Episod pemegang saham Classita Holding yang dahulunya dikenali dengan nama Caely Holdings Bhd berterusan apabila pemegang saham penting Classita Holdings Bhd Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam dan bekas ketua pegawai kewangan Ting Yi En telah membuat laporan polis terhadap pengarah eksekutif kumpulan itu Francis Leong Seng Wui dan peguamnya kerana didakwa mengugut saksi.
Menurut laporan portal The Edge, laporan itu dibuat denganmendakwa Leong ( baca pendedahan awal kami ) , bersama dengan peguam Classita Wilson Lim Mao Shen dan Huam Wan Ying, telah mengugut Ting untuk mengubah afidavit bekas ketua pegawai kewangannya dalam satu saman sivil.
Saman sivil itu telah difailkan oleh Koo dan bekas naib pengerusi eksekutif Jessie Wong Siaw Puie menentang Classita, yang meminta untuk menuntut RM3.96 juta yang duanya telah diberikan kepada kumpulan untuk membiayai operasi harian apabila akaun syarikat itu dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Difahamkan bahawa pihak polis sedang menyiasat Leong dan Lim berikutan laporan polis ini dan dilaporkan Lim telah dipanggil untuk merekodkan keterangannya. Dilaporkan juga Ting telah dipanggil ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk siasatan pada hari Khamis.
Lim difahamkan telah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan pada hari yang sama.
Untuk rekod , Ting yang menjadi ketua pegawai kewangan kumpulan itu antara April dan Oktober tahun lepas, berkata dalam laporan polisnya bahawa sebagai saksi utama dalam saman sivil tersebut, beliau telah mengemukakan satu afidavit tambahan bertarikh 16 Januari yang mengesahkan bahawa Koo dan Wong telah memberikan wang kepada Classita.
Kira-kira 10 hari kemudian pada 25 Januari, peguam Classita Huam telah menghubungi Ting untuk meminta pertemuan mengenai afidavit tambahan tersebut, kata laporan itu.
Sebelum panggilan telefon Huam, Leong didakwa telah menghubungi Ting untuk “mengugut” agar beliau bertindak mengikut arahan, atau berisiko didakwa di mahkamah serta Leong turut mengugut bahawa kehidupannya akan ” bertambah sulit” sekiranya tidak mengikuti arahan beliau.
Selepas itu, Ting memberitahu Koo kerana bimbang terhadap keselamatannya beliau telah menghubungi Peguam Koo dari Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co (ADR) bagi mendapatkan nasihat undang-undang berkaitan ugutan iatu.
Kerana rasa takut, Ting berkata beliau telah membawa seorang peguam ADR ke satu mesyuarat dengan Lim dan Huam pada 5 Februari lalu , di mana Lim dikatakan telah mengugut Ting untuk mengubah kandungan afidavit tambahan tersebut dan menyedia dan menandatangani satu afidavit baru yang akan disediakan oleh pihak Lim dan Huam.
Ting berkata beliau tidak menandatangani afidavit baru tersebut dan kemudiannya mengabaikan panggilan telefon dari Leong katanya.
1 thought on “Dakwa saksi diugut Leong, Pemegang Saham Utama Classita Holdings buat laporan polis”