SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA
Penjelasan oleh Victor Chin Boon Long mengenai Pembayaran RM9.5 juta kepada kumpulan Mafia Korporat

KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan Victor Chin Boon Long sekali lagi tampil membuat penjelasan daripada sebuah pengakuan membayar rasuah kepada penjelasan pembayaran RM9.5 juta yang sudah dibayar kepada MP PKR itu sebagai rasuah, sebaliknya dilakukan dalam keadaan terdesak bagi menghentikan tekanan daripada siasatan dan pembekuan berterusan.
Faktanya: Victor Chin lah mafia korporat dan hanya menentang Kumpulan Lembaga pengarah lain bawah Peguam ‘Mr R’. Kalah dalam perebutan lembaga pengarah mengadu macam budak-budak.
Dalam satu kenyataan rasmi terbaru ini Victor Chin cuba ‘U-turn’ dan menolak dakwaan bahawa wang tersebut digunakan untuk “kawtim” agensi penguatkuasaan atau menutup siasatan terhadap dirinya. Sebaliknya, Chin mendakwa bayaran itu adalah “yuran perkhidmatan” yang dibuat bagi meredakan serangan terhadap dirinya, keluarga dan individu mempunyai kaitan dengannya.
“Saya Tiada Pilihan” — Chin
Dalam nada defensif, Chin menyatakan keputusan membayar RM9.5 juta itu dibuat demi melindungi orang sekelilingnya.
“Saya tidak mempunyai pilihan… mereka menderita hanya kerana mengenali saya.”
Beliau turut menggambarkan bayaran itu sebagai langkah terakhir untuk menghentikan tindakan melampau pihak yang didakwa. Yuran perkhidmatan bukan bayar rasuah!
Faktanya: Bukankah itu apa yang dilakukan oleh Victor Chin terhadap keluarga pengasas Caely (Classita), Revenue Group, Mjets International (MMAG) dan GIIB Holdings. Mereka disiasat SPRM, reman, akaun dibeku dan didakwa di mahkamah. Apa saja terkait dengan pengasas dibeku dan disekat habis-habisan. Ramai yang tersakiti sehingga kini dengan kes mahkamah tak selesai.
500 Akaun Dibeku, Tekanan Memuncak
Menurut Chin, tekanan yang dihadapi bukan bersifat biasa. Beliau mendakwa kumpulan penentangnya telah bertindak agresif dengan menyasarkan rangkaian peribadi dan perniagaannya, termasuk:
- Membekukan lebih 500 akaun bank
- Menjejaskan pembayaran gaji pekerja
- Mengganggu pembayaran pinjaman rumah dan kenderaan
Situasi ini, katanya, mencetuskan krisis kewangan dan tekanan mental dalam kalangan individu serta syarikat yang terjejas.
Chin mendakwa beliau dipaksa menyerahkan saham secara percuma sebagai sebahagian daripada tekanan tersebut.
Faktanya: Semua laporan terhadap Victor Chin telah dibuat maka adalah berasas untuk siasatan terhadap sesiapa saja berkaitan dengan Victor yang sekian lama terlibat dengan pengubahan wang haram. AMLA PDRM bertindak wajar terhadap siasatan.
Seru Tubuh RCI, Siasat Semua Pihak
Chin terus menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan isu. Dia lupa jika RCI dibuat semua perniagaan dan penipuannya akan terbongkar bersama. Apabila akaun dibeku Victor Chin terpaksa menyembah semua pihak.
Bagaimana bayar RM10 juta bukan rasuah?
Yang mengaku bayar rasuah ialah Victor Chin. Bukan orang lain. Setiap kenyataan medianya mengundang lebih banyak persoalan dan pendedahan. Maka bagaimana RM10 juta bukan sebagai bayaran rasuah? Laporlah kepada SPRM. Mengapa biarkan? Sebab apa dia mengelak jadi Albert Tei dituduh membayar rasuah!.
