Pengarah Perkhidmatan Darat M Jets International Sdn. Bhd (Anak Syarikat MMAG Holdings Berhad) di berhentikan serta merta atas arahan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long selepas lawatan ke gudang M Jets baru baru ini. Susulan arahan tersebut Woo Kam Wing, CEO pintu belakang M Jets telah memanggil Manimaran Subramaniam dan menyuruhnya menyerahkan Surat letak jawatan serta merta.
Manimaran yang berpegalaman lebih dari 36 tahun dalam industri penerbangan termasuk bekerja di SATS Singapore, Air Asia Group, KLAS dan Cathay Pacific sebelum ini menjadi Pengarah Perkhidmatan Darat M Jets tidak bersetuju dengan keputusan- keputusan yang di buat oleh Victor Chin dalam pengendalian gudang dan perkhidmatan darat yang baru dimulakan selepas tergendala lebih dari 4 bulan gara- gara Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming dikeluarkan sebagai pengarah dan kemudiannya dibuang kerja. Victor Chin telah menggunakan Pegawai Siasatan SPRM Bahagian D untuk menyingkirkan mereka sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Mjet pada 21 Feb 2023 dengan menggantikan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.
Sejak penyingkiran Gunasekar dan Philip Phang segala keputusan dalam menentukan hala tuju M Jets diputuskan secara otokratik oleh Victor Chin. Pengubahsuaian gudang, peralatan dan fasilitas, penginapan pekerja asing, pengambilan pekerja asing dan pelantikan kontraktor adalah diputuskan oleh Victor Chin. Pihak pengurusan M Jets hanya menurut perintah tanpa sebarang persoalan gara- gara takut hilang pekerjaan seperti yang terjadi kepada Manimaran Subramaniam.
Ramai pengurusan professional di M Jets telah berhenti kerja tidak termasuk juruterbang, pembantu juruterbang dan kakitangan teknikal gara- gara tidak pasti dengan hala tuju M Jets sejak penyingkiran Gunasekar dan Philip Phang.
Manimaran yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan darat menerima tekanan dari Victor Chin yang membuat keputusan melulu dan tidak memenuhi piawaian dan prosedur keselamatan yang disyorkan oleh CAAM.
Selain itu wujud seekor musang berbulu ayam di M Jets yang memainkan peranan sebagai musuh dalam selimut untuk menyebabkan Manimaran diberhentikan kerja. Musuh dalam selimut yang dimaksudkan ialah Rajinikanth Muthusamy yang bekerja di bawah Manimaran telah menjadi batu api dalam episod “I don’t want to see his face anymore”.
Rajinikanth yang beranggapan dirinya sama seperti pelakon terkenal Tamil dari India bermimpi akan menggantikan Woo Kam Weng sebagai CEO M Jets satu hari nanti. Langkah pertama dalam mencapai cita- cita tersebut ianya mengantikan Manimaran dengan dirinya yang telah tercapai melalui tipu muslihat yang telah digunakan sepenuhnya mempengaruhi Victor Chin.
Victor Chin yang tebal egonya setebal kulit pokok sanggup rugi berpuluh- puluh juta ringgit setiap bulan hanya semata- mata untuk memastikan M Jets tidak lingkup selepas penyingkiran Gunasekar dan Philip Phang.
Apakah Bursa Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak berminat mengetahui sumber kewangan yang telah dilaburkan oleh Victor Chin sejak Februari 2023?
Sejak penyingkiran Gunasekar dan Philip Phang keadaan kewangan M Jets merosot teruk akibat kehilangan kontrak jangka Panjang dengan pelanggan- pelanggan termasuk anak Syarikat Alibaba iaitu Cainiao. Jumlah muatan kargo yang diterbangkan untuk setiap penerbangan telah berkurang dengan drastik walaupun pelbagai usaha telah dilakukan seperti mengurangkan harga tambang per kilo kargo.
Untuk suku tahun pertama tahun kewangan dari April hingga Jun 2023, M Jets mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM 47.58 juta berbanding dengan RM 53.81 juta untuk tempoh yang sama pada tahun kewangan 2022. Pada tahun 2022 M Jets beroperasi dengan hanya 3 pesawat berbanding dengan 4 pesawat pada masa sekarang. Kapasiti ruangan kargo bertambah sebanyak 35% dari 57 ton per hari pada 2022 ke 77 ton per hari pada 2023 namun jumlah jualan telah berkurangan sebanyak 12% berbanding dengan tempoh yang sama ada tahun 2022.
LAPORAN PENUH LIHAT
Petunjuk kehancuran M Jets jelas kelihatan apa lagi dibawah Woo Kam Weng yang sebelum ini pernah menjadi CEO Pos Aviation Sdn Bhd yang telah menyebabkan kerugian besar- besaran anak Syarikat Pos Aviation iaitu Pos Asia Cargo Express. Akibat dibelenggu kerugian berjuta- juta ringgit Pos Malaysia Berhad telah menjual 51% saham dalam Pos Asia Cargo Express kepada Asia Cargo Network Sdn Bhd. Apakah nasib yang sama akan terjadi kepada M Jets? Kita tunggu dan lihat.
ARTIKEL BERKAITAN MMAG
BACA – ‘Mafia Korporat’ Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Berhad & 7 yang lain di saman RM 49.85 Juta