Lembaga Hasil Dalam Negeri kini mengingatkan para pempengaruh media sosial, atau “influencer” untuk tidak culas membayar cukai pendapatan.
Selari dengan program pengakuan sukarela yang akan diadakan bermula 1 Jun 2023 kelak, yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar – para pempengaruh media sosial juga diminta tampil dan mengambil peluang ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi oleh kerana mereka berada di dalam persekitaran awam, dan ini sebagai satu peringatan bukanlah amaran bahawa LHDN nampak apa yang berlaku.
Tambahnya pendapatan pempengaruh media sosial, termasuk “influencer” dan “TikToker” boleh dinilai mengikut jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang dimuat-naik atas talian.
Oleh itu datanglah ke pejabat LHDN dan ini adalah peluang yang terbaik dalam SBD ini katanya.
Sebelum ini, program pengampunan ke atas penalti 100% ini telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 yang lepas.