Selepas Tun Daim Zainuddin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman Taikun cina Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon ahli perniagaan yang dikaitkan sekian lama dengan Tun Daim Zainuddin.
Siasatan pemberian tender projek perbekalan, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.5 bilion bukanlah baru ia sejak penghujung 2019 selepas Konsortium Berjaya dan Naza yang sepatutnya menerima (Surat Setuju Terima) projek itu menewaskan Spanco milik Robert Tan.
Semua tahu kekayaan Tun Daim dan juga Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon sangat kaya dan mempunyai aset berbilion ringgit. Pengerusi Syarikat JKG Land Berhad dan Jasa Kita Berhad bukanlah calang-calang. Satu kesilapan akan mendorong kejatuhan saham di negara ini.
Mengapa Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon di cari SPRM?Tan Sri Robert merupakan seorang ahli perniagaan.Siapa saja kerajaan yang berkuasa beliau perlu melihatnya sebagai kerajaan yang perlu disokong.Lobi melobi projek adalah perkara biasa.
Namun satu fakta yang tidak boleh disangkal mengenai Spanco ialah kontrak 25 tahun mereka sebelum ini mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah syarikat selenggara kerajaan yang terbukti di negara ini. Lebih 12 ribu kenderaaan perlu diselenggara selain mempunyai cawangan di seluruh negara. Syarikat baharu sudah tentu sukar memulakan perniagaan ini.
Pilihan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan tentunya sangat berasas sekalipun jika kos lebih RM700 juta lebih mahal berbanding harga Berjaya Group-Naza mungkin mempunyai asas-asas tertentu. Jika SPRM mahu mengheret Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon dah lama SPRM buat demikian. Mengapa sekarang?
Spanco memperolehi kontrak konsesi fleet kenderaan kerajaan sejak 30 Oktober 1993 dan tamat pada 31 Disember 2018. Selepas kontrak tamat Kementerian Kewangan membuka tender dan akhirnya disertai oleh Spanco, Konsortium Naza-Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.
Pada januari 2020 media melaporkan Konsortium Naza-Berjaya memenangi tender itu menewaskan Spanco.
Penghujung februari tampung Kerajaan bertukar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri. Negara juga melalui fasa menghadapi pendemik Covid-19. Syarikat-syarikat besar turut menyumbang berjuta ringgit kepada kerajaan. Syarikat-syarikat menyertai tender Fleet juga memberi sumbangan termasuk Spanco RM2uta!
Jika sumbangan Covid-19 ini boleh dianggap rasuah daripada Spanco maka semua syarikat yang menyertai tender Fleet memberi sumbangan Covid-19 juga adalah rasuah.
Rentetan itu Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent pada julai tahun lalu menyaman Kementerian Kewangan dan Tan Sri Muhyiddin.
Menurut nya, LOI berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan telah ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2020. Spanco ditamatkan sebelum sempat berkhidmat. Kerajaan mengembalikan kepada Spanco.
Jika tender projek perbekalan, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.5 bilion ini mengundang rasuah SPRM boleh menyiasatnya namun sasaran sebenar SPRM ialah Tun Diam Zainuddin dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.