15 Februari lalu kerajaan mengumumkan pentadbiran bekas perdana menteri ke-9 Ismail Sabri Yaakob membelanjakan lebih RM62 juta ketika untuk kempen penjenamaan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’.
Jumlah itu adalah lebih 98 peratus tertinggi berbanding keseluruhan RM62,764,107.25 peruntukan untuk penjenamaan kerajaan di bawah tiga perdana menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari 2021.
Penjenamaan Kerajaan Prihatin di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin hanya berjumlah RM181,752.20 kerana tersekat oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
Pecahan mengikut program adalah seperti berikut:
1) Kerajaan Prihatin: RM181,752.20;
2) Keluarga Malaysia: RM62,093,139.05;
3) Malaysia Madani: RM489,216
Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi perdana menteri kesembilan selama 14 bulan, iaitu mulai Ogos 2021 hingga November 2022 sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun lalu.
Manakala Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November 2022 dan melancarkan Malaysia Madani pada 19 Januari lalu.
SIAPA PELAKSANA PROJEK PENJENAMAAN KELUARGA MALAYSIA?
Siapa tidak kenal kontraktor kroni pengurusan acara VFIVE GROUP SDN. BHD atau Vantage Five Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Datuk Haji Mohd Syafiq bin Haji Abdullah yang sebelum ini dikatakan memonopoli projek pengurusan acara di beberapa kementerian dan Menteri-menteri tertentu.
Rapat dengan Dato’ Sri Ismail Sabri sejak di Kementerian Pertahanan lagi, beliau mendapat kontrak RM62. 7 juta bagi melaksana projek penjenamaan Keluarga Malaysia melalui pegawai kroni bekas Pegawai KPLB dan Kementerian Pertanian (MAFI) yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood.
Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menguruskan penjenamaan dasar setiap Perdana Menteri. Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan kini Malaysia Madani. Jika gerak kerja PM itu kelihatan malap maka dialah puncanya. Setakat ini SEPADU masih di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2023.
Wan Azilawati memang banyak mengenyangkan pemilik VFive, Datuk Haji Mohd Syafiq yang kononnya rapat dengan Pengurusan atasan SPRM Putrajaya. Ketika Azilawati di KPLB dan MAFI banyak manfaat projek diterima VFive. Sebagai Pengarah SEPADU tentulah Datuk Haji Mohd Syafiq dan Vfive lebih untung.
Menurut sumber Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood Pengarah SEPADU menyambung lagi kontrak VFive untuk meneruskan kempen penjenamaan Malaysia Madani di bawah PM ke 10 dengan baki lebih RM30 juta lagi sehingga hujung tahun ini. Sepatutnya SEPADU membuka tender baru bukan menyambung kontrak Vfive yang tidaklah bagus mana dalam Jelajah Keluarga Malaysia.
Selepas ini Kempen Malaysia Madani akan malap seperti kempen Keluarga Malaysia.
Cara pemilik VFIVE, Datuk Haji Mohd Syafiq Haji Abdullah ialah beri rasuah awal agar projek mereka dpaat laksanakan. Sebelum ini yang paling banyak dapat manfaat Datuk Ruhaidini Abd Kadir, Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO. Beliau menggunakan Pengarah SEPADU Puan Wan Azilawati dan kontraktor kroni VFIVE Group Sdn Bhd. Dalam Program Jelajah Keluarga Malaysia hanya kementerian yang rapat Ruhaidini dan Shafiq VFIVE dilayan baik seperti Kementerian Sumber Manusia yang beliau dilantik sebagai Timbalan HRD Corp.
Sekarang VFIVE mendakwa punya kabel yang bagus untuk projek KDN. Mereka juga dah kawtim dengan pegawai bahagian tender KDN bahawa akan dapat projek bernilai lebih RM40 juta yang bakal dibuka di KDN nanti.
Untuk Projek di PMO sebagaimana ketika berurusan di zaman PM9 Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood telah ‘lock’ semua untuk Vfive. Siapa Perdana Menteri pun tak penting kerana yang berkuasa di SEPADU ialah Wan Azilawati.
Datuk Seri Shamsul Iskandar selaku Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri mesti melihat perkara ini tak kan kroni Ismail Sabri mahu diberi melaksana projek kempen ‘Malaysia Madani’. Banyak lagi kontraktor yang layak bukan hanya VFIVE. Jangan hanya kerana Vfive membayar komisen lebih awal maka mereka diberi projek.
1 thought on “RM62.7 juta projek Keluarga Malaysia, kini Pengarah SEPADU sambung kontrak kroni VFIVE Group ‘Malaysia Madani’ tanpa kelulusan PM?”