Skandal Andreas Heeschen- KLIK
Beri kuasa kepada orang luar warga Jerman, Andreas Heeschen dan Flavio PorroI warga tali atau KNM Group syarikat milik Malaysia kekal dikuasai rakyat tempatan? Apa pilihan pemegang saham? Mahu untung sendiri, jadi pengkhianat atau cinta negara dengan kekalkan apa rakyat Malaysia punya.
Menjelang hari akhir EGM KNM Group Berhad nampaknya dua Kumpulan saling menunjukkan strategi perang masing-masing untuk mempengaruhi undi pemegang saham.
Jutawan Jerman, Andreas Heeschen yang mengetuai pasukan merampas KNM kini memunculkan dirinya di negara ini. Sejak dua minggu lalu Flavio Porro bekas Pengarah Eksekutif KNM berasal adari Itali turut menyusun Lembaga pengarah barunya terdiri dari budak-budak Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh seperti Edwin Silvester Das (CEO Jiankun), William H Van Vliet III (CN Asia), Datuk Abd. Ghani Yusof (Komarkcop), Datuk Zaidi Mat Isa (SM Track/Key Alliance).
William H Van Vliet III merupakan bukan warganegara Malaysia berasal dari Amerika Syarikat. Jelas seorang lagi agen asing terlibat merampas KNM.
Apakah Dato’ Sri Alex Teh dan Kenneth Vun berjaya membantu Warga asing Jerman Andreas Heeschen dan Flavio orang itali? Sama-sama akan melihatnya esok.
Menurut portal Dagangnews pertempuran kali ini disifatkan pertempuran dua kerabat raja. Bagaimanapun Tunku Yaakub bukan setakat Pengerusi KNM tetapi juga adalah pemegang saham terbesar KNM.
SYARIKAT/RAKYAT ASING RAMPAS SYARIKAT MILIK MALAYSIA
Namun bagi melihat situasi lebih besar dalam konteks negara pertempuran kali ini sebenarnya merupakan cubaan rampasan Syarikat KNM milik Malaysia oleh negara asing dari Jerman dan Itali. Bagaimana warga asing atau agen luar sangat berminat dengan KNM Group?
Mengapa Andreas Heeschen Jerman dan Flavio Porro dari Itali sangat berkeras mahu memiliki KNM Group?
Jawapannya ialah KNM Group sebuah Syarikat global yang berjaya menguasai aset-aset di negara Jerman, Itali, UK, Emiriah Arab Bersatu, Thailand termasuk Malaysia sendiri. Nilai aset dan anak syarikatnya itu bernilai ratusan dan berbilion ringgit.
Kebetulan sebelum ini jutawan Jerman Andreas Heeschen mahukan Borsig Group yang berusia 180 tahun di Jerman manakala Flavio Porro mahukan FBMHudson Itali. Mereka gagal membelinya dan kini membeli saham murah KNM untuk menjadi pemegang saham besar di KNM.
Untuk rekod punca hutang KNM Group sekarang adalah Flavio Porro ketika sebagai Pengarah Eksekutif dan CEO anak Syarikat KNM. Dialah punca dan kini dia datang semula membawa Andreas Heeschen merampas Syarikat KNM milik Malaysia ini.
Kedua-dua kumpulan menawarkan pelbagai cara untuk meningkatkan pencapaian KNM khususnya membayar hutang kepada bank, pemiutang dan mengurangkan kerugian pemegang saham.
Namun warga asing Jerman dan Itali dilihat lebih nekad dengan memberi janji-janji manis kononnya mampu mengumpul dana daripada mana-mana bon untuk menyelesaikan hutang KNM. Wal hal semua tahu Andreas Heeschen pernah gagal menyelesaikan isu dana syarikatnya di Eropah. Begitu juga Flavio yang terkial-kial dengan isu dana serta dakwaan pecah amanah di luar negara.
Memulihkan apa yang Flavio Porro hancurkan sebelum ini memakan masa untuk dipulihkan kerana beban hutang yang menyebabkan KNM berstatus PN17.
Berbanding dengan usaha Lembaga Pengarah sekarang diketuai Tunku Dato’ Yaacob Khyra dan CEOnya Ravindrasingham Balasingham yang telah menyusun semula hutang KNM kira-kira RM1.1 bilion itu. Kata Ravindrasingham dia beri 8 sebab mengapa pemegang saham perlu pilih pengurusan sekarang.
Tunku Dato’ Yaacob Khyra dan CEOnya Ravindrasingham Balasingham juga sebelum ini mengumumkan penyenaraian Borsig di Bursa Singapura (SGX) yang boleh mencapai permodalan pasaran sehingga AS$300 juta (RM1.41 bilion pada masa ini) dan penempatan sebanyak 49% daripada modal saham yang diperbesarkan dengan KNM akan menjadi pemegang saham utamanya.
Anak Taib Mahmud, Abu Bekir pegang 5.03% saham KNM
Pembelian saham Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud 10 oktober lalu dilaporkan bakal menambah sokongan kepada Tunku Dato’ Yaacob Khyra dan Lembaga pengarah KNM. Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memperoleh 203.47 juta saham atau 5.03% kepentingan dalam KNM.
Abu Bekir kini merupakan timbalan pengerusi kumpulan dan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif bagi pengeluar simen yang berpangkalan di Sarawak Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS). Kumpulan itu tidak mendedahkan harga belian, tetapi berdasarkan harga penutupnya 17 sen pada 6 Oktober, Abu Bekir boleh memperoleh pegangan itu pada kira-kira RM34. 59 juta.
KNM saman Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping
Sebelum itu pada 12 Oktober lalu KNM Group Berhad dan anak syarikat Deutsche KNM GMBH dan Borsig GMBH telah menyaman Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping, selepas kumpulan itu membatalkan pelupusan Borsig kepada Vorsprung Industries GMBH pada Disember 2022.
Plaintif menuntut defendan membayar 3.44 juta euro (RM17.26 juta, berdasarkan kadar penukaran RM5.01 kepada satu euro), atau sebarang jumlah lain yang ditentukan oleh mahkamah, dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu. Sekiranya defendan gagal membayar, plaintif akan mencari aset dan harta mereka untuk dikesan dan dibayar kepada mereka, sebagai ganti daripada jumlah yang diminta pada mulanya.
Terdapat laporan polis salah gunakuasa Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping bekas Pengarah KNM
Gadai KNM kepada rakyat asing atau kekal di Malaysia?
Apakah pemegang saham akan sanggup serah KNM kepada warga asing Jerman dan Itali esok? semoga mereka waras. Bodohlah jika mahu beri kepada orang warga asing. Selepas dah berkuasa nanti habis orang Malaysia dia buang. Anak syarikat dijual dan akhirnya syarikat induk KNM dimufliskan. Untung untuk pemegang saham?
Maka selamatkan syarikat milik Malaysia dari dikuasai orang asing.