Selepas melakukan ‘Gorengan’ saham pada 12 April lalu harga saham Revenue Group meningkat kepada paras tertinggi pada 35 sen dalam dagangan pagi sebelum menutup pada 33 sen, untuk keuntungan enam sen atau 22.22%.
Pada 17 April lalu menyaksikan saham Revenue terus meningkat kepada paras tertinggi iaitu 0.445 dengan mencatat 9.88 % keuntungan. Namun nampaknya bersifat sementara sehingga kembali turun pada harga 0.35 sen hari ini.
Penghujung mac lalu saham Revenue menjunam ke paras 0.25 sen terendah dalam tempoh 6 bulan (-61.54%) berhadapan krisis yang melanda syarikat itu dengan penyingkiran pengasasnya Dino dan Brian.
Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Leong Sen Wui pula terus bergelut memulihkan Revenue Group menaikkan kembali saham syarikat itu dengan kerugian yang lebih besar.
Sejak 20 April lalu Revenue melakukan penukaran kira-kira 23 juta Saham waran yang akan tamat tahun depan kepada saham induk (Mother Share).
Selain daripada 8 sen atau lebih yang diperlukan untuk membeli waran daripada pasaran terbuka, seseorang itu perlu membayar Revenue Group Berhad 0.75 sen untuk menukar waran menjadi ‘Mother Share’. Siapa agaknya pembeli saham yang sanggup rugi itu?
Tujuannya hanya satu penukaran waran 23 juta akan menyebabkan baki tunai kumpulan hasil bertambah sebanyak RM17 juta tunai dan menggambarkan syarikat itu mempunyai baki yang kukuh dan stabil bagi keputusan suku ketiga bulan ini.
Pecat Pengerusi Revenue kesayangan Datuk Eddie
Mac lalu Pengarah Urusan dan Pengerusi alternatif Revenue Group Bhd, Datuk Eddie Ng Chee Siong dalang keruntuhan Revenue bersekongkol dengan Mafia Korporat diarah meletakkan jawatan malah menjual 25.34 juta sahamnya dalam syarikat. Bukan itu sahaja skandal penyelewengan Eddie Ng Chee Siong juga terbongkar namun SPRM menghentikan siasatan kes itu.
BACA – Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
Terbaru Revenue menyingkirkan pula Pengerusi Eksekutifnya Nor Azzam Abdul Jalil orang kepercayaan Datuk Eddie Ng Chee Siong. Sekalipun pengumuman di Bursa Malaysia meletak jawatan kerana alasan peribadi hakikatnya Nor Azzam dipaksa meletak jawatan. Dia tak berguna lagi dalam Revenue Group.
Sebaliknya Revenue dirombak dan lembaga pengarah yang dilantik pada 13 Mac lalu disusun semula apabila Kamari Zaman Juhari bekas Pegawai Bank Negara Malaysia yang punya ‘kabel’ di BNM dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.
Memandangkan Revenue mempunyai kontrak-kontrak payment gateway yang berkait Bank Negara dan bank-bank di Malaysia maka hubungan di Bank Negara juga diperlukan dengan melantik Kamari Zaman Juhari.
Sebagaimana di Classita Holding Berhad syarikat dikuasai Mafia Korporat Ng Keok Chai dilantik Pengerusi Eksekutif bekas polis yang menjaga syarikat, manakala Revenue Group Dato’ Tang Ngat Ngoh bekas Ketua Penolong Pengarah (D13) Bahagian Databank DNA, Jabatan Siasatan Jenayah dilantik sebagai Pengarah Eksekutifnya.
Bukan sangat asing syarikat Mafia Korporat melantik bekas penguatkuasa Polis, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti dalam syarikat mereka.