PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet yang menjadi spekulasi minggu lalu dijangka berlaku pada Selasa (12 Dis), menurut sumber.
Menurut sumber beberapa Menteri kabinet akan berubah dan menyaksikan kembalinya beberapa ahli parlimen kanan yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri manakala beberapa ahli parlimen mungkin membuat penampilan sulung sebagai menteri.
Difahamkan menteri baharu akan dimaklumkan mengenai raptai yang berlangsung di Istana Negara pada Selasa (12 Dis).
“Pengumuman rasmi akan dibuat sebelum angkat sumpah pada pukul 3 petang,” kata seorang pegawai.
Rombakan itu berlaku setahun selepas kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuasa susulan kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak julai lalu.
Rombakan kali ini akan membantu mengukuhkan kerajaan kerana beberapa menteri yang mendapat kecaman rakyat susulan prestasi buruk yang dilihat menjejaskan kerajaan perpaduan. Anwar memerlukan pemimpin berpengalaman untuk mengukuhkan sokongan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara