Ahmad Sabki Yusof bekas Setiausaha Politik Salahuddin Ayub dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Menurut SSM dalam kenyataan, Sabki berkelulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sarjana undang-undang perbandingan daripada Universiti Islam Antarabangsa, adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial.
“Beliau juga pernah memegang jawatan utama di pelbagai syarikat, organisasi dan firma guaman dalam tugasan berkaitan undang-undang komersial, pengurusan, tadbir urus korporat, pematuhan serta pengurusan risiko,” menurut kenyataan itu.
Ahmad Sabki pada tahun 2019 ketika sebagai Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega yang dianggarkan bernilai RM28,000 sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementeriannya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Kes itu dikatakan telah selesai tanpa pendakwaan di mahkamah.