Syarikat Pemaju Hartanah di Pengerusikan Bekas Datuk Bandar KL, Radium Development sasar jana modal RM434 juta
Syarikat pemaju hartanah Radium Development Berhad di Pengerusikan oleh Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur mengumumkan sasaran untuk menjana RM434 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 31 Mei ini.
Ketika sebagai Datuk Bandar banyak projek kelulusan kebenaran merancang (DO) daripada syarikat Radium Development Berhad dan anak syarikatnya diluluskan oleh Datuk Bandar. Kini Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz memainkan peranannya sekali lagi untuk IPO syarikat.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Gary Gan memaklumkan RM171 juta akan digunakan untuk pembelian tanah dan pembangunan projek di Kuala Lumpur.
Katanya, sebagai permulaan, pihaknya telah memeterai perjanjian usaha sama untuk melancarkan pembangunan di Mukim Batu pada separuh pertama 2024.
“Kami juga telah menyenarai pendek tiga bidang tanah di Mukim Petaling untuk dibeli dan/atau dibangunkan bersama. Simpanan tanah masa depan ini menggariskan komitmen kami sebagai pemaju hartanah yang berpusat di Kuala Lumpur, yang memberi tumpuan kepada perumahan mampu milik.
“Selain itu, kami juga akan membangunkan projek yang baru dilancarkan tahun ini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM1.5 bilion.
“Pada suku ketiga ini, kami akan memperkenalkan pembangunan terbesar, Residensi Desa Timur di Salak Selatan, Kuala Lumpur, dengan GDV hampir RM1 bilion bagi melengkapi projek kediaman komersial, The Chancery di Jalan Ampang, bernilai RM521 juta yang dilancarkan pada Februari lalu,” katanya pada majlis pelancaran prospektus IPO syarikat
Menerusi IPO itu, Radium Development akan menerbitkan 868 juta saham baharu, mewakili 25 peratus daripada modal saham syarikat yang diperbesarkan.
Daripada 868 juta saham baharu, 273 juta saham diperuntukkan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian dan 60 juta saham kepada pengurusan kanan utama, pekerja kumpulan dan rakan perniagaan yang layak termasuk mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.
Sebanyak 435 juta saham lagi akan ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan baki 100 juta saham untuk pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.
Mengulas lanjut, Gan berkata, dengan lokasi utama hanya lima kilometer dari KLCC dan akses mudah ke Jalan Lingkaran Tengah 2 dan lebuh raya lain, The Chancery akan merangkumi lima tingkat hotel, yang mana Radium Development memperuntukkan RM109.3 juta daripada hasil IPO itu untuk membinanya.
“Apabila hotel ini mula beroperasi pada 2026, ia akan menjana aliran pendapatan berulang, dan mengukuhkan komitmen Radium Development untuk berkembang bersama Kuala Lumpur yang berkembang maju dan akan turut menarik minat pelancong ke ibu kota,” katanya.
Setakat ini Radium Development belum mempunyai perancangan berkembang keluar dari luar Kuala dalam tempoh lima tahun ini.
“Kami sememangnya hanya menumpukan pembangunan di dalam Kuala Lumpur dan tidak mempunyai perancangan untuk mengembangkan kehadiran ke luar dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.
Sehingga kini, Radium Development berjaya menyiapkan projek dengan jumlah GDV sebanyak RM2.1 bilion.
Radium Development juga menguasai 10 peratus bahagian pasaran hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dari segi pendapatan pada 2021, dan tujuh peratus daripada pasaran yang sama berdasarkan bilangan unit.
Sebelum ini februari lalu Oppstar Berhad juga melantik bekas KSU MOSTI Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir untuk melancarkan IPOnya.
Datuk Dr Siti Hamisah ketika menjadi KSU juga pernah memberikan geran kepada syarikat Oppstar Technology Sdn Bhd bagi geran HVA Application Specific Integrated Circuit (ASIC) tahun 2021.
Trend melantik bekas KSU dan Ketua Pengarah menjadi Pengerusi dan Lembaga Pengarah syarikat semakin popular sekarang. Satu lagi pelantikan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pengerusi Eksekutif MMAG sebuah syarikat Mafia Korporat dikuasai oleh Victor Chin Boon Long yang kecoh sebelum ini didedahkan dalam TheCorporateSecret.
Hi, after reading this awesome paragraph i am also cheerful to share my knowledge here with mates.