan Chris Chung ini. Namun Chris Chung membayar rasuah kepada ketua-ketua komuniti agar menerima projek Mulu.
Laporan SPRM turut dibuat
Ketua Komuniti ambil wang tetapi penduduk tak dapat.
Namun siapa berani menangkap Chris Chung ketika itu? SPRM Sarawak atau SPRM Bahagian Operasi Khas berani buka semula?
POLAR TOWERS – TITANIUM
Satu lagi syarikat kontroversi ialah Polar Towers. Polar Towers mempunyai pajakan 99 tahun ke atas kira-kira 10 ribu hektar, kebanyakannya terdiri daripada hutan sekunder yang berharga di kawasan Ulu Machan di Kanowit, menurut penduduk tempatan. Premium yang dikenakan (tiada siapa yang dapat memastikan ia telah dibayar) adalah sedikit RM7 juta sekitar RM700 sehektar. Seperti sebelum ini rekod di Jabatan Tanah premium kelihatan tidak dibayar.
Polar Towers -Titanium dilaporkan merancang untuk menanam pokok RT-Paulownia secara besar-besaran di kawasan Ulu Sg Machan-Sg Poi-Sg Ngemah di Bahagian Sibu. Ladang hutan yang dicadangkan itu akan dibangunkan di enam blok tanah, dengan keluasan kasar 10,775 hektar. Ianya akan dipanggil projek perladangan Polar Tower dan syarikat pula perlu mengemukakan Rancangan Penanaman Pokok dan permohonan Lesen kepada Jabatan Perhutanan Sarawak termasuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak untuk kelulusan.
GENUINE FORMATION SDN. BHD- CHRIS CHUNG
22 bidang tanah yang terletak di Lundu, Sarawak, berjumlah 3,121.33 ekar, telah diberi milik kepada syarikat GENUINE FORMATION SDN. BHD. (No. Syarikat 805567-K) pada jumlah premium RM882,176.00 atau kira-kira RM282.00 seekar secara purata. Nilai tanah sekurangnya RM5,000 perekar tetapi premiumnya kurang RM300.
Lebih buruk jumlah premium RM882,176 yang perlu dibayar oleh Genuine Formation Sdn Bhd tersebut tidak perlu dibayar. Premium sebanyak RM882,176 tidak dipungut oleh Kerajaan Negeri kerana ia adalah “sebahagian daripada pembayaran ‘Payment in Kind” dengan No. Kontrak JKR/HO/B102/2000”. Kerajaan negeri rugi bayaran premium
KEDUA- PEMBINAAN – TITANIUM MANAGEMENT SDN BHD
Sebagaimana diawal artikel ini Titanium adalah ibu kepada segala syarikat Chris Chung sebelum membentuk syarikat baharu di bawah TSG Group Sdn Bhd. Titanium dari projek balak hinggalah projek pembinaan dikuasai Titanium. Di bawah Titanium Management Sdn Bhd sebuah lagi syarikat ialah Project Management Sdn Bhd.
Bagaimanapun Titanium terbaru ini telah mengeluarkan nama anak Taib dan kini sepenuhnya milik Dato’ Chris Chung Soon Nam.
Konsesi kontroversi di bawah Titanium ialah Projek membina jambatan luar bandar Sarawak sejak tahun 2000. Pembangkang DAP ketika itu mempersoalkan keluarga Taib bersama Chris Chung. Pada tahun 2001, Titanium Management Sdn Bhd (TMSB) telah membina 384 jambatan pada harga RM551 juta. Menjelang akhir 2006, Titanium hanya membina 322 jambatan tetapi membuat tuntutan bayaran daripada kerajaan negeri sebanyak RM947 juta.
Sehingga kini Titanium mendakwa telah membina lebih 600 jambatan
Berikut pula Senarai semua TITANIUM Management Sdn Bhd dan TITANIUM Project Management Sdn Bhd.
KETIGA – PEMAJU BANDAR HIJAU- SARADISE
Chris Chung melebarkan lagi idea monopoli perniagaannya. Memanfatkan hubungan baiknya dengan 3 Ketua Menteri seperti juga Titanium menguasai pembalakan di Sarawak beliau mencipta FutureTress untuk menanam semula pokok balak yang lebih cepat tumbuh membesar iaitu RT-Paulownia. Berlindung di sebalik Teknologi Hijau kini beliau membangunkan sebuah bandar baru Teknologi Hijau dinamakan SARADISE
Tanah yang diperolehinya daripada Taib bersama anaknya seluas 272 ekar itu terletak bersebelahan dengan lapangan terbang antarabangsa dan hanya 15 minit pemanduan dari pusat bandar tentulah menguntungkannya. Terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan seperti Polarwood dan BDC membangunkan Saradise dengan kos GDV kira-kira RM5 Bilion sesuatu yang berbaloi.
Pembangunan gaya hidup Saradise dibahagikan kepada pelbagai kelompok, setiap satu dilaporkan mempunyai tujuan yang berbeza.
Tanah ini asalnya diberi kepada syarikat Monarda Sdn Bhd berkait dengan keluarg Taib Mahmud bersama Pemilik Titanium Dato’ Chung Soon Nam. Hanya dijual RM RM291,000 seekar berbanding nilai pasarannya RM1.5 hingga 2 juta. Kerajaan hilang hasil sekitar RM400 juta tapi Chris Chung Soon Nam kaya raya. Seperti biasa Chris Chung Soon Nam bijak mempergunakan keluarga Taib.
