Apa lagi sebenarnya pihak berkuasa di negara ini mahu selepas laporan demi laporan Ketua Mafia Korporat Datuk Victor Chin Boon Long dan budak-budaknya seperti Chong Loong Men, Ng Keok Chai dan Leong Seng Wui didedahkan.
PDRM melalui Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin sudah mengesahkan siasatan terhadap Victor Chin Boon Long dalam penyelewengan syarikat Classita (Caely) Holdings Berhad) RM30 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan. Hanya menunggu pendakwaan kes daripada Bahagian Pendakwaan Peguam Negara namun nampaknya sengaja dilambat-lambatkan.
Fail forensik dan ‘money trail’ penyelewengan kewangan RM30.3 juta di Classita Holdings Berhad siasatan firma Vidos Lima juga didedahkan secara terperinci. Money Trail jelas dikeluarkan kepada keluarga, bekas pemandu dan bodyguard.
Fail sulit Victor Chin Boon Long dan Datuk Chong Loong Men juga telah didedahkan bagi memudahkan tangkapan dibuat.
Malah dalang pegawai SPRM Datuk Tan Kang Sai Pegarah Bahagian Operasi Khas, Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D dan DPP Law Chin How juga telah didedahkan. Laporan polis penglibatan pegawai seperti membuktikan salah laku pegawai siasatan SPRM bersekongkol dengan Mafia Korporat. Wong juga dibenarkan bercuti dengan tajaan Mafia Korporat keluar negara bagi elak siasatan polis.
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Rangkaian Mafia Korporat begitu besar sehingga boleh kawtim dengan Hakim Mahkamah Komersial yang melindungi Mafia Korporat. Maka Hakim Mafia Korporat Ong Chee Kwan pula didedahkan. Semua kes dikendalikan oleh Ong Chee Kwan melibatkan Mafia Korporat menang kes itu tanpa melihat semua fakta kes. Semua kes saman Classita Holdings tewas ditangan Ong Chee Kwan.
BUKTI JELAS SKANDAL MAFIA KORPORAT DI CLASSITA (CAELY) HOLDINGS BERHAD
Cara rampasan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan isterinya sangat jelas. Sekalipun disahkan polis tetapi Pejabat Peguam Negara melengahkan pendakwaan. Modus Operandi Mafia korporat jelas ditunjukkan dalam kes Classita Holdings. Perincian pemegang saham jelas semuanya syarikat milik Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying.
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Tetapi mengapa pihak berkuasa belum menangkap Victor Chin Boon Long? Mengapa Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti berdiam diri?
Jawapannya kawtim!. Dalam kes Syarikat Revenue Group Berhad misalnya lantikan Pengarah baharu terdiri daripada bekas Pegawai SC, Bursa Malaysia dan Bank Negara. Semuanya peringkat sudah dibeli.
BACA – Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
BAGAIMANA JIKA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI BERTINDAK?
Jika SPRM, PDRM, Bursa, Suruhanjaya Sekuriti lemah mengapa tidak Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak?
Bukankah LHDN berkuasa untuk mengejar cukai, menyiasat akaun, menyekat ke luar negara dan membekukan akaun?
LHDN dah pernah menghantar notis cukai kepada Datuk Victor Chin Boon Long mengapa tidak disiasat lebih lanjut lagi?
Korek semua akaun syarikat yang didedahkan sebelum ini. Tidak menangkap Mafia Korporat atas alasan bimbang kejatuhan harga saham hanya satu alasan kerana Victor Chin Boon Long dan budak-budaknya sedang meruntuhkan syarikat orang lain. Ini boleh meruntuhkan ekonomi negara apabila Mafia Korporat memainkan peranan merampas syarikat lain.
NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 78 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 KEPADA VICTOR CHIN BOON LONG
Menurut peruntukan seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan 1967, dengan ini saya memberi Notis bahawa tuan dikendaki mengemukakan ke alamat yang tersebut di atas DALAM TEMPOH 30 HARI DARIPADA TARIKH KENYATAAN INI DISAMPAIKAN . Borang keterangan persendirian dan Perbelanjaan ( C.P 102) yang disertakan bagi tiap-tiap tahun berakhir 31 Disember 2020 hingga 31 Disember 2021 setelah dipenuhkan dengan sepatutnya bagi semua perkara.
Kegagalan mematuhi semua notis ini merupakan satu kesalahan di bawah akta Cukai Pendapatan, 1967 dan boleh menyebabkan tuan didakwa tanpa sebarang amaran lagi . Seksyen 120 Akta tersebut memperuntukkan bahawa seseorang yang melakukan kesalahan ini boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada RM 200 dan tidak lebih daripada RM 20,000 atau boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Apa status kes siasatan pendapatan ini sejak tahun 2022? Jika sekarang dah didedahkan Mafia Korporat tentu lebih banyak pendapatan Victor Chin Boon Long dan isterinya. Mungkin siasatan lebih keras perlu dilakukan.
DAKWA VICTOR CHIN BOON LONG MAFIA KORPORAT BAWAH POCA & SOSMA
Jika sukar juga PDRM boleh mendakwa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Chong Loong Mendengan dakwaan lebih keras di bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Tindakan Mafia Korporat menggugut pengasas syarikat yang dirampas menggunakan penguatkuasa jelas tindakan kongsi gelap yang keterlaluan. Kononnya mereka boleh melepaskan kes SPRM dengan syarat letak jawatan dalam syarikat, jual saham dan mengaku bersalah. Revenue Group membuktikan elemen ugutan ini.
Atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai langkah-langkah khas berhubungkan dengan kesalahan keselamatan. Rampasan Mafia terhadap syarikat Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara apatah lagi jika mereka didalangi oleh penguatkuasa seperti SPRM.
Mengharapkan SPRM Bahagian AMLA membekukan akaun jangan mimpi kerana pegawai SPRM dah dipegang telur oleh Mafia Korporat.
Atau Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendakwa aduan kes sedia ada seperti Laporan SULIT ini;
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007 (ACT 671)
Perkara ini bukan hanya berlaku kepada syarikat-syarikat di atas tetapi juga Green Packet, Classita Holdings Berhad, Revenue Group Berhad dan GIIB Holdings Bhd. Syarikat yang secara langsung berurusan dengan Victor Chin Boon Long ialah Pengarah M Jets Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming anak syarikat MMAG Holdings Berhad
Apakah Datuk Nizom CEO LHDN dan Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berani bertindak selepas ini?
Apa lagi yg boleh diharapkan kepada pihak penguasa….
Kalau semua laporan di atas benar….
Negara pastinya akan runtuh dan bangkrap klu tidak ada tindakan diambil…tapi siapa…