Kes rasuah di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bukan perkara baru. Bekas pegawai, Ketua Setiausaha Kementerian dan bekas Menteri KKDW/KPLB/KKLW pernah direman SPRM.
TAHUN 2017, Datuk Shafie Apdal bekas Menteri KKLW direman empat hari bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah, disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.
Lebih 60 syarikat disiasat SPRM. Ramai ditahan. Datuk Peter Anthony kroni orang kanan Shafie Apdal, taikun kontraktor Joseph Yu Sin Kong pemilik Syarikat Sinkong Contructions Sdn Bhd, Norhartaty Rahmat Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW, Izhar Idrus Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dan bekas Setiausaha Akhbar Zamri Maulan .Adik beradik Shafie Apdal, anak saudara, keluarga orang-orang kepercayaan Shafie semua direman SPRM.
Bermula dari Datuk Peter dan Hartatylah maka SPRM berjaya menjejak wang atau “Money Trail’ RM48 juta yang disalurkan kepada 14 syarikat yang ada kaitan dengan adik-adik Shafie Apdal. Turut dibekukan RM29 juta dari Hartaty Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW itu.
TAHUN 2016 juga bekas KSU KKLW Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya Ahmad Zukhairi didakwa di mahkamah menerima menerima rasuah RM627,636 dan RM1.2 juta pada 2016. Pada 14 November 2018 Arif dan anaknya dijatuhkan hukuman bersalah. Mereka membuat rayuan dan pada tahun 2021 Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta terhadap Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya.
Rasuah di KKDW yang membarah!
Rasuah di KKDW tidak mungkin terhenti. Jika dulu boleh ditahan, reman dan dituduh di mahkamah. Mengapa pulah sekarang tidak?. Buatlah apapun seperti Pelan Integriti Organisasi (PIO) KKDW menggariskan pendekatan, strategi dan tindakan ke arah mengukuhkan nilai murni dan integriti di kalangan warga KPLB, rasuah tetap akan tumbuh selagi penjawat awam tergoda dengan wang.
Rasuah adalah budaya dalam KKDW dan agensinya..
Aduan Rasuah Setiausaha Bahagian Teknikal KKDW
Aduan rasuah terhadap bahagian Bahagian Teknikal KKDW sentiasa berterusan sehingga kini. Menurut sumber semua SUB Teknikal KPLB kaya raya begitu juga pegawai bawahannya.
Terbaru terdapat banyak aduan terhadap Setiausaha Bahagian Teknikal KKDW Ir Roslan Mat Sapri yang ‘langsi’ dan gemar bertindak melulu menamatkan kontraktor, tidak meluluskan tuntutan bayaran malah merancang menganiaya kontraktor yang melaksanakan projek tender di pelbagai negeri. Ramai kontraktor mengadu mengenai SUB ini.
Jika kroni dan orangnya maka kontraktor itu dipercepat bayaran dan dipermudah. Jika kontraktor itu dilihat bukan ‘kawannya’ maka dia akan menyusahkannya.
Ada rasuah dan ‘kawtim’ baru bekerja jika tidak beliau akan menekan kontraktor, tidak membayar ‘Claim’ sehingga ke tahap ditamatkan kontrak.
Nasihat Menteri KKDW dan KSU KKDW Dato’ Ramlan Harun beliau ‘buang dalam tong sampah’ ikut kepalanya.
Menurut sumber ada kontraktor membuat aduan dan melaporkan kepada pihak polis beliau mendapat surat dari Jabatan Peguam Negara seolah-olah syarikatnya membuat tuntutan timbang tara bagi tuntutan kerja kecacatan RM2.2 juta bagi kos penggantian bateri stesen hibrid solar, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Fasa 2 di sebuah sekolah luar bandar di Negeri Sarawak sedangkan tuntutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh syarikatnya. Beliau percaya ini satu penipuan dan pemalsuan dokumen.
“… kami percaya terdapat penipuan dan pemalsuan makluat dan nilai berkaitan kerja kecacatan yang berjumpa RM2 juta yang kami sendiri tidak pernah tahu dan diberitahu oleh pihak KPLB pada bila-bila oleh pihak KPLB.
Perkara ini telah dimasukkan ke dalam surat yang saya terima diperkara 23 (ix). Saya percaya bahawa kerja dan bayaran telah direka dan dibuat secara NIAT JAHAT bagi memperdayakan pihak arbitrator bagi memboleh KPLB terlepas dari tanggungjawab mereka untuk membayar baki bayaran kerja kepada pihak kami. Saya juga percaya berlaku unsur jenayah dalam perkara ini.
Menurut kontraktor dan syarikat yang melaksanakan projek berkenaan setakat ini tiada penggantian bateri dibuat oleh syarikatnya.
Ini disahkan oleh satu-satunya pembekal bateri projek ini melalui syarikat Hoppecke Asia Pacific anak syarikat Hopppecke Batterien GmBH & Co tiada penggantian bateri solar dilakukan oleh mereka.
Lagipun Sarawak Energy Berhad (Anak syarikatnya SESCO Berhad) telah mengeluarkan Final Acceptance Certificate kepada syarikatnya pada Julai 2022 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Banda(BELB) Fasa 2 Sistem Solar Hibrid di Kampung dan Sekolah-sekolah di Pedalaman Sarawak melibatkan 6 sekolah.
Kemudiannya KPLB pada ogos 2022 juga telah mengeluarkan PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN (CMGD) ditandatangani sendiri oleh SUB Teknikal Ir Roslan Mat Sapri.
Oleh itu menjadi persoalan besar, siapa dalang atau syarikat yang membuat tuntutan itu tanpa pengetahuan pemilik projek yang Setiausaha Bahagian Teknikal KPLB Ir Roslan Mat Sapri respon itu? Bukankah jelas ada tuntutan palsu dari pihak di luar sana?
Maka laporan polis dan SPRM dibuat menggesa siasatan patut dibuat kepada SUB Ir Roslan Mat Sapri ini.
Beliau dan pasukannya berniat jahat dan dendam dengan kontraktor yang melaksanakan projek Solar Hibrid BELB KKDW untuk menyusahkan dan tidak mahu membayar segala tuntutan wajar syarikat.
SPRM digesa siasat apa motif SUB Ir Roslan Mat Sapri ini? Mengapa beliau sangat membenci dan menyusahkan kontraktor yang sudah melaksanakan siap kerjanya walaupun berdepan PKP Covid-19 sebelum ini.
Ada kontraktor dah siapkan kerja lebih 98% dan baki kerja kurang daripada 2 peratus tetapi boleh ditamatkan kontrak sedangkan dalam pekeliling MOF jelas kontraktor yang mencapai kemajuan kerja melebihi 90% boleh terus diberi peluang meneruskan kontrak. Jadi apa maksudnya jika bukan sengaja salah guna kuasa?
Kita dedikasikan satu video untuk SUB Teknikal Ir Roslan Mat Sapri dan khusus untuk KKDW.
1 thought on “[VIDEO] Salahguna kuasa, palsukan dokumen, pembuli kontraktor: SPRM digesa siasat Ir Roslan SUB Teknikal KKDW”