14 Feb lalu Asia Internet Holdings Sdn Bhd pemegang saham tunggal terbesar dalam MyEG Services Bhd, membeli kira-kira 83.25 juta saham, atau 8.811% pegangan, dalam pembekal sistem tempat jualan Cuscapi Bhd.
Asia Internet Holdings Sdn Bhd ialah entiti perniagaan persendirian pengarah urusan MyEG Wong Thean Soon, atau lebih dikenali sebagai TS Wong. Beliau muncul sebagai pemegang saham Cuscapi pada 2019.
Wong sebelum ini memegang kepentingan langsung sebanyak 13.209% dalam Cuscapi dan kepentingan tidak langsung sebanyak 8.111% melalui Asia Internet, namun kini selepas membeli lebih 10.2 juta saham yang dilupuskan oleh Ultimate Quality Success dan pengerusi eksekutif Cuscapi Jayakumar Panneer Selvam pada 5 dan 6 julai menjadikannya pemegang saham terbesar yang memegang kepentingan langsung dan tidak langsung sebanyak 24.73%.
Harga saham Cuscapi 17 sen pada khamis (6 Julai), diterjemahkan kepada permodalan pasaran RM160.6 juta.
TS WONG, MYEG, LIM KOK HAN, CUSCAPI DAN KONTROVERSI
My EG dan Cuscapi Berhad dua syarikat yang terkait rapat dengan pengasas My EG Wong Thean Soon.
Pemegang saham terbesar kedua-dua syarikat itu ialah TS Wong. TS Wong dikatakan dikawal oleh Dato’ Sri Lim Kok Han. Ini rahsia terbuka yang diketuai ramai ahli korporat.
Siapa tidak kenal Lim Kok Han atau Dato’ Teleng kumpulan Mafia Korporat yang mempunyai kaitan dengan Victor Chin Boon Long, Chong Loong Men, Jacky Pang Chow Huat dan Kenneth Vun.
Dato’ Teleng baru-baru ini ditahan polis kerana membuat ugutan kepada CEO GIIB Holdings Berhad. Ia berikutan usahanya membeli saham GIIB dan cuba merampasnya melalui cara kotor termasuk mengugut CEOnya menggunakan pistol. Media melaporkan kes ini telah dihantar kepada Peguam Negara untuk pertuduhan.
Saham Cuscapi pernah kontroversi apabila dikaitkan dengan pemimpin Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ia susulan pemegang sahamnya Lim Kok Han dan ‘Adik’ seseorang. Namun telah selesai dijawab sebagai penggunaan nama adik.
Berikut merupakan pemilikan saham dalam Cuscapi Berhad pada tahun 2020 dan 2022 yang meletakkan TS Wong MyEG antara pemegang saham penting kepada Cuscapi. Lim Kok Han kekal memegang saham ini dari tahun 2020 hingga sekarang. Bagaimanapun menjadi kontroversi pada tahun 2020 apabila selepas pendakwaan kes CEO CUSCAPI didapati nama Nasir Baki muncul sebagai pemegang saham ke 20 di CUSCAPI.
BEKAS CEO CUSCAPI DIDAKWA
Pada tahun 2020, Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cuscapi Bhd, Her Chor Siong didakwa di Mahkamah Sesyen di atas dua pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung harta syarikat itu, mengakibatkan kerugian AS$7.9 juta.
Ini berikutan pembelian 11,000 unit Rev Industrial Tablet CX 1000-A102S yang dikatakan melebihi harga pasaran dan tanpa kelulusan lembaga syarikat.
Dia didakwa dengan pecah amanah jenayah (CBT) kerana membenarkan pembelian 1,000 unit tablet pada harga AS$582 seunit — perbezaan AS$301 seunit tanpa kelulusan lembaga — mengakibatkan kerugian AS$1.218 juta.
Dia juga didakwa membeli 10,000 unit lagi tablet yang sama, tanpa kelulusan lembaga pengarah, mengakibatkan kerugian AS$6.389 juta kepada syarikat itu. Dia didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Sumber berkata CEO Cuscapi sebelum ini dianiaya oleh pihak tertentu yang mahu menguasai syarikat itu.
Menurut Edisi Siasat CEO ditangkap, dibuli dan dituduh di mahkamah.