NST semalam melaporkan bahawa SC telah menyerbu beberapa syarikat yang disenaraikan di bursa saham tempatan berikutan aduan dan maklumat daripada orang ramai.
Aduan itu adalah mengenai penipuan yang didakwa, serta kemungkinan pendedahan palsu atau mengelirukan oleh beberapa syarikat tersenarai awam dalam proses penjanaan dana mereka, termasuk penempatan persendirian, skim opsyen saham pekerja dan terbitan hak.
Serbuan dilakukan di sekitar kawasan Tropicana di Petaling Jaya.
“Sejumlah syarikat tersenarai telah mengambil kesempatan daripada peraturan penjanaan dana yang dilonggarkan semasa krisis COVID-19.
“Peraturan itu diubah untuk membolehkan syarikat menjual sehingga 20 peratus daripada modal saham terbitan mereka melalui penempatan persendirian sehingga 31 Disember 2021, berbanding 10 peratus sebelum ini,” tambahnya
Suruhanjaya Sekuriti berkata ia melakukan serbuan ke atas premis “firma tersenarai tertentu”
Pengesahan Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengesahkan melakukan serbuan tersebut. Dalam kenyataan media, SC berkata suruhanjaya itu memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk menangani sebarang salah laku yang ditemui semasa siasatan.
“SC ingin mengesahkan bahawa ia telah melakukan serbuan. Bagaimanapun, SC tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan,” kata pengawal selia itu
Siapa sebenarnya syarikat senarai awam yang diserbu di kawasan Tropicana di Petaling Jaya?
SIAPA DISERBU?- KENNETH VUN@ VUN YUN LUN
Semakan menunjukkan syarikat yang diserbu SC ialah milik salah seorang Mafia Korporat iaitu Kenneth Vun@ Vun Yun Lun yang pernah didakwa oleh SC tahun 2009 dan 2014 menggunakan pelbagai syarikat awam bagi manipulasi saham di negara ini. Digelar sebagai ‘John Soh’ Malaysia yang memanipulasi saham Singapura.
Kes Kenneth Vun@ Vun Yun Lun bukan baru kerana banyak dilaporkan dalam media dan blog-blog yang memusuhinya. Namun antara yang terkenal ialah laporan The Edge pembongkaran Skandal Penny Stock The Edge yang menyebabkan Editor Emiritus The Edge Communications Sdn Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris didakwa di mahkamah majistret pada 13 September 2022 di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tuduhan memfitnah jenayah berhubung dua laporan berita mengenai lonjakan tidak normal dalam saham `penny’ pada 2020 dan 2021.
Hidden Hands Behind Penny Stocks Surge Under Scrutiny – April 12, 2021 (Tangan Tersembunyi Di Sebalik Stok Penny Melonjak Dibawah Penelitian Rapi)
Hidden Hands Behind Penny Stock Surge – Sept 21 2020 (Tangan Tersembunyi Di Sebalik Lonjakan Saham Penny).
Dengan serbuan SC terbaru semalam (14 Mac) bermakna isu saham `penny’ pada 2020 dan 2021 lonjakan luar biasa berlaku oleh syarikat mafia korporat melibatkan Kenneth Vun itu benar. Hanya SC lambat bertindak sahaja.
Menara Lien Hoe di Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor yang diserbu SC menempatkan puluhan syarikat senarai awam Mafia Korporat milik Kenneth Vun@ Vun Yun Lun seperti AT Systemization Bhd (ATS), MLabs Systems Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Fintec Global Bhd, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd, NetX Holdings Bhd, Lambo Group Bhd, Key Alliance Group Bhd dan Vsolar Group Bhd telah sekian lama bertapak di bangunan itu.
Dalam beberapa gambar yang tular di laman sosial Syarikat Kenneth Vun ditunjukkan seperti berikut;
Bersama Mafia Korporat lain Kenneth Vun dilihat menggunakan akaun luar pesisir seperti Credit Suisse Group AG, HSBC Nomminee(Asing) Sdn Bhd), UBS Group AG (Citibank Nominee (Asing) Sdn Bhd), akaun nominee Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, CGS-CIMB Securities (Hong Kong) Limited, Barclays Bank PLC, and, DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd– Exempt An for Nomura PB Nominees LTD dalam manipulasi saham.
Namun Kenneth Vun paling banyak menggunakan khidmat Sanston Financial Group Limited dan Lazarus Securities PTY LTD. Manakala penama proksi pula biasanya Carol Vun On Nei (adik), Mak Siew Wei, Tay Ben Seng Benson, Chong Loong Men, Tang Boon Koon, Datuk Eddie Chai Woon Chet, Kong Kien Yong dan Roy Ho Yew Kee.
Adik Kenneth Vun, Grace Vun Siew Nei dan proksinya Roy Ho Yew Kee Pengarah dalam Komarkcorp Berhad dan Cheetah Holdings Berhad. Begitu juga Tan Bay Seng dan Mak Siew Wei merupakan 100 peratus bawah Kenneth Vun. (Gambar 5). Key Alliance Group Berhad misalnya pemilik saham majoriti dalam Komarkcorp Berhad.
Apa yang dilakukan oleh Kenneth Vun dan pasukan Mafia Korporatnya adalah satu sindiket penipuan saham terbesar di Malaysia, sekuriti antarabangsa, pengubahan wang haram, dagangan orang dalam atau insider trading’ dan manipulasi pasaran di Malaysia.
RM20 BILION PENIPUAN SAHAM & INSIDER TRADING
Semua syarikat Kenneth Vun saling berniaga sesama sendiri dan membuat manipulasi saham untuk mengaut keuntungan. Lihat bagaimana Kenneth Vun Yun Lun, Mak Siew Wei, Eddie Chai Woon Chet, Roy Ho Yew Kee, Grace Vun Siew Nei dan lain-lain melakukannya. Lihat senarai ini [KLIK];
Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dilaporkan turut menggunakan satu syarikat kesayangannya PASUKHAS GROUP BERHAD di bawah kendalian Mak Siew Wei untuk menyimpan dan ‘mencuci’ wang hasil manipulasi pasaran saham termasuk bagi tujuan membayar rasuah kepada pihak berkuasa. SC boleh memeriksa money trail syarikat ini.
Tahun lalu budak-budak Kenneth Vun melakukan percubaan merampas KNM Group Berhad. Namun gagal. Apakah tahun ini akan berhasil tunggu dan lihat.
APA TERJADI KEPADA SC?
Begitu banyak dilaporkan mengenai korporat dan media The Edge tetapi apa SC buat? sekadar serbu. Tiada tindakan apapun. Seperti mana juga kes Mafia Korporat Victor Chin Boon Long akan didiamkan. Mengapa? Jawapannya Pengerusi Suruhanjaya Securiti (SC), Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar GAGAL!. Bising dalam Kongres Ekonomi Bumiputera kalau Mafia Korporat merosakkan sistem di negara ini.
Penguatkuasa semua sudah dalam genggaman Mafia Korporat. Syarikat mereka penuh dengan BOD dan Pengerusi syarikat bersara.