Kerajaan PMX hari ini baru setahun jagung umurnya. Tahun pertama merupakan tahun menanam benih. Benih dalaman negara adalah tiga tonggak utama, iaitu: perpaduan politik dan rakyat, meningkatkan kemampuan dan pengurusan kerajaan, dan meletakkan wawasan masa depan Malaysia, melalui kerangka Malaysia Madani. Kesemuanya akan berjaya menyubur dengan “whole of the people and whole of the nation approach” dan juga peningkatan kemampuan (increased capacity building) dikalangan pemimpin politik dan juga kemampuan penggaraban oleh jentera kerajaan dengan kadar segera terhadap ketiga-tiga tonggak tersebut. Setakat manakah rakyat (the people), negara (the nation) dan jentera kerajaan (government machineries), dapat mengikuti rentak dan galur tonggak-tonggak tersebut, sepatutnya menjadi ukuran terhadap kerajaan PMX.
Ukuran kejayaan yang wajar adalah merupakan “soft numbers” dan bukan nya “hard numbers” semata-mata. Indikator ekonomi serta kewangan, dapatan pandangan umum melalui “surveys” serta pandangan “pundits” tidak akan memberikan ukuran yang tepat kepada sesuatu yang lebih bersifat “behaviorial changes” yang sebenarnya sudah pun tertanam dan perlu kepada masa yang lebih lama untuk “sink in” kepada semua pihak.
Satu lagi permasalahan yang saya lihat ialah jurang tingkat kefahaman diantara PMX dan kepimpinan politik, serta “kelambatan” (delayed reaction) untuk menggarab oleh jentera kerajaan untuk membuat perubahan secara drastik dan padu (bold). Mungkin permasalahan ini untuk sementara waktu dilihat agak ketara dan menimbulkan keresahan kepada sebahagian kelompok. Saya mengandaikan ianya terjadi kerana negara kita sudah “terbiasa” dengan cara-cara lama yang sudah meresam dan membudi daya berdekad lama nya.
Sudah sekian lama pimpinan politik serta kerajaan terbiasa dengan arahan langsung daripada Perdana Menteri atau menteri-menteri (melalui minit-minit serta arahan kelulusan secara langsung). “Micromanagement” serta “lacksidal management” juga menjadi amalan biasa. Konsep “empowerment” juga menjadi agak kompleks lantaran sekian lama kewujudan “hegemony of power structures” yang menghasilkan “many little napoleons”. Apabila perubahan sistem terjadi, ramai yang termangun untuk membuat keputusan (for the lack of direct instructions as before), tidak berani untuk membuat keputusan (for the feeling of insecurity and afraid of making mistakes), dan membuat keputusan yang “selamat” (taking safe approaches). Diwaktu yang sama juga, sebahagian kecil akan memgambil peluang untuk melakukan “rouge actions”, yang mana sudah pasti ianya membahayakan dan mewujudkan situasi yang runcing.
Situasi yang sebeginilah menggambarkan seolah-olah kerajaan PMX sekarang berada dalam satu “quicksand” yang “slowly but surely sinking”. Walhal keadaan sebenarnya adalah terbalik. Sememangnya negara Malaysia, hampir sedekad yang lalu sudah memasuki “quicksand” yang agak besar dan dalam keadaan yang agak getir. “Amplifications” kepada “quicksand motions” sebenarnya sudah bermula sekian lama. Faktur yang utama ialah ketidakstabilan politik, kedua ialah kedudukan ekonomi serta kewangan negara. Bencana pandemik Covid-19 merupakan satu “stress test” yang memberikan gambaran kepada kita “deep structural flaws and cracks” dalam negara serta luaran negara. Indikator kelemahanan kuasa membeli (purchasing power) negara dan rakyat, serta pembengkakkan hutang negara dan kebenturan fiskal menjadi perkara yang menghantui jalan kita kedepan. Inilah “quicksand” yang PMX memasuki apabila beliau diamanahkan untuk memimpin negara setahun kelmarin.
Lantaran itu, untuk kita menghukum beliau, bukanlah dengan menghujatkan beliau dengan “beliaulah” merupakan penyebab kepada “quicksand” ini. Bahkan sebenarnya, beliau memang menyedari hakikat ini dan sememangnya bertekad dengan penuh keyakinan untuk mengangkat satu tugasan yang maha berat dan maha besar, iaitu mengeluarkan negara daripada “quicksand” ini. Untuk hal ini, kita semua sendiri melihat bagaimana beliau bertungkus lumus, siang-malam, saban hari, saban waktu, tidak pernah diam dan sentiasa menggunakan tenaga serta pemikiran untuk mencari jalan keluar. Yang agak malangnya ialah beliau keilhatan sendirian dalam usaha nya.
Diperingkat antarabangsa pula, negara berhadapan dengan dunia “multi-polar” yang meruncingkan dan dalam keadaan yang cukup getir. Kita berada diantara dua polar utama, the East (diketuai oleh China) and the West (diketuai oleh Amerika). Sementara polar-polar yang lain seperti Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika, dan juga India, kesemuanya “struggling for positioning” diantara kedua-dua polar utama. Sementelah itu, ASEAN juga terperangkap didalam kemelut polariti yang sama.
