SPRM digesa mendedahkan status siasatan skandal Silverlake – Bank Rakyat RM571 juta melibatkan Tan Sri Noh Omar ketika sebagai Menteri Usahawan dan Koperasi tahun 2021. Noh Omar menjadikan Bank Rakyat sebagai ‘Mesin ATM’ untuk dana politiknya. Tidak sedikit syarikat yang mendapat dana Bank Rakyat kena ‘pau’ oleh Noh Omar.
SPRM tidak boleh membiarkan skandal salah guna kuasa tuntutan bayaran projek Silverlake lebih RM500 juta ini ditutup. Duit simpanan rakyat di Bank Rakyat cuba dirompak secara salah melalui kerja kontrak yang tidak dilakukan. Tuntutan bayaran yang tidak diluluskan konsultan patut dibongkar sebelum dokumennya terkeluar kepada pihak luar.
[BACA – Skandal rasuah Silverlake Bank Rakyat, Tan Sri Noh Omar & adik rembat RM500 juta?
Kini Lembaga Pengarah Bank Rakyat sedang mempersiapkan projek untuk pendigitalan sepenuhnya Bank Rakyat dengan kos RM1 bilion. Projek sepatutnya ditender namun bakal diberikan secara rundingan terus kepada SILVERLAKE. Kartel Silverlake, Goh Peng Ooi, Dato Chin Jit Pyng dan Chin Tzer Jinn (CEO) sedang lapar menunggu projek pendigitalan RM1bilion ini.
Hari ini sepatutnya Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah merombak Bank Rakyat. Politik dalam Bank Rakyat seperti politik negara juga sentiasa panas. Lembaga Pengarahnya seperti ‘Musuh dalam selimut’ atau “duri dalam daging’.
Datuk Ewon Benedick mesti menghalang kartel ini termasuk penglibatan seseorang bernama Datuk Mohd Aminudin Mustapha atau ‘Datuk Amin Botak’ yang dikatakan setaraf Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng) Mafia Korporat yang melobi projek Silverlake ini.
SPRM boleh menyiasat Pengerusi, CEO lama dan baharu Bank Rakyat. Skandal Silverlake adalah skandal yang panjang hanya yang mendapat manfaat terbanyak ialah Tan Sri Noh Omar. Dr Mohammad Hanis Osman tahu kerana adik Tan Sri Noh Omar iaitu Puan Normala Omar sebagai pegawai khasnya.
SKANDAL YAYASAN BANK RAKYAT- SALAHGUNA
KUASA PELABURAN RM11 JUTA KE SINGAPURA
Silverlake adalah skandal dalam Bank Rakyat namun ada satu lagi skandal ketika Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri MEDAC iaitu duit Yayasan Bank Rakyat RM11 juta dilaburkan ke institusi pelaburan di Singapura.
Pengerusi Yayasan Bank Rakyat ketika itu ialah Datuk Nazir Akhtar Hussein Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa. Nazir Akhtar Hussien adalah Ketua Pemuda yang kaya-raya dalam UMNO dan ketika Najib Razak berkuasa. Beliau hanya menggunakan Najib untuk kaya tetapi hakikatnya lalang politik.
Pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah MARA dan banyak sapu projek-projek kawalan keselamatan MRSM dan minyak masak subsidi. Kini terlibat dengan sukan mewah permotoran. Kekayaannya luar biasanya dengan kenderaan mewah melampau. LHDN patut membekukan akaun Datuk Nazir Akhtar Hussein ini. Di laman sosial banyak video menunjukkan kekayaannya.
Nazir juga sempat berkempen PRN Dun Gemas calon PN mengkhianati Parti UMNO yang mengkayakannya.
PELABURAN YAYASAN ATAU PECAH AMANAH?
Pelaburan duit Yayasan Bank Rakyat RM11 juta itu dilaporkan memperolehi keuntungan namun cara dilakukan Nazir secara salah tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat. Apakah salah guna kuasa dan pecah amanah wang pelaburan tetapi untung dianggap sebagai sesuatu yang tidak salah? Mengapa Pengurusan Yayasan dan Bank Rakyat tidak melaporkan salahguna kuasa itu kepada SPRM.
Bukan itu sahaja Nazir Hussien untung komisen daripada pelaburan itu. Bukankah itu semua mempunyai unsur kepentingan? Bung Mokhtar sebelum ini sebagai Pengerusi Felcra pernah menyokong pelaburan unit amanah Public Mutual dikendalikan isterinya Zizi Ezette dan untung namun tetap dituduh sebagai rasuah.
ROMBAKAN YAYASAN BANK RAKYAT
Hari ini Datuk Ewon Benedict sempat merombak Yayasan Bank Rakyat. Pengerusinya kini ialah Datuk Philip Benedict Lasimbang. Bagaimanapun pengurusannya masih yang lama sebelum ini ketika Datuk Nazir Akhtar Hussein sebagai Pengerusi.
Datuk Ewon Benedict digesa meminta SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah gunakuasa Projek Silverlake Tan Sri Noh Omar dan Yayasan Bank Rakyat oleh Nazir Hussien bekas Pengerusinya. Noh dan Nazir kaya raya tapi mereka menyerang Kerajaan Perpaduan di luar sana. Silvake berkait Singapura dan duit Yayasan Bank Rakyat juga dibelanjakan ke Singapura.
Harap PMX juga mengarahkan siasatan SPRM buat mereka.