Apakah rancangan Mafia Korporat? Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif kumpulan Green Packet sebelum ini melupuskan semua sahamnya di Green Packet dan kini mengumumkan pula peletakan jawatannya sebagai Pengarah eksekutif Classita Holdings Bhd pada selasa.
Francis Leong Seng Wui berdepan laporan polis atas dakwaan melakukan ugutan saksi dalam tuntutan mahkamah terhadap syarikat itu, mengumumkan perletakan jawatannya atas alasan “untuk menumpukan pada komitmen kerja lain”.
Bukan itu sahaja, 23 Mac lalu Dino dan Brian membuat laporan polis ekoran ugutan yang diterimanya daripada Mafia Korporat orang kanan Victor Chin Boon Long, Datuk Chong Loong Men (Peguam) dan Leong Seng Wui.
Menggantikannya Leong Seng Wui sebagai Pengarah eksekutif baharu ialah Datuk Mior Faridalathrash Wahid bekas Ketua Polis Perak menurut syarikat itu dalam makluman di Bursa Malaysia.
Melantik Datuk Mior Faridalathrash bekas Ketua Polis Perak sebagai Pengarah Eksekutif tentunya bersebab bagi melindungi Classita Holdings Berhad. Ng Keok Chai sudah tentu bersiap sedia memandangkan laporan polis sebelum ini pernah dibuat ketika Mior sebagai Ketua Polis Perak.
Pada 2 Mac lalu pemegang saham besar Classita Dato Sri Tee Yam @ Koo Tee Yam dan bekas ketua pegawai kewangan Ting Yi En telah membuat laporan polis terhadap Leong dan peguamnya kerana didakwa menakutkan Ting untuk meminda afidavitnya dalam saman sivil.
Saman itu telah difailkan terhadap Classita oleh Koo dan bekas naib pengerusi eksekutif Jessie Wong Siaw Puie, untuk menuntut RM3.96 juta bahawa kedua-duanya telah dimajukan kepada syarikat untuk membiayai operasi harian apabila akaunnya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kenyataan media baru-baru ini juga melaporkan Classita membayar RM3.3 juta kepada Koo Tee Yam dan Jessie Wong namun hakikatnya ia sekadar gimik untuk melonjakkan harga saham yang semakin jatuh.
Ng Keok Chai sebelum ini Pengarah Eksekutif meletak jawatan disemua syarikat yang dikawal oleh Mafia Korporat seperti CSH Alliance Bhd, Green Packet Bhd, Ingenieur Gudang Bhd (Dyniacate) dan Hong Seng Consolidated Bhd.
Bagaimanapun Ng Keok Chai dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad. Mungkin misi menguasai Classita Holdings Berhad telah selesai.
Leong awal tahun ini dilantik sebagai pengarah eksekutif penyedia penyelesaian e-pembayaran Revenue Group Bhd, dan juga pengarah eksekutif syarikat peranti komunikasi Green Packet Bhd sejak Februari 2022 namun terpaksa menjual kesemua 124.34 juta sahamnya di Green Packet bagi menutup hutang pembelian saham di Revenue Group.
Pengasas Revenue Group adik beradik Ng Dino dan Brian telah melupuskan semua sahamnya di Revenue.
Sementara Leong memperoleh 27.14 juta saham dalam Revenue Group melalui urus niaga perniagaan langsung untuk meningkatkan kepentingannya kepada 27.14 juta saham atau 5.63%.
Isu Mafia Korporat diketuai Datuk Victor Chin Boon Long kini semakin hangat dibincangkan selepas beberapa rangkaian mereka seperti dalang penguatkuasa SPRM, AGC dan Hakim Mafia Korporat didedahkan.