Nampaknya Dato’ Sri Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan MAHB terus gagal mengemudi Malaysia Airports Holdings Bhd.
Berhadapan saman Pestech International Bhd kerana menamatkan kontrak aerotrain bernilai RM742.85 juta lebih awal semata-mata mahu memberikan kontrak baru kepada kroni tidak akan membantu MAHB. Dilaporkan Iskandar Mizal bakal membawa MMC Corporatio Berhad sebagai kontraktor ganti Pestech. Semuanya telah disusun bersama dengan Ibrahim Chang Boon Teck Chief Procurement Officer MAHB.
BACA – Dalang batal kontrak Aerotrain KLIA: Iskandar Pengarah Urusan MAHB mahu lantik kontraktor kroni sebagai pengganti PESTECH
Mengapa lantik Gordon Andrew Stewart ‘orang asing’ sebagai COO MAHB?
Terbaru gagal mengurus MAHB Iskandar Mizal Mahmood bersama Pengerusinya Tan Sri Datuk Zainun Ali melantik pula Gordon Andrew Stewart sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi organisasi operasi lapangan terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Alasannya Gordon berpengalaman luas selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, kereta api dan teknologi maklumat.
Apakah sudah tiada rakyat Malaysia yang mampu menguruskan MAHB? MAHB terkenal di seluruh dunia tapi terpaksa melantik warga asing sebagai COO MAHB.
Menurut Iskandar Stewart membawa pengalaman penting dalam sektor penerbangan dan industri gabungan.
“Gordon menyertai kami pada persimpangan penting dalam perjalanan pertumbuhan strategik kami, sambil kami menggandakan usaha untuk membawa operasi perniagaan teras ke peringkat seterusnya.
“Saya yakin beliau akan membantu dalam mengemudi kami ke arah kecemerlangan operasi yang inovatif dan mampan dalam usaha kami untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia,” katanya
Walau apapun pengalaman Stewart ia jelas melambangkan kegagalan Iskandar Mizal sebagai Pengarah Urusan mengurus MAHB. Begitu ramai rakyat Malaysia yang boleh bertugas sebagai COO.
Berapa ratus ribukah pula gaji membawa Gordon Andrew Stewart itu. Tentunya pelantikan Stewart memalukan warga MAHB yang diperkecilkan kemampuannya.
Kerajaan sepatutnya menamatkan khidmat Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan MAHB ini kerana beliau terbukti gagal di semua GLC Kerajaan yang diterajuinya.