Sejak awal Mei lalu TheCorporateSecret telah mendedahkan skandal ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan laporan media secara meluas mengenai Petronas.
SPRM sendiri membuka fail siasatan dan mengesahkan penemuan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan.
BACA – Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas
Sejak kes itu kecoh dan siasatan SPRM dilakukan tidak pernah sedikitpun Presiden dan CEOnya Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik menjawab isu itu kepada rakyat secara terbuka. Yang ada hanyalah akur kepada siasatan.
SPRM sendiri dalam satu makluman mengenai kes itu menyatakan “maklumat telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat ( JMM) pada 07/06/2023 dan diputuskan maklumat tersebut dalam tindakan SPRM “
Maka Tan Sri Azam Baki KP SPRM sajalah yang bertanggungjawab mengumumkan kes itu sama ada ada kes ataupun tiada bukan Petronas mengumumkan dirinya sendiri menyatakan bahawa SPRM tidak menemui salah laku, sedangkan siasatan SPRM masih dilakukan.
Sehingga ke hari ini Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO Petronas tidak pernah menjelaskan 3 perkara ini kepada rakyat.
PERTAMA: Mengapa syarikat Petrofac yang disahkan terlibat rasuah di pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu diberi projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS? Pengesahan Serious Fraud Office (SFO) dan media antarabangsa sangat jelas. Malah pada 12 Mei 2023 Fox Williams memfailkan tuntutan litigasi sekuriti di Mahkamah Tinggi (London, UK) terhadap syarikat perkhidmatan pengeluaran minyak dan gas, Petrofac Limited, memohon pampasan dan pelepasan lain untuk pelabur semasa dan bekas pelaburnya yang rugi akibat skandal rasuah Petrofac.
Jika Petrofac kalah saman sudah tentu akan membayar pampasan ratusan juta. Jika rugi sudah tentu Petrofac tidak akan membayar kepada Petronas dan pihak-pihak tertentu.
Semakan penyata kewangan Petrofac (Malaysia-PM304) Limited dan anak syarikatnya Petrofac E&C Sdn Bhd menunjukkan syarikat itu rugi ratusan juta. Petrofac E&C Sdn Bhd misalnya tahun 2018 rugi RM223 juta RM143 juta. Manakala Petrofac (Malaysia-PM304) Limited tahun 2020 rugi USD85 juta dan tahun 2021 rugi USD 83 juta. Hutang Petrofac juga ratusan juta. Lihat laporan ini.
1. LAPORAN AUDIT KERUGIAN PETROFAC E & C SDN BHD 2019
2 LAPORAN KERUGIAN PETROFAC (MALAYSIA-PM304) LIMITED TAHUN 2020
3 LAPORAN KERUGIAN PETROFAC (MALAYSIA-PM304) LIMITED TAHUN 2021
Petronas akan bermasalah dikemudian hari jika lambat mengambil keputusan menggunakan hak indemniti semua kos ditanggung oleh Petrofac.
KEDUA: Mengapa Petrofac yang terbukti melanggar dua paten syarikat Kingtime International Ltd (Patents Act 1983: MY-144898-A and MY-145004-A) sehingga kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan tahun terus diberi projek oleh Petronas pada tahun 2021?
Petronas telah menganugerahkan kontrak EPCIC ( Engineering, Procurement, Construction, Installation & Commissioning) bernilai USD250 juta kepada Petrofac untuk membekalkan dan menghantar sebuah MOPU, struktur sokongan “wellhead” yang boleh dikeluarkan, dan kapal Penyimpanan dan Penumpahan Terapung bagi medan Sepat. Didapati MOPU dan WHSS yang dibekalkan itu didapati melanggar hakcipta milik milik Kingtime International Ltd, dan bolehlah dikatakan ianya bernilai 55 % daripada nilai kontrak keseluruhan.
Indemniti ataupun gantirugi yang harus dibayar kepada pemunya hak paten adalah bernilai USD154 juta iaitu 55% daripada USD 280 juta. Petronas perlu membayar kembali nilai yang sepatutnya dibayar kepada pemegang paten kerana menggunakan hak paten mereka.
Surat Petronas Carigali Sdn Bhd rujukan DPG/.101.08/2012/123 bertarikh 19 November 2012 sudah jelas arahan Petronas menggunakan hak indemniti bahawa semua kos ditanggung oleh Petrofac.
Petronas sepatutnya mengambil injunksi mareva dan menghalang sebarang wang hasil yang dijana di Malaysia disimpan dalam simpanan sehingga suatu masa aset boleh dijual dan ganti rugi diperoleh semula daripada Petrofac untuk pelanggaran paten
Persoalannya mengapa Petronas di bawah Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO & Petronas tak guna hak indemniti rampas atau ambil balik USD154 juta ini daripada Petrofac? Petronas sanggup bayar lebih RM1b jika kalah tuntutan di mahkamah?
KETIGA : Dakwaan SKANDAL BIG BEN Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Ini perlu disiasat SPRM. Biarlah SPRM yang mendedahkannya kemudian. Ini boleh jadi berasas kerana Tengku Muhammad Taufik sanggup tidka menggunakan hak indemniti rampas atau ambil balik USD154 juta ini daripada Petrofac tetapi lebih sanggup membayar pampasan lebih RM1b jika kalah mahkamah.
Jelas 3 perkara ini tidak pun diperjelaskan Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik dalam sidang medianya. Rakyat perlu tahu.
PRESIDEN / CEO PETRONAS UPAH PEGUAM PRO PN ‘KAKI BALUN’ PM ANWAR
KERAJAAN PERPADUAN SAMAN THE CORPORATES SECRET
Mengelak semua persoalan di atas yang sepatutnya dijawab di media kepada rakyat Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden Petronas sanggup mengupah firma guaman Moideen & Max Advocates and Solicitors dimiliki Muhammad Faisal Moideen and Maximilian Tai untuk tuntutan saman kepada editor The Corporate Secret.
Peguam Muhammad Faisal Moideen ni kerjanya di laman sosial seperti Twitter hari-hari membalun Kerajaan Perpaduan, PMX Anwar Ibrahim, menteri-menteri kabinet dan dasarnya. Peguam macam ini dibayar Presiden Petronas untuk mempertahankannya? Guna duit rakyat dari Petronas tetapi hari-hari balun PMX. Agaknya jika Anwar Ibrahim dan pegawainya tahu maka mereka gembira dengan Peguam Tan Sri
Bagus juga PM Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri kabinet yang dibalunnya melihat cara Peguam ni agar PM sedar mengapa agaknya Presiden/ CEO Petronas Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik mengupahnya.
Apa Presiden/ CEO Petronas Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik dapat mengupah peguam kaki sembang seperti ini?