Semalam tular dan kecoh mengenai laporan polis seorang wanita bernama Aina binti Basiran, 37
mengenai dakwaannya dia diganggu seorang lelaki bernama Ahmad Faizal Azumu (Timbalan Presiden Bersatu) yang mengeluarkan kata-kata seksis terhadapnya semasa berjalan ke blok M Plaza Damas
“… wow geram tengok, rasa nak tarik masuk toilet..Saya berasa sangat marah dan malu serta terus berjalan ke Blok M. Setelah itu saya telah bercerita kepada suami saya berkenaan hal tersebut dan beliau mahu mahu berjumpa dengan beliau kerana hal ini melibatkan maruah saya dan keluarga. Atas nasihat suami saya,saya disarankan untuk ke balai polis untuk membuat repot”..
Bagaimanapun Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan wanita itu dan semalam Peja turut membuat laporan polis ke atas Anita itu yang menurutnya satu fitnah terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu.
“Saya telah buat laporan polis dan akan saman wanita tersebut kerana membuat fitnah terhadap saya
“Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat,” katanya.
Difahamkan, laporan tersebut dibuat di Balai Polis Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada pada 24 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor mengesahkan bahawa memang ada laporan polis tersebut dibuat.
Bagaimanapun menurut Amihizam laporan berkenaan ditarik balik pada hari yang sama oleh pengadu.
“Ada laporan dibuat. Pengadu dah tarik report pada hari yang sama,” katanya.
Tidak dapat dipastikan mengapa Aina menarik laporan polis pada hari yang sama. Aina Basiran juga tidak dapat dihubungi menjelaskan laporan kepada Peja dan penarikan laporan itu pada hari sama. Malah semua laman sosialnya termasuk Facebook ditutup.
Laporan ini turut awal dikeluarkan oleh Edisi Siasat. Sebelum ini terdapat pendedahan mengenai Peja Timbalan Presiden Bersatu menjual kerusi DUN RM5 juta kepada calon-calon yang bertanding kerusi Bersatu di DUN Selangor. Antara yang disebut ialah Harrison Hassan yang bertanding di DUN Jeram. Terdapat juga protes dari bahagian-bahagian Bersatu dan PAS terhadap Peja mungkin pihak-pihak ini juga memusuhi Peja.