Malaysia pula mempunyai kedudukan yang unik serta tersendiri dalam aspek polariti tersebut. Dalam istilah rangkaiian, kita adala merupakan nod tengah (centrality node) dalam pelbagai aspek. Kita adalah negara dagang (trading nation), “middle income nation”, “developing nation”, dan juga suatu negara yang majmuk. Yang utama nya lagi ialah kedudukan kita dalam aspek geografi dan geo-politik.
Maka fokus PMX untuk Malaysia ialah untuk mempastikan “ASEAN Centrality” diperkukuh dan diperkasakan, dengan menyuntik kepimpinan kepada suara ASEAN (ASEAN voice) kepersada dunia. Maka dengan usaha PMX untuk mengutamakan pelbagai inisiatif seperti menyelesaikan perselisihan-perselisihan lama antara negara ASEAN (seperti hal-ehwal sempadan) dan lain-lain hal yang sudah sekian lama terhambat, perlu diselesaikan dengan segera. Ini seterusnya akan membuka jalan kepada kerjasama antara ASEAN yang sememangnya “all of us have no choice, except to start doing it”, seperti ASEAN Monetary Fund, ASEAN Grid, dll, disamping meningkatkan kerjasama ekonomi serantau perdagangan dalam ASEAN.
Seterusnya, fokus perlu ditumpukan kepada polar-polar besar dunia. Hal ini sepatutnya dapat dimulalkan dengan UNGA (United Nations General Assembly) (September 2023) , diikuti dengan OIC Summit (untuk negara Timur Tengah dan negara-negara Islam) (October 2023) , kemudian di APEC Summit di Amerika (November 2023). Intermittently in between, fokus kepada negara India, Jepun, Australia, dan negara-negara tertentu (selected countries) daripada Eropah, yang mana sepatutnya juga akan termasuk negara Rusia.
Malangya, semua nya ini “scuttled and superseded by events of Israeli-Hamas war in Gaza” yang bermula pada October 7. Kenapakah PMX perlu menumpukan perhatian kepada peperangan ini? Sebahagian merasakan “it’s a waste of our time”. Tak benar sama sekali. Fokus utama adalah mengelakkan “escalation of the war into a world-wide war” dan “spreading into many other regional conflicts” termasuk konflik di Laut China Selatan. Insanity of human beings may prevail much longer than humanity itself. Maka apa yang diperkatakan oleh PMX, kata-kata Rongowarsito (diungkap sewaktu pertemuan dengan warga MOF), “ini jaman edhan,.. icin-icin waspado”. Ini zaman kegilaan (insanity) maka kita haru melangkah dengan penuh waspada dan berhati-hati.
Sebab itulah PMX sewaktu UNGA kelmarin menekankan kepada “de-escalations of conflicts” di Ukraine dan juga di Timur Tengah. Dan sebab itu jugalah untuk konflik Israeli-Palestin, beliau menekankan kepada “two state solutions” sebagai jalan keluar kepada konflik yang sememangnya bakal meletup dengan lebih parah. Memang sudah takdir Allah, “Innallaha ‘ala kulli syai in Qadiir”. Demikianlah Allah menentukan ianya meletup dengan membuahkan tragedi demi tragedi kepada seluruh dunia. Disini kita kena berpegang kepada “tawakkal ‘ala Allah”, setiap sesuatu yang kelihatan buruk itu ada kebaikan, dan juga setiap yang kelihatan baik itu ada padahnya.
Sebagai nota singkat juga, usaha PMX untuk menarik pelabur-pelabur asing, adalah merupakan “marketing efforts and strategy” yang sudah mula membuahkan hasil. Bahkan segala usaha antarabangsa, iaitu “ASEAN Centrality”, rekindling and enhancement of multilaterlsm globally, de-escalation of conflicts – mempunyai satu matlamat besar untuk Malaysia, iaitu sebagai destinasi yang selamat, terbaik untuk seluruh warga dunia sebagai wadah aktiviti-aktiviti ekonomi, terutamanya eknonomi masa depan. Ianya baik untuk dunia, dan juga ianya pasti baik untuk rakyat Malaysia (what’s good for Malaysia and ASEAN, is good for the World).
Usaha ini mungkin tersenjat sedikit lantaran konflik yang melanda. Tetapi usaha “marketing” sudahpun dapat mencapai “target of messaging” untuk warga ekonomi dunia, walaupun hal ini mungkin terbaur sedikit dengan polemik dikalangan ahli politik dunia. Messages are resonated well to the business and economic communities worldwide, even though politicians may try to scuttle the messages through geo-political lenses.
Empat tahun kedepan merupakan waktu-waktu dan zaman penentu kepada segala-gala yang saya perkatakan tadi. Bibit-bibit serta pembenihan nya sudah pun dibuat oleh PMX. Maka zaman ini merupakan zaman penyuburan yang wajib serta mesti berhasil. Maka wajarlah dibuat penilaian serta “judgements” kepada kerajaan PMX pada penghujung waktu tersebut, iaitu melalui GE16. Kalau mahu buat penilaian separuh penggal, maka ianya haru dibuat dua tahun dari sekarang (hujung 2025) bukan nya kepada tahun pertama semata-mata.
Paling penting nya lagi, penilaian mestilah dibuat dalam kontek serta kerangka yang lebih besar. Kita tidak boleh miopik dalam berfikir. Lebih-lebih lagi kita mesti lebih befikir secara strategik dalam hal-hal yang besar negara, dan tidak tenggelam dalam “quicksand feelings” yang memang diutarakan oleh sesetengah pihak yang memang mahu negara tenggelam kedalam nya.