Tekanan terhadap Krishnan Tan semakin memuncak apabila semakin banyak pihak pasaran melihat kedudukannya sebagai Pengerusi IJM Corporation Berhad tidak lagi selari dengan standard tadbir urus sebuah syarikat tersenarai utama. Desakan ini hadir ketika siasatan jenayah kewangan yang dikaitkan dengannya dilaporkan berkembang sehingga melibatkan kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom — satu perkembangan yang jarang berlaku dan biasanya menandakan tahap keseriusan luar biasa.
Isunya ialah peribadi Tan Sri Krishnan Tan dan proksinya Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong sebagai company adviser. Siasatan tersebut jelas tertumpu kepada individu, namun tempiasnya kepada pengurusan kanan Syarikat IJM Corporation.
Risiko Peribadi Krishnan Tan bebankan IJM
Segala bukti menunjukkan akaun mencurigakan Tan Sri Krishnan Tan dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Cho. Kini lebih 10 orang pengurusan kanan IJM akaun mereka dibekukan yang menyebabkan kesusahan kepada keluarga. Tan Sri Krishnan pula mahu terus berpaut kepada IJM menggunakan alasan ‘play victim’ seperti dianiaya namun hakikatnya pendedahan laporan kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri jelas membuktikan salahlakunya mempergunakan IJM untuk mengumpul kekayaan.
Bagi Tan Sri Krishan tidak mengapa saham IJM jatuh dan pengurusan kanannya susah kerana akaun peribadi dibekukan namun berdiri sebagai Pengerusi IJM Corp Bhd. Beliau dilaporkan bakal bersara ogos ini sebenarnya bersongkol menjual IJM Corp kepada Sunway Group. Beliaulah dalang utama sebenarnya kerana beranggapan tidak mahu pelabur institusi menguasai saham IJM selamanya.
IJM jadi kudang tunggangan
Krishnan Tan bukan pemegang saham dominan tapi beliau merasakan masalah peribadinya adalah masalah IJM. Lembaga Pengarah IJM sepatutnya tidak terikat kepada beliau tetapi beliau mempunyai pengaruh untuk menakutkan Lembaga Pengarah dari membuangnya
Dalam banyak insiden diserbu SPRM atau pihak berkuasa melibatkan individu korporat, pengerusi atau ketua eksekutif yang terlibat rasuah pengubahan wang haram akan mengambil langkah berundur sementara apabila berdepan siasatan berat — bukan kerana mengaku salah, tetapi bagi melindungi institusi daripada kejutan reputasi.
Ringkasnya, pasaran bertindak berdasarkan risiko kebarangkalian, bukan kepastian undang-undang.
Jika lembaga memilih untuk tidak bertindak, mesej tersiratnya boleh ditafsir sebagai toleransi terhadap ketidakpastian — sesuatu yang jarang dihargai oleh pelabur besar.
Ujian Sebenar Buat Lembaga Pengarah
Detik seperti ini sering menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah lembaga. Soalnya bukan sekadar mengenai undang-undang, tetapi tentang keberanian membuat keputusan yang melindungi syarikat dalam jangka panjang.
Pilihan yang tersedia sebenarnya jelas iaitu meminta pengerusi bercuti sementara atau menggantung peranan sehingga siasatan selesai. Kedua-duanya merupakan amalan lazim dalam kerangka tadbir urus antarabangsa.
Sebaliknya, kelewatan bertindak berisiko menimbulkan tanggapan bahawa pengurusan krisis tidak ditangani secara proaktif — satu persepsi yang boleh memberi kesan lebih cepat daripada sebarang pertuduhan.
Setakat ini tiada kenyataan media daripada IJM Corporation mengenai penyiasatan Tan Sri Krishnan Tan yang disahkan SPRM mendapat Kerjasama Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom
IJM Lebih Besar Daripada Tan Sri Krishnan Tan
Sebagai kumpulan infrastruktur dengan kepentingan awam yang luas, IJM bergantung kepada kepercayaan — daripada pemegang saham institusi hinggalah rakan pembiayaan dan pihak berkepentingan projek.
Apabila reputasi kepimpinan mula menjadi tajuk perbincangan pasaran, fokus pelabur biasanya akan beralih daripada prestasi operasi kepada kestabilan pengurusan.
Membiarkan syarikat dilihat mempertahankan seorang individu berbanding melindungi institusi boleh menghakis keyakinan secara perlahan tetapi berterusan.
Ketidaktentuan kepimpinan hampir selalu membawa satu implikasi — tekanan terhadap penilaian pasaran. Dalam keadaan tertentu, syarikat yang berdepan “reputational overhang” boleh kelihatan kurang bernilai berbanding asas perniagaannya.
Situasi sebegini menjadi lebih sensitif apabila nama Sunway Group — konglomerat yang diasaskan oleh Tan Sri Jeffrey Cheah — kerap disebut dalam spekulasi strategik pasaran melibatkan sektor pembinaan dan konsesi.
Tan Sri Krishnan ‘Play Victim’
Sebelum ini dilaporkan Tan Sri Krishnan Tan memiliki 38 akaun diluar negara dengan nilai wang RM90 juta dan Seow Lun Hoo @ Seow Wah Chong 12 akaun di luar negara dengan wang RM2.5bilion.

Kedua-duanya mempunyai Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) jumlah Laporan Transaksi Tunai (CTR) dan Laporan Pemindahan (TR) bernilai ratusan jutaan ringgit namun tidak sepadan dengan pembayaran cukai kepada LHDN
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan bahawa siasatannya terhadap dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion yang melibatkan IJM Corporation Bhd telah menerima kerjasama daripada pihak berkuasa di United Kingdom.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tersebut melibatkan kerjasama dengan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom.
Beliau berkata, beberapa permintaan maklumat telah dikemukakan oleh pihak berkuasa UK, selaras dengan peranan SPRM sebagai agensi penguatkuasaan negara yang bertanggungjawab menyiasat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah kewangan.
“Apabila negara asing menjalankan siasatan, kita juga perlu memainkan peranan dan memberikan kerjasama. Isu ini diberikan perhatian sewajarnya,” katanya
Tekanan terus memuncak lebih 10 pengurusan IJM termasuk CEO dibekukan akaun angkara perbuatan Tan Sri Krishnan Tan membolot kekayaan. Ia sangat menyusahkan keluarga pihak terbabit sedangkan pelakunya adalah Tan Sri Krishnan Tan. Lembaga Pengarah IJM perlu bertindak tegas mengadakan EGM untuk menyingkirkan Krishnan Tan jika dia tidak mahu berundur.
