Bekas pengarah eksekutif dan pengasas bersama Revenue Group Bhd, Dino Ng Shih Fang, tidak lagi menjadi pemegang saham utama kumpulan itu selepas melupuskan 53.95 juta saham atau 11.19 peratus kepentingan.
Berikutan pelupusan itu, Dino kini tinggal 15.3 juta saham atau 3.17% kepentingan dalam penyedia penyelesaian e-pembayaran, berdasarkan pemfailan bursa.
Dino yang mengasaskan Revenue bersama saudara kandungnya Brian Ng Shih Chiow pada 2003 serta Datuk Eddie Ng Chee Siong yang turut meletakkan jawatan pada minggu lalu
Dengan ini, ketiga-tiga pengasas bersama Revenue Group itu telah tidak lagi menjadi pemegang saham yang besar dalam kumpulan itu lagi.
Minggu lalu, Dino dan Brian meletak jawatan daripada lembaga Revenue, dan berkata mereka tidak mahu berada dalam lembaga yang sama dengan pengarah semasa. Brian tidak lagi menjadi pemegang saham besar pada Februari selepas dia memindahkan 55.5 juta saham kepada Dino.
Bagi Eddie, beliau meletak jawatan daripada jawatan pengarah urusannya pada 14 Mac atas alasan peribadi, selepas berhenti menjadi pemegang saham besar kumpulan itu.
Selain Dino dan Brian, lebih ramai eksekutif kanan, ketua pasukan teknikal dan kakitangan tulang belakang syarikat itu meletak jawatan secara Enbloc.
Di antara mereka itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman, lebih 10 hingga 16 tahun di dalam syarikat, strategis, pakar it, pakar payment gateway, penyelidikan dan pembangunan program serta pakar di dalam bidang pengaturcaraan komputer dan keselamatan rangkaian yang berhubung rapat dengan teknologi yang dimiliki oleh Revenue Group.
baca :- Revenue Group lumpuh! Brian, Dino letak jawatan, sebelum ini eksekutif kanan, teknikal secara enbloc
Pada Januari tahun ini, perpecahan berlaku antara saudara Ng dan Eddie selepas lembaga pengarah menggantung fungsi eksekutif Dino dan Brian.
Baki pemegang saham di dalam kumpulan itu kini terdiri daripada kumpulan mafia korporat iaitu Francis Leong Seng Wui dengan 27.14 juta saham atau 5.63% kepentingan, dan pengarah eksekutif Teh Chee Hoe dengan 26.31 juta saham atau 5.46% kepentingan.
Kedua-duanya muncul sebagai pemegang saham besar minggu lalu selepas Ng bersaudara dan Eddie keluar dari lembaga pengarah.
Lembaga pengarah kumpulan itu kini terdiri daripada pengerusi Nor Azzam Abdul Jalil, Teh dan pengarah Ng Chee Keong, Jade Lee Gaik Suan, Kamari Zaman, Azman Hisham, Chandera Sekaran, Krishnan Dorairaju dan Datuk Lisa Tang Ngat Ngoh.
Daripada ahli lembaga pengarah, Teh, Lee, Kamari, Azman, Chandera, Krishnan dan Tang dilantik tahun ini.
Dilaporkan Leong Seng Wui dan Mafia Group terpaksa berbelanja dan berhutang lebih RM100 juta untuk membeli saham yang dilupuskan termasuk saham pengasasnya Dino dan Brian.
Leong baru-baru ini juga terpaksa melupuskan semua sahamnya di Green Packet untuk menampung pembelian saham di Revenue Group.
Kejatuhan nilai saham Revenue Group di bawah 30 sen minggu lalu menunjukkan Revenue bergelut untuk bangkit memandangkan ramai eksekutif pakarnya berkait ‘Payment Gateway’ meletak jawatan secara enbloc.
Saham Revenue ditutup satu sen atau 3.64% lebih rendah pada 26.5 sen, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran sebanyak RM125.5 juta.