Masalah yang terbesar di PR1MA ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff yang melaksana tugas di PR1MA. CEO yang sombong dan bongkak ini tidak pernah kisah kesusahan rakyat rumah tak siap. 1000 demo protes kecuaian PR1MA pun dia tak peduli. Nampaknya masalah PR1MA akan berterusan.
Siapa Pengerusi PR1MA pun bukanlah isunya tetapi melantik Pengerusi baharu tidak akan menyelesaikan masalah PR1MA selagi CEOnya masih ialah Mohd Nazri bin Md. Shariff
Perdana Menteri dan Nga Kor Ming perlu melihat isu ini. Jangan lemas kepada lobi individu seperti Mohd Nazri bin Md. Shariff. Tukar CEO PR1MA sekali.
Namun melantik Pengerusi PR1MA orang kanan Datuk Fakhri Yassin Mahaiddin pemilik Syarikat Thriven Global Berhad adalah sesuatu yang menjanggalkan.
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mengumumkan pelantikan Azrulnizam Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa 16 Mac 2023 bagi menggantikan Fathul Bari Mat Jahya.
PR1MA dalam kenyataan berkata, Azrulnizam memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat, dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, Universiti Wichita State, Kansas, AS.
Azrulnizam pernah menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Rajhi Banking & Investment Corporation Malaysia Bhd dan CEO Standard Chartered Sa’adiq Bhd.
Beliau menyertai Thriven Global Bhd kerana sangat dipercayai oleh Fakhri Yassin dalam mengemudi hala tuju syarikat pembinaan itu. Bagaimanapun syarikat Thriven Global Bhd itu tidaklah sebagus mana.
Persoalanya dah tak ada orang lain ke selain budak Fakhri Yassin majikan yang membayar rasuah elak ditangkap.
Lembaga Pengarah Syarikat pemaju Thriven Global dilantik Pengerusi PR1MA syarikat pemaju perumahan kerajaan yang banyak masalah. Bolehkah ahli korporat menyelesaikan masalah rakyat lebih rumit termasuk projek yang terbengkalai sekian lama.
Fakhri Yassin disiasat SPRM
Baru-baru ini kecoh Fakhri Yassin anak Muhyiddin dan menantunya Adlan Berhan disiasat SPRM berhubung hal Jana Wibawa.
4 individu termasuk seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Rasyidi dilaporkan disiasat di bawah kesalahan Liabiliti Korporat Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (ASPRM 2009).
Kesnya mereka mereka meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM 400 ribu ringgit sebagai balasan untuk meminta pihak SPRM tidak mengambil tindakan reman ke atas anak Muhyiddin, Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin berhubung kesnya yang sedang disiasat SPRM
Fakri Yassin merupakan anak sulung Tan Sri Muhyiddin bekas Perdana Menteri ke 8 yang kini merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad.
Tan Sri Muhyiddin bekas PM8 turut didakwa beberapa pertuduhan mahkamah melibatkan lebih RM400 juta baru-baru ini.