Revenue Group Bhd merupakan saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia pada hari Rabu (12 April) yang lalu , sehari selepas penyedia penyelesaian e-pembayaran itu meyakinkan pihak berkepentingan bahawa operasinya tidak terjejas oleh perebutan ahli lembaga dalam syarikat itu.
Kaunter itu mencatatkan volum dagangan sebanyak 152.59 juta saham, berbanding 60.95 juta saham pada Selasa dan purata 200 hari sebanyak 10.29 juta saham.
Harga saham Revenue Group juga meningkat kepada paras tertinggi tiga minggu lalu iaitu pada 35 sen dalam dagangan pagi, sebelum menutup hari pada 33 sen, untuk keuntungan enam sen atau 22.22%.
Semalam ( 17 April ) juga menyaksikan saham mereka terus meningkat kepada paras tertinggi iaitu 0.445 dengan mencatat 9.88 % keuntungan.
Di dalam dagangan sebelah pagi ianya dibuka pada harga 0.41 dan terus meningkat di akhir dagangan kepada 0.445
Pada hari Selasa minggu lalu juga , penyedia penyelesaian e-pembayaran berkata operasinya “tidak terjejas oleh peristiwa baru-baru ini dan pelanggan kami boleh mengharapkan perkhidmatan pemprosesan pembayaran yang lancar dan boleh dipercayai daripada kami”.
Pengarah eksekutifnya Francis Leong Sen Wui berkata syarikat itu mempunyai lembaga pengarah baharu dengan pengalaman dan pengetahuan berkaitan yang boleh meningkatkan tadbir urus, kepimpinan dan kualiti pengurusan keseluruhannya.
Kerugian saham dan kelembapan syarikat menyebabkan Francis Leong perlu fokus kepada Revenue Group yang berjaya dirampas oleh kumpulan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long. Pada 20 dan 21 Mac lalu Francis Leong Sen Wui Pengarah Eksekutif Kumpulan sebagai pemegang saham individu kedua terbesar Green Packet Berhad melupuskan semua sahamnya dalam kumpulan itu membeli semua saham yang dijual secara terbuka oleh adik-beradik Dino dan Brian. Pada April pula Leong mengumumkan pula peletakan jawatannya sebagai Pengarah eksekutif Classita Holdings Bhd.
Satu persatu Pengarah Eksekutif dalam Classita, Revenue dan Green Packet meletak jawatan seperti juga Ng Keok Chai yang meletak jawatan disemua syarikat Mafia Korporat menumpu fokus sebagai Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad.
Sesuatu perlu dilakukan maka Mafia Korporat perlu ‘menggoreng’ saham bagi memulihkan keyakinan pelaburnya. Kejatuhan harga saham sehingga 24 sen pada 28 Mac lalu telah memberi kerugian besar. Pengurusan Revenue terpaksa menjelaskan kedudukannya mengenai usahasama dan segala projek mereka tidak terjejas dengan isu sebelum ini.
Dalam masa sama Revenue pada 11 April lalu mengumumkan kepada Bursa Malaysia tentang pemberian bantuan kewangan kepada anak syarikatnya Revenue Harvest Sdn Bhd sebuah syarikat peminjaman wang berlesen. Syarikat peminjaman berlesen ini dahulu diuruskan oleh Datuk Eddie Ng Chee Siong Pengarah Eksekutif Revenue Group yang lama namun gagal.
Semakan menunjukkan Syarikat Revenue Harvest Sdn Bhd kini Lembaga Pengarahnya bertukar tangan kepada Francis Leong Seng Wui, Teh Chee Hoe Pengarah Eksekutif daripada Green Packet dan kekal Datuk Eddie Ng Chee Siong yang meletak jawatan Pengarah Eksekutif Revenue Group sebelum ini
Apakah langkah ‘gorengan’ saham ini akan mampu mempertahankan Mafia Korporat dalam Revenue Group? jika gorengan berlebihan Revenue akan seperti Air Asia mendapat pertanyaan Bursa Malaysia selepas aktiviti pasaran luar biasa (UMA)menyebabkan kenaikan mendadak harga saham daripada 27 sen atau 19.15 peratus kepada RM1.68 dengan 43.86 juta saham diniagakan.
Mungkinkah juga Syarikat pinjaman wang berlesen Revenue Harvest Sdn Bhd bakal menyelamatkan Revenue Group atau mungkin satu cara Mafia Korporat ‘Cash Cow’ duit selepas ini?