Pengerusi Enra Group Bhd Tan Sri Dato’ Kamaluddin bin Abdullah yang juga merupakan anak bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, menafikan beliau memberitahu anak Dr Mahathir Mohamad tiba ‘gilirannya’ untuk mencuri wang atau memperkayakan diri menggunakan kedudukan politik bapanya.
Kamaluddin tegas menafikan dakwaan itu dan berkata Mahathir ‘jelas sangat kecewa dan sangat marah dengan banyak perkara dan individu’.
“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya, beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya dalam hantaran Instagram
Jumaat lalu, Mahathir mendakwa terkejut selepas mendapat tahu daripada anaknya perbualan yang didakwa pernah berlaku dengan Kamaluddin.
“Mereka (pengganti saya) percaya semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup.
“Anak Abdullah memberitahu anak saya, ‘Sebelum ini giliran kamu, sekarang giliran kami’. Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya dipetik Malaysiakini dalam audio siar di YouTube yang dihoskan bekas menteri Idris Jala dan anaknya, Leon Jala.
Mahathir mendakwa penggantinya melihat kuasa perdana menteri ‘sebagai cara untuk memperkayakan diri’, bukannya fokus memimpin dan membina negara.
Katanya, beliau pada mulanya gembira Najib Razak menggantikan Abdullah pada 2009 kerana Najib ialah anak bekas perdana menteri terkenal.
“Dia akan buat dengan baik. Tetapi anda tahu apa yang berlaku,” katanya merujuk skandal 1MDB.
Penguasa ‘Tingkat 4’
Tan Sri Dato’ Kamaluddin bin Abdullah diera ‘Tingkat 4’ suatu ketika terkenal dengan Scomi Group Bhd dan Dewina serta ECM Libra Datuk Kalimullah Hassan dan Khairy Jamaluddin. Tan Sri Kamaluddin Abdullah anak Paklah tidak pernah mati dalam dunia perniagaan kini beliau pemegang saham besar dalam Enra Group Berhad. Begitu juga Kalimullah Hassan kekal di ECM Libra Berhad
Satu lagi yang terkenal ialah Brahim Holdings Berhad yang melingkup bawah Datuk Seri Ibrahim Ahmad.