Turut terlibat dalam Titanium ialah bekas Pengarah Kerja Raya, Michael Ting.
Kepentingan Chris Chung sangat banyak di Sarawak khususnya 2 bekas Ketua Menteri dan kini Premier Sarawak
KEEMPAT- LADANG SAWIT – GRAND OLIE SDN BHD
Di mana ada tanah yang luas pastinya ada Chris Chung. Ketika pembalakan dibantah maka penanaman kelapa sawitlah alasan penyelamatnya. Berlindung disebalik teknologi hijau dan menyayangi alam sekitar tetapi Chris Chunglah penebang pokok lebih 50 ribu hektar di negara ini.
Beliau perlu memanfaatkan ladang sawitnya. Maka Dato Chris Chung menyokong penuh inisiatif kerajaan memperkenalkan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO). Skim ini adalah sebagai tindak balas kepada isu global yang berkaitan dengan perubahan iklim dan penebangan hutan meliputi ladang kelapa sawit, kebun kecil bebas dan terancang, dan kemudahan pemprosesan minyak sawit untuk diperakui mengikut keperluan Piawaian MSPO.
Syarikat TSG Group yang terlibat ialah Grand Olie Sdn Bhd.
KELIMA- DESIGN FUTURE VENTURE- FUTURE DATA SDN BHD
Jun tahun lalu Chris Chung dan TSG Group membentuk sebuah konsortium Sarawak-Singapura baharu di Hotel Pullman, Kuching dengan tujuan untuk melaksanakan pusat data hijau dilancarkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg
Konsortium itu membangunkan taman pusat data 200MW tenaga boleh diperbaharui terbesar di Kota Samarahan. Ia akan menjadi sebahagian daripada Daerah FutureGreen, sebuah perbandaran baharu pembangunan bercampur yang dikuasakan oleh infrastruktur hijau.
Chris Chung dari sebuah syarikat Titanium yang membolot tanah untuk mengambil balak mengubah struktur perniagaan kepada penggunaan teknologi. Beliau cuba meminima serangan terhadapnya yang sebelum ini dikaitkan dengan keluarga Taib Mahmud.
TSG Group membentuk transformasi perniagaan mencakupi pembangunan infrastruktur luar bandar, pembangunan hartanah, perladangan kelapa sawit, penanaman pokok Paulownia atas alasan kelestarian alam sekitar dan projek ekonomi masa depan yang memfokuskan kepada empat masa hadapan untuk Makanan, Alam Sekitar, Data dan penerokaan angkasa lepas.
Tapi Chris Chung lakukan semua ini hanya untuk melindungi perniagaan balaknya dan termasuk wang haram selama ini. Chris mencuci semua wang haramnya dalam TSG Group.
Tetapi tidak bermakna salah guna kuasa dan rasuah dilakukan syarikatnya sejak zaman Taib Mahmud dibiarkan begitu saja. Lebih 50 ribu hektar tanah dibolotnya malah ada pajakan tanah sehingga 99 tahun.
SPRM digesa menyiasat Dato’ Chris Chung Soon Nam. Jika dahulu semua takut dengan Taib Mahmud tetapi kini beliau tiada lagi tetapi Chris Chung masih ada. Tentu menarik membuka kes-kes legen balak seperti Dato’ Chris Chung Soon Nam.
.
Ini memang Dato’ Chris Chung kabel besar di Sarawak. Sejak Zaman Pehin Tun Taib Mahmud hingga Tan Sri Abg Zohari. Dia penyumbang wang dana politik kepada GPS Sekarang. Partner orang kuat Mohe Bekir anak Pehin Sri. SPRM tak akan berani siasat.
Chris Chung dari sebuah syarikat Titanium yang membolot tanah untuk mengambil balak mengubah struktur perniagaan kepada penggunaan teknologi. Beliau cuba meminima serangan terhadapnya yang sebelum ini dikaitkan dengan keluarga Taib Mahmud.
TSG Group membentuk transformasi perniagaan mencakupi pembangunan infrastruktur luar bandar, pembangunan hartanah, perladangan kelapa sawit, penanaman pokok Paulownia atas alasan kelestarian alam sekitar dan projek ekonomi masa depan yang memfokuskan kepada empat masa hadapan untuk Makanan, Alam Sekitar, Data dan penerokaan angkasa lepas.
Tapi Chris Chung lakukan semua ini hanya untuk melindungi perniagaan balaknya dan termasuk wang haram selama ini. Chris mencuci semua wang haramnya dalam TSG Group.
Tetapi tidak bermakna salah guna kuasa dan rasuah dilakukan syarikatnya sejak zaman Taib Mahmud dibiarkan begitu saja. Lebih 50 ribu hektar tanah dibolotnya malah ada pajakan tanah sehingga 99 tahun.
SPRM digesa menyiasat Dato’ Chris Chung Soon Nam. Jika dahulu semua takut dengan Taib Mahmud tetapi kini beliau tiada lagi tetapi Chris Chung masih ada. Tentu menarik membuka kes-kes legen balak seperti Dato’ Chris Chung Soon Nam.