Joh Chew@Chew Chiaw Han beri rasuah kepada Chang Kuet Shian Pengarah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALBS), projek bekalan air Sarawak RM44.8 juta. Beri lagi sebuah rumah teres dua tingkat bernilai RM790,000.00 serta wang tunai berjumlah RM955,000.00
Mahkamah Majistret 10 Oktober lalu menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk perintah reman terhadap empat individu iaitu Chang Kuet Shian Pengarah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALBS), Jong Siaw Fieng, Ng Kwang Yaw dan Law Eng Hui kerana terlibat memberi dan menerima rasuah untuk membantu mendapatkan projek bekalan air bernilai RM44.8 juta.
Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan keempat-empat suspek berusia antara 38 dan 59 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tidak membenarkan permohonan reman tujuh hari pegawai penyiasat SPRM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Keempat-empat mereka ditahan sekitar jam 7.20 malam dan 7.40 10 oktober di pejabat SPRM Sarawak.
The Corporate Secret sebelum ini melaporkan skandal rasuah terbaru melibatkan Joh Chew@Chew Chiaw Han yang telah MERASUAH Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALBS) sebuah rumah teres dua tingkat bernilai RM790,000.00 serta wang tunai berjumlah RM955,000.00 (sejak dari 2018 hingga 2022) sebagai dorongan membantu anak syarikat milik Ibraco Berhad iaitu laitu Ibraco Construction Polybuilding Construction JV Sdn Bh memperoleh tender terbuka bagi projek “Design, Construction, Completion, Testing and Commissioning of Proposed Package NR4 (Nothern Region) for Sarawak Water Supply Grid Programme – Stressed Areas” bernilai RM44,888,000.00.
Bukan itu sahaja, Joh Chew juga telah berikan 3 buah rumah yang dibina oleh Ibraco Berhad kepada Chang Kuet Shian (Pengarah JBALBS) secara PERCUMA!
BACA – Joh Chew “Jho Low Sarawak” Kebal SPRM, rakus sapu projek di Sarawak
Tiga suspek diwakili peguam Roger Chin dan Sunny Si, manakala seorang suspek diwakili peguam Francis Wee.
Peguam berhujah mengenai alasan tidak perlu tahanan reman kerana SPRM boleh mendapatkan semula dokumen seperti penyata bank dan dokumen kontrak tanpa tanpa perlu menahan reman suspek. Justifikasi SPRM tidak kukuh sebagai punca reman SPRM ditolak mahkamah.
Sementara itu Datuk Chew Chian Han atau Joh Chew tidak ditahan SPRM hanya disiasat dalam kes projek bekalan air ini. Rekod sebelum ini Chew telah ditahan SPRM berkali-kali termasuk Kes Pemalsuan Dokumen dan Tuntutan Palsu berjumlah RM6 juta antara 2017 dan 2018 melibatkan projek jalan Negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan atau dikenali dengan ‘Projek Jiwa Murni’ yang keseluruhannya bernilai RM800 juta.
Joh Chew seperti biasa membayar rasuah kepada semua pegawai Kerajaan negeri.
Sekalipun Datuk Chew Chiaw Han tercemar kerana rasuah dan siasatan SPR, Ibraco Berhad dan Joh Chew tetap mendapat kontrak Kerajaan baru iaitu Projek Pembinaan Jalan Utama Kedua (STR) bernilai RM529.83 juta. Ini jelas diumumkan dalam Bursa Malaysia oleh Ibraco Berhad.