Februari lalu The Corporate Secret mendedahkan mengenai sekumpulan pemilik rumah PR1MA Seremban Central mengadakan demonstrasi kerana rumah yang dibeli mereka bertahun gagal disiapkan. Janji penyerahan kunci sudah berulang kali.
Keluhan demi keluhan, kerajaan bertukar ganti 3 kali di dalam tempoh 5 tahun namun satu demi satu projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermasalah dan pembeli pula tidak dibela.
Puncanya sangat jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff tidak ada hala tuju yang betul untuk memperbaiki kegagalan PR1MA kerana sikap sombongnya dan tidak kisahkan pun aduan rakyat atau pembeli rumah PR1MA.
Aduan daripada staf diabaikan. Malah aduan rakyat dari laman sosial ataupun demo rakyat rumah tak siap CEO buat bodoh saja. Beliau tak pernah melayan semua itu. Beliau sendiri nampaknya tidak mempunyai Facebook atau apa saja platform laman sosial. Serah semua kepada pegawai.
Beratus ribu konsultan media dibayar untuk mengurus pandangan rakyat. Akhirnya rakyat marah dan mengamuk sehingga terpaksa membuat demonstrasi rumah PR1MA tak siap. Nazri tak suka turun padang namun kekerapan timbalannya melawat projek rumah terbengkalai, sakit terutama projek PR1MA beliau berpura-pura turun padang menyertai Menteri.
Persoalannya mengapa Menteri KPKT dan Kerajaan Perpaduan belum menamatkannya? Jika Pengerusi PR1MA boleh ditamatkan mengapa tidak CEO yang sangat bermasalah. Pelantikan Pengerusi Azrulnizam budak Fakhri Yassin tidak menyelesaikan pun masalah PR1MA.
Kalau disemak lawatan kerja Timbalan Menteri KPKT di laman sosialnya banyak projek PR1MA kendalian Nazri CEO itu tak siap. Projek PR1MA Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor hinggalah ke Negeri Sabah.
Terbaru Lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Sabah bersama rombongan CEO PR1MA tak tahu malu itu mengumumkan sebanyak RM3.4 juta Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) diberikan kepada 204 pembeli rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Residensi Woodford Estate Fasa 1 Beaufort berikutan kelewatan penyiapan projek berkenaan.
Menurut Akmal Nasrullah Mohd Nasir pembeli dilindungi di bawah Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) selama dua tahun seperti termaktub di dalam Perjanjian Jual Belia (SPA).
“Projek ini adalah antara projek PR1MA yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ berikutan kegagalan pemaju menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Projek bagi fasa satu ini membabitkan pembinaan 300 unit rumah teres berjaya disiapkan pada awal tahun ini dan menerima sijil menduduki (OC) pada 20 Februari lalu.
“PR1MA kemudian mengeluarkan notis Milikan Kosong (VP) kepada semua pembeli pada Mei lalu, disusuli proses penyerahan kunci dan sehingga kini seramai 219 pembeli sudah menerima kunci mereka, manakala sebanyak 30 unit kediaman sudah dihuni setakat 3 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan
Akmal berkata, penyelesaian projek ini adalah hasil kerjasama PR1MA dan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan lain.
Projek Residensi Woodford Estate Fasa 1 dilaksanakan kontraktor lantikan PR1MA, Gaya Belian Sdn Bhd sejak kira-kira lima tahun lalu membabitkan pembinaan 300 unit rumah teres dengan keluasan antara 1,084 hingga 1,134 kaki persegi serta dilengkapi dewan serbaguna, taska, tadika dan surau.
Projek Syarikat Gaya Belian Sdn Bhd diketuai Puan Marinah Harris Embiricos ini dirasmikan oleh Tan Sri Musa Aman tahun 2018. Beliau diuar-uarkan sebagai Pemaju Bumiputera berjaya ketika itu.
Akmal berkata, bagi projek fasa dua, PR1MA akan menentukan semula pelaksanaannya dengan mengambil kira faktor keupayaan kontraktor baharu yang akan dilantik, kaedah pelantikan kontraktor secara tender terbuka dan mengutamakan kebajikan pembeli.
“Oleh itu, langkah-langkah yang akan diambil bagi memberi laluan terhadap penetapan hala tuju baharu adalah dengan memuktamadkan Perjanjian Penamatan Bersama dengan kontraktor asal, memajukan permohonan pembatalan lesen pemajuan projek dan menamatkan Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan 81 orang pembeli sedia ada,” katanya.
Menurutnya, usaha menyiapkan projek perumahan di bawah PR1MA diletakkan sebagai fokus utama agensi di bawah KPKT itu bagi memastikan pembeli dan rakyat keseluruhannya dapat memiliki rumah yang selesa.
“KPKT menerusi PR1MA tetap komited dalam memastikan rakyat mendapat rumah yang diidamkan secepat mungkin. Sasaran kita adalah bagi memastikan seramai mungkin rakyat memiliki rumah berkualiti dengan nilai yang berpatutan,” katanya.
Menteri dan Timbalan Menteri KPKT turun melawat projek PR1MA terbengkalai atau sakit hanya penat kerana Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Sharif pemalas turun padang menyelesaikan semua masalah berbangkit. Menteri turun dia berpura-pura datang. Hakikatnya rakyat sedang marah di luar sana kerana kegagalan menyiapkan rumah PR1MA. Hutang rumah dengan bank berjalan tetapi rumah belum siap.
Berjaga-jaga tiga projek kediaman lain iaitu Residensi Woodford Estate Fasa 2 di Beaufort, Residensi Menggatal di Kota Kinabalu dan Residensi Elopura di Sandakan yang masih dalam proses pembinaan pun mungkin bakal melingkup jika CEO perangai tak turun padang dan angkuh.
Hi there,
We run an Instagram growth service, which increases your number of followers both safely and practically.
– We guarantee to gain you 400-1000+ followers per month.
– People follow you because they are interested in you, increasing likes, comments and interaction.
– All actions are made manually by our team. We do not use any ‘bots’.
The price is just $60 (USD) per month, and we can start immediately.
If you’d like to see some of our previous work, let me know, and we can discuss it further.
Kind Regards,
Megan
I was reviewing your website and I noticed that it is not listed on the major search engines.
Getting thecorporate-secrets.com included in the search engines is important to make sure your customers can find you.
To list thecorporate-secrets.com in Google, Bing, and Yahoo follow the link below:
https://goto13.com/l/thecorporate-secrets.com/10/