Susulan serangan mulut celupar Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor terhadap SPRM kerana siasatan kes rasuah RM6 juta Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron dan 3 yang lain atas dakwaan meminta rasuah sebagai ganjaran kerana membantu pemilik syarikat mendapatkan kontrak projek pembinaan litar perlumbaan dan pengurusan, operasi dan penyelenggaraan lima takungan air di Kedah akhirnya SPRM memanggil Sanusi.
Sanusi Md Nor Menteri besar Kedah selaku Presiden KFA mengesahkan perkara itu.
Sebelum ini Sanusi dalam satu sidang media menggelar SPRM sebagai agensi barua dan zalim. Sanusi, yang juga presiden KFA, mendakwa penahanan Zulkifli dan tiga individu lain itu satu kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.
“Itu semua fitnah, saya akan bongkar plot ini bila tiba masanya. Tender loji air dibuat secara terbuka dan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan.
Menurut sumber, siasatan membabitkan kes rasuah itu dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.
“Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di kerajaan negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.
“Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit,” kata sumber itu.
Justeru kontraktor yang merasakan ditipu membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan pihaknya akan memanggil menteri besar berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Sanusi tidak wajar memarahi SPRM dengan kata-kata kesat berhubung penahanan CEO KFA kerana tidak mungkin SPRM menahan seseorang tanpa aduan dan bukti kukuh
BACA – SPRM reman Pemimpin PAS, CEO Persatuan Bola Sepak Kedah minta rasuah lebih RM6 Juta
Zulkifli dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KFA pada tahun 2020, selain beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha KFA pada 2008 hingga 2013. Zulkifli juga pernah menjadi calon PAS N13 Kota DarulAman pada PRU14 tahun 2018.