Selepas penamatan CEO Teraju dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang kosong beberapa bulan lalu membantutkan beberapa perkara di agensi bawah Kementerian Ekonomi diketuai menterinya Rafizi Ramli.
Banyak kertas dan anugerah projek khususnya geran bumiputera tertangguh menanti Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.
Kerajaan Perpaduan nampaknya memerlukan masa untuk menyingkirkan semua yang berkait dengan Perikatan Nasional atau yang pro Muhyiddin Yassin. Pelantikan Pengerusi dikalangan orang politik nampaknya mendapat kecaman daripada netizen mungkin disebabkan kenyataan sebelum ini daripada PH tidak melantik orang politik sebagai pengerusi.
Bagaimanapun pelantikan Pengerusi dalam agensi dan GLC bukanlah satu isu besar jika dilihat kepada kepakaran, akademik dan kelayakan mereka. Sebelum inipun di zaman PH memerintah ramai professional dilantik sebagai Pengerusi tetapi tetap gagal mengemudi GLC atau agensi. Mereka tidak biasa menguruskan hal rakyat sehingga agensi dan GLC dilihat sebagai korporat yang tidak memahami nadi rakyat.
Pengumuman Rafizi Menteri Ekonomi mempelawa individu yang berminat menjawat jawatan CEO di Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) membuka ruang baru kepada sesiapa yang layak tampil berkhidmat. Pencarian CEO GLC mungkin sesuai dilakukan oleh konsultan ‘Head Hunter’ namun dalam keadaan sekarang mungkin pelawaan ini membuka jalan baru.
“Kementerian Ekonomi menjemput calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TERAJU dan Yayasan Peneraju.
“Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang kerja boleh didapati di laman TERAJU, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi,” kata Rafizi
TERAJU adalah agensi yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi
Bumiputra manakala Yayasan Peneraju berperanan menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputra.
Selain itu Kementerian Ekonomi juga bertanggungjawab mengendalikan agenda pembangunan ekonomi digital melalui Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR).
Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat berharap pelantikan CEO Teraju dan Yayasan Peneraju dapat disegerakan bagi melancarkan segara program dan agenda bumiputera diagensi itu.