Susulan dakwaan portal The CorporateSecret (TCS) dimiliki Edisi Siasat, pihak editor Corporatesecret sekali lagi memaklumkan serta menafikan dimiliki atau mempunyai kaitan dengan pengendali platform Edisi Siasat (ES).
Sehingga kini kedua-duanya merupakan platform berbeza dan dikendalikan oleh pihak yang tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Kami memaklumkan sejak The Corporate Secret ditubuhkan ini kali keempat portal telah disekat Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia (SKMM). Kami akan menjelaskan perkara ini diartikel lain. Setakat ini juga kami tidak pernah menyerang SKMM secara terbuka sebagaimana dilakukan pihak lain terhadap SKMM. Kami juga tidak menerima apa-apa emel atau pemberitahuan mengapa portal disekat. Kami beranggapan ini tugas SKMM dan kuasa di tangan mereka.
Kami mendokong Kerajaan Madani dan melaporkan apa yang perlu sama ada pihak kerajaan atau pembangkang yang di negara ini.
Kami tahu kami agak kritikal terhadap sesuatu isu dan ramai tidak senang mengenainya terutama pemimpin politik yang pernah menjadi PM, Menteri, bekas KSU, penguatkuasa Polis, SPRM dan hubungan mereka dengan Mafia Korporat yang ‘Maha Kaya’ namun kami akan terus melaporkan di masa mendatang. Perangai mereka berlagak ‘suci’ seolah-olah ketika berkuasa tidak melakukan rasuah sangat ‘menjijikkan’ dan wajar didedahkan agar rakyat tahu siapa mereka.
Pihak editor menghormati cara dan matlamat mana-mana platform media lain di negara ini yang beroperasi dengan cara tersendiri.
Kami mengucapkan terima kasih kepada warga pembaca The Corporate Secret.
Ketua Editor
The Corporate Secret
8 November 2023
1 thought on “The Corporatesecret (TSC) tiada kaitan dan tidak dimiliki oleh Edisi Siasat (ES)”