SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan ketua mafia korporat Victor Chin Boon Long berhubung salah laku rasuah, rampasan syarikat senarai awam dan pengubahan wang haram.
Menurut sumber Victor ditahan ditahan tengahari tadi selepas diminta untuk tampil ke ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi tujuan siasatan dan kemungkinan akan dibawa ke mahkamah esok bagi tujuan reman.
Awal mac lalu PDRM melalui Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan siasatan terhadap Victor Chin Boon Long dalam penyelewengan syarikat Classita (Caely) Holdings Berhad) RM30.7 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan. Bagaimanapun setakat ini Bahagian Pendakwaan Peguam Negara belum mendakwa kes itu di mahkamah.
Fail forensik dan ‘money trail’ penyelewengan kewangan RM30.3 juta di Classita Holdings Berhad siasatan firma Vidos Lima juga didedahkan secara terperinci. Money Trail jelas dikeluarkan kepada keluarga, bekas pemandu dan bodyguard.
Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil dalam Negeri turut membuka siasatan terhadap kumpulan Victor Chin Boon Long.
Penyambungan kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan peluang baharu untuk membuktikan dakwaan penglibatan pegawainya terlibat dengan dalang Mafia Korporat melibatkan Dato’ Tan Kang Sai Pengarah BOK dan Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D SPRM tidak benar.
Jika SPRM atau mana-mana pihak penguatkuasa memberi alasan tidak tahu untuk membuat pertuduhan kepada Victor Chin Boon Long sangat pelik kerana semua perkara berkaitan salahlakunya bersama dengan kumpulan Mafia korporat sangat banyak di depan mata
Berikut merupakan semua perkara yang didedah TheCorporateSecret Mafia Korporat berkaitan individu terlibat, syarikat, fail-fail sulit dan penguatkuasa yang menjadi dalang dalam semua syarikat.
KRONOLOGI ARTIKEL THE CORPORATESECRET (TCS):
26 Februari 2023- Penguatkuasa, Mafia bersekongkol rampas syarikat senarai awam Revenue Group
28 Februari 2023 – Cubaan Geng Datuk Eddie dan ‘Mafia’ merampas Revenue Group gagal
28 Februari 2023- Victor Chin dibelakang MMAG gantung dua pengarah MJets selepas diserbu SPRM
2 Mac 2023- Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
3 Mac 2023- 3 Pengarah Revenue Group terlibat skandal rasuah letak jawatan
9 Mac 2023- Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
9 MAC 2023- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
14 Mac 2023- Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
14 Mac 2023– Seperti Dijangka, Kedua Beradik Pengasas Revenue Didakwa
15 Mac 2023- Mafia Korporat lantik Ng Keok Chai bekas polis Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad
17 MAC 2023– Fail sulit Ketua Mafia Korporat didedah, Azam Baki KP SPRM perlu tangkap Victor Chin, Chong Loong Men & Datuk Eddie
20 Mac 2023- Bayar RM 8 juta lepaskan akaun Caely dibeku SPRM, dengan siapa Ng Chun Hau bekas pengerusi kawtim?
22 Mac 2023- Revenue Group lumpuh! Brian, Dino letak jawatan, sebelum ini eksekutif kanan, teknikal secara enbloc
23 Mac 2023- Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
23 Mac 2023- Mafia Korporat panas! Arah Ng Keok Chai letak jawatan pengarah semua syarikat Victor Chin Boon Long
24 Mac 2023- Skandal Mafia Korporat: Leong Seng Wui lupuskan saham, Dato’ ‘Teleng’ kekal pemegang saham terbesar Green Packet
25 Mac 2023- Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
7 April 2023- MMAG & Victor Chin Boon Long Mafia Korporat tipu M Jets, kini gaji pekerja bulan Mac tidak dibayar!
13 April 2023- Hakim Mafia Korporat Ong Chee Kwan pula didedahkan
18 April 2023- ‘Goreng’ Saham Revenue, Syarikat pinjaman wang kuda baru Mafia Korporat di Revenue Group?
4 Mei 2023- Mafia Korporat Revenue Group singkir Pengerusi Nor Azzam ganti Kamari Zaman bekas BNM
14 Mei 2023- Sebelum Mafia Korporat Victor Chin didakwa, Hong Seng jual Innov8tif Holdings kepada Revenue Group RM36 juta
27 Mei 2023- SC kata penipuan pelaburan meningkat 100%, bagaimana dengan penipuan Mafia Korporat Victor Chin?
Jika ujud mafia koperat yang terlibat dalam sektor ekonomi negara bolih memberi kesan negatif pada kehidupan rakyat dan negara… jangan sampai kuasa mereka mampu mempengaruhi sistem pentadbiran negara… kerajaan perlu tegas membendung kegiatan ini.
Kepada SPRM berjihadlah kerana Allah, Agama dan Negara,Yakinlah sekiranya anda lkhlas dan jujur,keamanan dan ketenangan akan capai dan rasai walaupun sakit dan pahit pada yang melihatnya.Insyaallah.
Why no further news eh,?Siasatan sdh tenggelam.?This news like whistle blower.
This case mean SPRM sdh buat kerja , tutup org awal mulut. Tapi takda sisatan langsung
apa nak buat.. dah naik pangkat kan..
Tak pe pelan pelan kayuh untuk SPRM
kena pula dah lari luar negara, takut kena dakwa.. biaslaah pelanduk selalu lupakan jerat