Keluhan demi keluhan, kerajaan bertukar ganti 3 kali di dalam tempoh 5 tahun namun satu demi satu projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermasalah dan pembeli pula tidak dibela.
PR1MA yang semasa di awal penubuhannya dengan aspirasi membina 500,000 rumah, majoriti rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif itu.
Sedekad berlalu dan PR1MA ketika ini membina 21,580 unit rumah dan telah menyiapkan pembinaan 27,821 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 49,401 di seluruh negara.
Bagaimanapun unit yang siap dibina itu hanya 5.0 peratus daripada jumlah sasaran manakala keseluruhan yang disiapkan hanya kira-kira 10 peratus.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, daripada 61 projek yang diumumkan, 21 kini dianggap sebagai bermasalah atau “projek sakit”.
Itu belum lagi mengambil kira kelewatan menyiapkan pembinaan rumah seperti projek di Rantau, Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka Tengah 2 dan Brickfields, Kuala Lumpur dan walaupun selepas siap, kecacatan rumah masih di tahap yang amat tinggi seperti apa yang berlaku dengan projek mereka di Tebrau.
Lemahnya PR1MA kerana CEO Bongkak
Pelbagai teguran demi teguran serta peluang malah PR1MA telahpun dihadapkan ke LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) pada tahun 2021, namun sehingga kini masih tidak ada suatu hala tuju yang jelas untuk memperbaiki kegagalan PR1MA ekoran kesombongan dan kepekakan telinga Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff.
Mohd Nazri sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) PR1MA dan sebelum menyertai PR1MA 2016, beliau berkhidmat sebagai CEO Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Tradewinds (M) Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari selain, Padiberas Nasional, Tradewinds Plantation Bhd, Gas Malaysia Bhd dan Pernas International Holdings Group
Cara korporat beliau mungkin kelebihan untuk menyiapkan projek PR1MA namun beliau gagal dan tidak mahu berhadapan dengan aduan rakyat kerana kelewatan kontraktor menyiapkan rumah PR1MA.
Aduan daripada staf diabaikan. Malah aduan rakyat dari laman sosial ataupun demo rakyat rumah tak siap CEO buat bodoh saja. Beliau tak pernah melayan semua itu. Beliau sendiri nampaknya tidak mempunyai Facebook atau apa saja platform laman sosial. Serah semua kepada pegawai.
Bayar beratus ribu konsultan media dibayar untuk mengurus pandangan rakyat. Akhirnya rakyat marah dan mengamuk sehingga terpaksa membuat demonstrasi rumah PR1MA tak siap.
Yang CEO PR1MA tahu sekarang berusaha untuk ‘kipas’ Menteri KPKT Nga Kor Ming agar kontraknya sebagai CEO terus disambung. Kepada Menteri KPKT CEO PR1MA ni terlalu ‘PN’ kulitnya. Dia mana peduli hal kesusahan rakyat. Dia kaya raya dan kekal jawatan saja.
Terbaru misalnya pada 19 Februari lalu Pembeli projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini mendesak pihak pemaju perumahan tersebut untuk menyerahkan segera kunci rumah kepada pemilik.
Seorang daripada mereka Hafiz Hariri Feisal, 32, berkata, dia kecewa kerana projek berkenaan sudah pun siap sepenuhnya namun masih belum boleh diduduki pembeli.
“Saya sudah mula membayar ansuran bulanan pembiayaan perumahan sebanyak RM1,320, jadi saya mahu mereka (pemaju) dapat segerakan penyerahan kunci. Pemaju berulang kali menukar tarikh penyerahan sejak dahulu, ini mengecewakan.
“Saya kini terpaksa membayar ansuran dua buah rumah iaitu rumah sewa dan rumah yang sudah dibeli ini, ia memang sangat membebankan,” katanya.
Dia ditemui pemberita bersama kira-kira 20 pembeli yang lain berkumpul di hadapan projek perumahan itu bagi menyatakan bantahan dan desakan mereka kepada pemaju.
Jelas Hafiz Hariri lagi, pihak pemaju sebelum ini ada memaklumkan akan menyelesaikan penyerahan kunci ini pada bulan Mac depan namun, pada perjumpaan kedua-dua pihak baru-baru ini perkara berkenaan hanya dapat diselesaikan bulan Julai.
“Sebelum ini mereka (pemaju) memaklumkan pada bulan Mac depan dan mengubah lagi tarikh dengan alasan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) tidak diperolehi,” katanya.
Bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah ini, Bagi pembeli rumah, kelewatan pembina akan menambahkan lagi kos kepada mereka. Membeli rumah bukan hanya sekadar melibatkan pembayaran pinjaman tetapi juga insurans seperti Takaful Pengurangan Gadai Janji (MRTT) dan Jaminan Jangka Tempoh Gadai Janji (MLTA).
Meskipun dibayar Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD) bagi kelewatan itu, ia tidak dapat menampung komitmen kewangan mereka kerana kebanyakan daripada yang membeli rumah ini adalah kumpulan M40 yang telahpun mempunyai kekangan bajet.
Kelewatan itu akan menyebabkan kualiti rumah merosot selepas tempoh liabiliti kerosakan berakhir, lebih-lebih lagi sekiranya mutu rumah yang disiapkan pemaju amat teruk.
REFORMASI DALAM PENGURUSAN PR1MA
Laporan PAC 2021 CEO, KPKT mengaku kelewatan projek kerana PR1MA gagal membayar kepada kontraktor. Kelewatan projek adalah perkara biasa buat PR1MA. Pada Feb 2023, CEO nya berkata PR1MA membuat rombakan dan perancangan semula kerja-kerja di tapak bagi mempercepatkan penyiapan projek-projek perumahan di bawah perbadanan itu yang mengalami kelewatan.
Alasan kelewatan kerana PKP dilaksanakan pada 2020 tidak terpakai lagi dan ada yang mendakwa kontraktor dilantik hanya kroni CEO dan
Menurut sumber CEO PR1MA yang dahulu CFO mempunyai kaitan dengan kontraktor-kontraktor yang dilantik. Maka bila lambat siap maka diberi EOT tambahan kepada kontraktor kroni itu. Akhirnya kerajaan rugi hampir RM100 juta kerana tiada denda LAD kepada kontraktor.
Harus diingat PR1MA, sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan rakyat harus serius di dalam perniagaan mereka. Justeru Perdana Menteri dan juga Menteri KPKT harus melakukan sesuatu dengan memecat CEO atau menamatkan kontrak perlantikan beliau agar suatu sinergi baharu dapat diilhamkan bagi menjayakan Hasrat dan fungsi PR1MA ini.
Lantik CEO PR1MA baharu dari luar yang segar. Jika dari dalam situasi ini akan terus berulang sehingga 10 kali pertukaran kerajaan pun projek tak akan selesai.
SPRM digesa menyiasat sumber kekayaan CEO PR1MA ini. Beliau lebih kerap berjumpa kontraktor daripada rakyat yang mengadu rumah tak siap akibat kecuaian kontraktor. Salah guna kuasa bercuti bersama keluarga menggunakan perbelanjaan urusan kerajaan. Inilah punca PR1MA lemah.
PM Anwar Ibrahim dan Menteri KPKT harus segera menamatkan CEO bongkak gila kuasa ini. Beliau berkata lebih berkuasa dari Menteri. Kuasa rumah PR1MA beliau tentukan bukan kerajaan.