
Dua Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri ke 9, Dato’ Mohammad Anuar Bin Mohd Yunus dan Dato’ Syed Mohd Fazmi Bin Sayid Mohammad bersama Mohd Hafizuddin Bin Mohd Ariff (bekas SUSK) dan Wan Hazirah Binti Wan Draman @Wan Razali (Pegawai Khas) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu Mohd Hafizuddin Mohd Ariff sebelum ini Setiausaha Sulit Kanan Ismail Sabri merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang baharu dilantik pada awal Februari lalu menggantikan Dato’ Ruhaidini Abd Kadir yang telah menamatkan tugas sejak Januari 2025.
Yayasan Keluarga Malaysia merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri dan dibenarkan oleh Kerajaan Madani diteruskan bagi memberikan ruang kepada bekas Perdana Menteri menguruskan yayasan itu. Tidak dipastikan apakah Dato’ Ruhaidini Abd Kadir bekas CEO YKM yang juga bekas Pengarah Komunikasi dan Media akan dipanggil SPRM selepas ini.

Sumber berkata, penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)
“Tiga daripada mereka direman sehingga Selasa ini manakala seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang Datuk dibebaskan hari ini,” katanya.
SPRM mengesahkan tangkapan empat pegawai kanan terbabit berkait penyelewengan dana Yayasan Keluarga Malaysia dan beberapa kes lain.
Sumber mendedahkan antara yang mendapat perhatian rakyat ialah dakwaan penemuan RM 150 juta dalam serbuan SPRM di rumah Dato’ Mohammad Anuar namun bagaimanapun penemuan
Kemungkinan besar Dato’ Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Sulit PM9 dan Dato’ Ruhaidini Abd Kadir (Pengarah Media) bakal dipanggil semula oleh SPRM berhubung tangkapan 4 pegawai Ismail Sabri.
